Friday, December 31, 2010

selamat datang duhai tahun dua.ribu.sebelas

tirai baru-indah-wangi hampir siap dipasang. haros penoh warna warni dan dikilati dengan perlaksanaan perancangan panjang dan pendek.

*****
bukan lagi bergelar pensyarah tapi bakal disyarah. tumpuan penoh haros bermula.

bumi Malaysia bakal dilambai agar diri lebih sedia akan segalanya.

kini dunia realiti bakal diteroka lebih dalam lagi. bukan cobaan semata tapi kenyataan hakiki.

lemak tebal dikikis lagi.
otak akal diasah lagi.
emosi dikawal rapi lagi.
hormati yang lain diamati lagi.
sembah Tuhan tak dilupa lagi.



bunyi sperti seakan sama di dua ribu sepuloh


mohon undur
*cobaanmencoba*

Thursday, December 9, 2010

gagalulus

semua tak mungkin indah
semua tak mungkin merah
cahaya nmpk kecil bila jauh
itu pun sudah buat punggung berlabuh
tenang sunggoh
panas terik
tetap tak serik
sekali dah petik
terlekat bak getah daun betik
bertumbok berperang
tak usah jadi bangang
ilmu ain kifayah ditambah dipegang
jujur teros dipanggang
jalan mmg tak pernah terus lurus
barulah ada yang gagal dan ada yang lulus
cobaan itu yg akn terus
segala lenggok harus telus


mohon undur
*cobaanmencoba*

Friday, November 19, 2010

gemuroh

berdebar
mode GEMUROH!!!!!
cobaan ubat penenang gagal!

mohon undur
*cobaanmencoba*

Tuesday, October 19, 2010

ada apa di hujong jalan?

jalan luros. jalan teros.
jalan bersimpang. punya simpang tiga dan simpang empat.
haros pilih simpang kanan, kiri ataw teros saja.


jalan di tempat yg biasa dilalui tentu tahu simpang mana haros dipilih.
jika tidak biasa, manakan tahu apa ada dhujungnya.
destinasi mungkin pasti.
jaoh ataw dekat perjalanan yg dipilih -- itu yg tidak pasti.
semuanya bergantong kepada simpang mana yg menjadi pilihan hati.
bakal sesat dan mungkin juga bakal sukses.

ikhtiar dan doa haros coba teros diiringi.
agr jalan menuju destinasi lebih ringkas dan tangkas walau dunia kini sudah punya GPS peneman diri.



mohon undur
*cobaanmencoba*

Thursday, October 7, 2010

tercuit


coba untok tidak koyakkan mulot yang sebok nk tersenyom hingga ke telinga



mohon undur
*cobaanmencoba*

Monday, September 27, 2010

sejumlah mulot

satu manusia ada satu mulot.

satu haiwan ada satu mulot.

tapi ada juga manusia dan haiwan yg bermulot banyak.

bkn bilangan mulot yg terlekat di atas anggota tapi frekuensi mulot dibuka dalam sejam yg diambil kira.

BECOK!





haiwan yg becok bleyh tahan banyaknya kalo nk disenaraikan. begitu juga manusia. ramai juga yg hebat dan petah berkata sampai tak sempat orang laen mencelah memberi sebernas kata. (mungkin aku juga mendapat gelaran sama)



becok masih tak apa. slagi tak mengumpat dan mengata.

tapi haros disimpan sedikit rasa agr tak lah terlebeyh kata yg membawa padah d hari muka.



lebeyh hina pandangan mata pd yg bergelar pembuka rahsia.

dicanang crita ke sini sana seolah ahli politik negara.

berjanji bersumpah tak bagitaw sesiapa.

tapi akhirnya seantero jajahan dihidang pembesar suara.



sudah jarang tempayan ditemui d abad ini. tapi masih terdapat satu tempayan di belakang rumah pak abu. dan tempayan itu masih dapat ditutup oleyh dulang usang isteri pak abu. maka benarlah peribahasa melayu dipelajari kita di awl pengajian tahap satu dahulu. tapi itu tak bermakna hanya kaum melayu saja yg bermulot besar membuka rahsia umat manusia. tiada unsor perkauman dalam jurusan umpatan dan bukaan pekong orang orangan.



berhentilah. bkn aku saja yg benci sbb aku percaya tiada seorang pown yg mengangguk kepala sambil tersenyom bangga bila rahsia dirinya coba dijaja kepada dunia.



mohon undur
*cobaanmencoba*

Friday, September 17, 2010

bekas

bekas makanan - isi makanan
bekas air - isi air
(aku taw makan dan minom je ble sebok musim raya nih walau da raya ke tujoh)
bekas centa nk isi apa?
nk isi balek dalam hati kah?
haish. kes ludah jilat balek mmg menjijikkan. lebeyh² lagi yg bercampur kahak yg likat.
skali buat pown da meluat. apatah lagi yg coba mempraktik menyambong rasa chenta setelah memaki untok kali yang kedua belas. gila geli dan super memualkan weyh!!
kalo kau terludah kat ujong jari kelingking kaki aku pown, aku tak benarkan kau jilat balek.
baek aku coba sental pakai peluntor biarpown akn hilang garisan identiti.
puas hati!!


mohon undur
*cobaanmencoba*

Monday, September 13, 2010

raya rayi sederhana sederhani

tamat ramadhan.
mulanya syawal.

tarikh 1 SYAWAL 1431H

mereka yg bergender lelaki mula bersiap utk ke masjid. (sudah lama yg bukan lelaki tidak ke masjid menunaikan solat sunat raya...masyaAllah). yg selebihnya tinggal di rumah berkemas kemas mempersiapkan juadah dan laen laen.

semua chantek. tema tahun ini ~ M.E.R.A.H!!!

setelah menebalkan kulit wajah setebal 4 inci dgn ramuan persolekan, sekalian kaum hawa menghidang juadah sambil mennti kepulangan kaum lelaki. kali ni aku paleng tak tahan nk makan sambal kacang buatan mama (panggilan untok ibu saudaraku). namon, mak lot (seorang lagi ibu saudara) yg menyediakan. tetap lazat! ditambah dgn makanan laen yg sememangnya tak pernah gagal mengenyangkan perot yg senantiasa tak kenal erti kenyang.

setibanya mereka, kami bertakbir di rumah dan kemudiannya membuat doa selamat. alhamdulillah. setelah itu, apa lagi....... melahap la! subhanallah.

tidak banyak aktiviti.
RINGKAS DAN SEDERHANA. itulah perkataan perkataan seswai utk menggambarkan aidil fitri 1431 keluarga kami.
tidak kemana. mengejar cerita cerita hangat yg telah hangit sesama sepupu sepapat, sedara sedari, makcik, pakcik dan atok.

satu adegan menarik di waktu malam raya pertama adalah paluan mercon hebat yg dibawa oleyh abg abgku. bdk bdk mmg suka. tapi ada yg terlebeyh suka sampai menangis (hakikatnya takowt).



tahon hadapan tahun yg baru. aku mahu coba kumpol lebeyh duit raya lagi sbb tahon nih sgtlah cipot. heh :P

mohon undur
*cobaanmencoba*

Tuesday, August 31, 2010

bebas

bebas bukan bebas.
perkataan bebas ada dua makna.
bergantong kepada bagaimana bunyi huruf E yg digunakan.

tapi aku mahu menarik hurof E yg berbunyi ea bkn ae dalam perbentangan kali ni. jgn pening pening. yg penting bukan pasal seluar bebas milik mana mana insan. bebas yg ini sering dikaitkan dgn kemerdekaan.

kemerdekaan dalam konteks negara adlh apabila tiada lagi bangsa laen yg bukan bangsa Malaysia terjerit jerit berkata tanah ini tanah mereka. tahniah Malaysia!! tahniah buat pejuang pejuang dan pemimpin pemimpin negara 53 tahon dahulu dan sebelomnya.

bkn aku kata mereka yg berada d barisan hadapan kini hampeh. tidak sama skali. setiap mereka punya cara dan gaya sendiri. memartabatkan, menteteramkan serta memperjuangkn tanah air sendiri.

yg aku tak faham dan rasa meluat adlh anak anak kita (walaupoen aku blom beranak). yg sebok nk buat anak dan buang anak anak mereka yg berjaya dibuat. itu tanda merdeka kah? ya. kebebasan diberi secara percuma ataw tidak oleyh mak bapak. sendri seronok mcm berok lantas berperangai lebeyh terok.

aku bkn nk berpolitik lebeyh lebeyh sbb aku paleng la tak hebat langsong dalam acara itu. kerisauan dan kegundah gulanaan akn ank bangsa mmg ada. masa depan mereka. harap mereka tidak lebeyh jaoh terpesong. generasi haros dijaga. takoet nnt bkn orang puteh menakluk kita. tapi orang itam alih kuasa.

wahai orang orang kampung dan bandar sekalian, bukak mata luas luas. telinga ditadah luas luas. minda dan dada diluas luaskan juga (pastikan tiada bahagian terkoyak kala adegan adegan dijalankan). coba hayati (terutama mereka yg bernama hayati. erk!) tolonglah... rayuan aku yg tidak seberapa kepada korang yg beberapa rapa.

gemilang sunggoh jalur gemilang

*tarikh 31 ogos ~ malaysia merdeka dan mak bapak aku bernikah bagi melahirkan anak Malaysia yg hebat cam aku! eceh...

mohon undur
*cobaanmencoba*

Thursday, August 26, 2010

debaran hadiah ulang tahun si dia

hati gembira mahu pulang ke pangkal jalan
menceritakan segala perihal
dari A hingga ke Z (nasib baek hurof sampai Z jek)

tambahan pula keesokannya ulang tahun si dia ~ ummi tercinta!
usia kini mencecah 51. kurang 2 tahun sebaya kemerdekaan negara.

seperti biasa bercerita ceriti tentang segala.
sedang rancak mengombrol, satu isu gempar dilemparkan. rasa tertampar.

tamparan yg sedikit membengkakkan dan meninggalkan kesan.
setelah coba menilai dan menimbang. aku tekad menurot.

hidopku bakal berubah.
dari menara gading itu aku dilahirkan, ke sana juga aku akn kembali tok troskn perjuangan.

haros coba sedaya upaya memenuhi impian mereka berdua ~ ummi dan walid tercinta

mohon undur
*cobaanmencoba*

Monday, August 23, 2010

tempat berlindung

ketakutan . kegusaran . kepanikkan . ketidakwarasan . kecuakkan .
haros dihentikan ataw setidak²nya coba diturunkan darjah kehangatannya.
tak elok jika terlalu banyak. apatah lagi di bawah bumbung sendiri --- tempat berlindung setiap hari.

RUMAH seharosnya tempat kita berasa gembira, tenang dan aman. bak kata orang puteh --- rumah gula²/manis rumah (home sweet home).

seharosnya kita perlu ada rasa nyaman itu walaupown tempat berlindung itu cuma membawa gelaran rumah sewa.

♠ aku masih mencoba mncari rumah seswai menggantikan tempat berlindungku untok kesejahteraan masa akn datang ♠


mohon undur
*cobaanmencoba*

Saturday, August 21, 2010

rezeki ramadhan

indah. gah.
ilham seni bina yg mengancam.

didiami insan insan yg juga mengancam (barangkali juga sedikit terancam)
istana iskandariah, kuala kangsar aku jejaki. beriftar dan bertarawikh bersama duli yang teramat mulia raja muda dan raja puan besar negeri perak dan sekalian umat manusia umumnya.

MENJUNJUNG TITAH

makanan dihidang sederhana. namon berjaya mengisi ruang ruang kekeroncongan perut aku. alhamdulillah.



waktu berbuka --- 1 kali mkn.
setelah solat maghrib --- 1 kali mkn.
setelah tarawikh --- 1 kali mkn.

ok lah kn???

aku sempat coba menyempat beramah mesra bersama mereka. ternyata tidak riak mahupown bongkak ataw lebih dikenali sebagai sombong. ternyata mereka ramah. sopan santun. terutama wanita yang cukop aku cemburui itu. sewaktu bersalaman, aku agk risau kalau kalau terkoyak pula kulit lembotnya itu dek kasar tangan aku yg ibarat berus sabot ini. heh.

ada sekeping gambar aku bersama mereka berdua dan umat manusia yg laennya di dalam kamera aku. namon kepengkauan tangan sang pengkaptur gambar membuatkan aku sedikit hambar. tak mengapa. redha.

aku yg masih gagal walau telah sehabis usaha mentonjolkn diri

Tuhan, terima kaseh atas peluang yg diberi. bukan aku mengagungi ataw menyanjungi. sekadar mengagumi dan mencemburui. harap punya lagi peluang seumpama ini.
akan coba aku hargai lagi. itu sudah pasti.

mohon undur
*cobaanmencoba*

Tuesday, August 17, 2010

pencuri wajib dilaknat!!!!

tarikh 17 ogos 2010, aku ke kantor seawal jam 7.55 pagi. rakan serumah bergerak pada jam 8.30 pagi. akibat kerja yg tak kenal erti nokhtah, kami coba merajinkan diri dengan terus berkidmat sepenoh hati.

tamat tugasan terakhir, pada jam 6.15 petang aku menekan minyak kuda hebatku menuju rumah sewa yg hampir 2 tahun aku diami. pemanduan agk pantas mengenangkn waktu bertemu Tuhan untuk Asar hampir tamat.

setiba d rumah --- sebelah pagar yg tak pasti nk warna hitam ataw hijau rumah itu terbuka luas. sedikit gusar. namon masih coba mempositifkan diri dgn berkata sendiri "mungkin ila terklam kabot lagi." adegan tersebot pernah berlaku 2 kali sebelom ini dan membuatkan aku terosan berpositif lagi.

sesudah memparkir kereta di rungan sepatotnya, segera ku capai beg dan kunci mangga (padlock --- tade kaitan dgn buah²an tempatan) grill dan sliding door untok segera menerjah ke dalam rumah. aku coba meraba² di tempat septotnya mangga itu ada, namon tiada. ntah ke mana. aku masih lagi dalam mode positif. cobaan membuka sliding door pula lebeyh mendebarkan. sebelom anak kunci dijolok ke dalam pintu, tenaga aku yg tak seberapa joule telah membuka pintu tanpa anak kunci dipusingkan. saat itu darjah keposifan aku berkurangan.

langkah kanan aku mulakan sambil menyelak langsir utama dan dapati TV LCD Plasma gedabak 32" tiada di lokasi sepatotnya. tiada lagi nilai positif dalam diri. NEGATIF semata². jantung mulai gagal berfungsi dgn normal. semakin laju dan aku mulai gelabah! aku segera jengah ruang kamarku. komputer riba yang kemas disimpan di dalam bag beserta charger dan external hard disc telah selamat dilesapkan. yang aku agk ralat, segala gambar tok moyang ada di dalam. gambar kenangan sana sini dan yang paleng penting isian thesis buat pengajian master ku. (sumpah aku sangat mahu mencarot bergunung²). lebih menyakitkan adalah komputer riba itu sendiri telah hidup bersama aku selama 8 tahun hasil pemberian ayahku seberjayanya aku menjejakkan kaki ke menara gading (ewahhh!).

Setelah itu, tanpa membuat pemeriksaan lanjut di dalam kamarku sendri, aku segera menjengah kamar teman serumahku; ila. perkara yang sama berlaku. komputer ribanya yg mmg senantiasa terhidang d atas meja belajar yg juga sentiasa dikoneksikan kepada modem jalur lebar telah lesap juga. segera ila aku telefon agr dia segera pulang. (dia benar² menyangka aku sedang membadotkan diri aku pada masa itu akibat diriku yg mmg bekerja separoh masa sebagai badot).

sambil menanti kepulangan ila, aku sempat memanggil bapaku melalui telefon tangan. saat itu, air mata mula mengalir sperti kereta² di kota raya yg laju mengejarkan lampu isyarat hijau dan kuning sebelom bertukar menjadi merah. sedikit kata penyejuk hati meredakan sedikit duka nestapa. sedikit sahaja...

saat masih menunggu ila tiba di rumah, aku coba melihat² tanpa mengusik terlalu banyak perkara tentang apa lagi yg berjaya si bodoh itu selesaikan. nmpknya, bkn sahaja komputer riba usangku yang penoh berjaya diambilnya. 2 telefon bimbit cap sony ericsson ku turut sama menaiki kenderaan mereka yg entah ke mana tujuannya.

selaen itu, aku juga kehilangan wang tabungan aku yg entah brapa jumlahnya. terbongkar segala isi perot almari dan laci² yg wujod di dalam kamarku. tapi ada jugak benda bodoh yang dia ambil. (yelah... namanya pown mmg dia bodoh!!!) scrub, losyen dan beberapa unit barangan penjagaan diri yang mmg hendak ku cempak ke dalam tong sampah pown diambilnya. mungkin kerana aku tempatkan barangan tersebut di dalam satu bag plastic yg bercap topshop dan dia menyangkan ianya baru dibeli. barangkali... sunggoh bodoh!

apa yg aku paleng rasa mahu menempeleng dan menumbok laju² pencuri itu adlh kerana dia tidak menghormati Al-Quran kepunyaanku. nk buat sepah, buatlah... tapi macam s**l lah kalau menindih Kitab Allah dengan barangan laen sewenang²nya. kurang ajar. mmg haiwan!!!

setelah habes memperiksa ruangan sendiri, ila pulang dan segera melihat sekitar biliknya pula. didapati, ila turot kehilangan kamera digital berjenama samsung yg agk muda umornya. dia mulai gelisah. aku juga. teros gelisah....

kegilasahan kami tidaklah sampai membodohkan diri. kami segera ke balai polis berdekatan sedang masa berbuka puasa hampir tiba. perut yg mulanya bernyanyi riang bergenre pop tealh bertukar kepada musik hambar dan semakin hilang bunyinya walau sedang bumi kediaman dilimpahi hujan lebat dan hebat. setiba di balai polis, tatkala sang pakcik polis coba mendapatkn laporan, internet tidak dpat disambungkan. gangguan teknikal berlaku mungkin dek kerana hujan nan lebat. cobaan selanjotnya dilakukan. usaha masih gagal. waktu berbuka semakin hampir. kami dinasihatkan pulang untuk berbuka dan kembali setelah itu. kami akur...

pulang ke rumah berbuka ala kadar sekadar mengikut kadaran. mandi. solat. bersiap. berbincang tentang suspek dan langkah berjaga² yg selanjotnya. setelah itu, kembali ke kantor polisi. prosedur yg panjang. mujor punya hiburan diselit sana sini serta tak dilupkan IO yang sedikit kacak. (menyempat!)

pada jam hampir 11 malam, sekalian polis membontoti kereta hebatku menuju ke rumah bagi mengkaptur gegambar dan mendapatkan cap jari. gambar² dikaptur dgn jayanya. yang tidak berjaya adalah mendapatkan cap jari. tiada sebarang cap cari ditemui. bajet hebat la..!!! bongok!

setelah tamat investigasi mereka dan memasokkan beberapa tegok teh o panas aku yg tahap melecorkan bibir, mereka pulang menyiasat kes laen barangkali.

dan kami masih sukar melelapkan mata. hamparan dihamparkan di ruangan tamu buat kami tidor bersama. mata gagal dilelapkan. hingga hampir 3 pagi barangkali. gelisah alah resah... ble tertdur pown tak pasti ble waktunya.

yang paleng pasti, pencuri tak boleyh dimaafkan. tak boleyh diberi peluang. tak boleyh terus dibiarkan. dan yang paleng paleng paleng pasti adlh pencuri wajib dilaknat!!!

hoi pencuri, kalu kau baca blog aku nih, pulangkanlah barang² kitaorang! ko tak taw dosa ek? kne bakar kaw kaw la kat akhirat nnt!!! (ntah ntah dia buta teknologi lebeyh trok dari aku).

tambahan: pada 20hb ogos baru aku sedar yang aku turot kehilngan beberapa perfumes dan charger nokia. bertambah bodoh la pencuri itu kerna telepon yg diambil bercap SE tetapi charger nokia yg diambilnya. super bodoooooh!! pencurik, ko amek perfumes aku jugak sbb mesti masa ko sebok menggeledah, ko mmg tgh busok gle cam longkang. kn? cobaan mewangikan diri yg mmg da busok dari dalam la tuh...


mohon undur
*cobaanmencoba*

Saturday, August 14, 2010

berbunga²an

berhati riang
berputik sudah
berbunga kembang mekar pown sudah

A.L.H.A.M.D.U.L.I.L.L.A.H

terima kasih Allah kerana aku disempatkan menikmati Ramadhan 1431

berpuasa segala yg tertulis 'haram' dan 'dilarang'
bersujud lagi setelah isya' selesai ditunaikan
lebih gembira tatkala diimamkan bapa dan adik tersayang ♥

moga bertemu di episod akn datang agr dapat ku coba menambah apa yg kurang

mohon undur
*cobaanmencoba*

Sunday, August 8, 2010

appresiasi

apa yang ada jarang disyukuri
apa yang tiada sering dirisaukan

menangis dan meraung dah tak guna ble yang dulu ada tak tahu nk diappresiasi

coba hargai segala yg ada di depan mata
kelak tak perlu mengadu domba dan teriak seisi dunia


mohon undur
*cobaanmencoba*

Saturday, July 24, 2010

koyakkan tubuh

takkan bisa berada d dua tempat pada masa yg sama.
tak mungkin.

dikoyakkan badan agr dapat kepuasan semuanya? haroskah aku mencobanya?

rungsing!

mohon undur
*cobaanmencoba*

Sunday, June 20, 2010

sarang kita


burung bertelur. lantas dieram telurnya.
dalam sarang~ hasil usaha mencari reranting dan sesabut seisi alam.

dilindong. dijaga hingga menetas.
agr tdk terusik dek pemangsa durjana.

telur menetas ~ udara dihirup si anak terus dari sekitar.
mata terbuka ~ belajar kenal akn dunia.
mula kenal sayap serta kefungsiannya.

masa berlalu pantas tanpa dirasa.
utara selatan habes diteroka.
semakin luas pandangan mata.
usia turot meningkat sama.

tiba masa berdikari pula tanpa berharap dari sang ibu, mahupun bapa.
sarang ditinggal sebagai tanda bahwa nikmat dunia baru saja mahu dirasa.

*kita manusia. bila jodoh dan seru telah tiba. jgn sesekali coba lupa akn kedua org tua.
.:tahniah buat Puan Aainaa dan Encik Hafidz
di atas pernikahan mereka 18hb Jun yg lalu:.


mohon undur
*cobaanmencoba*

Tuesday, June 8, 2010

paleng-tahu-segala

setiap perkara dari setiap sudut mahupown setiap inci~ dia tahu segala.
juga dikenali sebagai she-knows-it-all ataw he-knows-it-all dalam bahasa penjajahnya.

pada mulanya perasaan kagom mejelma.
lama lama meluat datang tanpa diundang sesiapa.

tak salah punya ilmu segunung Himalaya.
tapi seolah rekaan semata.
hanya kerna mahu dilihat dan dikenal sebagai insan-yang-tahu-segala.
padahal haprak belaka.

riak kan mazmumah sifatnya.
cobalah suntik mahmudah seketika.
agr chantek kelihatan skali skala.
tidaklah jelik didengar telinga dan dipandang mata.

mohon undur
*cobaanmencoba*

Monday, May 31, 2010

hujan

hujan emas di negeri orang
hujan batu di negeri sendiri
lebih baik di negeri sendiri
◘◘◘
kala genit, coba memahami tapi gagal. cuma mengerti d kala usia hampir cecah sesuku abad. keji.

mohon undur
*cobaanmencoba*

Wednesday, May 19, 2010

sedap sgt dudok kat atas


gedebukkkKK! (sgt kuat. sle konon² dgr.)


jatoh dari atas (musti la jatoh dari atas tak mungkin dari bwh. budus) yg tinggi. lebeyh tinggi dari KLCC nan gah itu. tentu sakit. semakin tinggi jisim, semakin kuat impaknya. tgk saja humpty dumpty yg jatoh dari tembok tinggi. bolat dan bujor punya pasal, kan da bala tentera takleyh nk cantom dia balek ble da jatoh... haish... (semaken melalot).


tapi tu sume kenyataan dalam hidop. lumrah hidop. laenlah kalo ko brada d alam tiada tarikan graviti. enta ada ke tak perkataan jatuh dalam kamus d sana (jatuh hati mungkin. benci jek!)


kenapa jatoh?

sedap sgt dok kat atas? selesa?


kat mana² pown kte dudok, sebelom dudok tgk dlu. bersih tak, basah tak, rosak tak dll. sume positif bagos. slekan dudok. tapi jgn terlalu lama di atas kerusi itu tanpa berbwat apa. ataw terlalu lupa ble semakin tinggi krusi yg dduduki tuh...


jatoh terjadi apabila terlalu leka. terlalu alpa.

kalo sedap maen awan dan pelangi stiap masa pown tak bagos juga. skali skala kna pegang rumpot dan air sungai dan lautan juga.


marilah kte berusaha mencoba agar tidak terlalu sedap dudok kat atas dan lupa kerusi² yg dduduki org d bawah.



mohon undur

*cobaanmencoba*

Friday, May 14, 2010

budi bahasa budaya siapa?

sambil aku menyanyi nyanyi lagu "budi bahasa budaya kita" aku terfikir seketika dan ingin aku buat kamu kamu berfikir juga persoalan kajian d tajok yg tertera.

Situasi 1 (d dlm bank):
"saya da tunggu lama gle. macam mana servis awk nih? lembap!

Situasi 2 (d dlm keretapi tanah melayu):
"org laen da dudok tmpt saya, saya dudok la sini. awk g ar tgk tmpt kosong yg laen. saya da dudok cni dlu."

Situasi 3 (bratur membli tiket wayang):
tbe tbe seorang jejaka idaman memotong barisan sewenang wenangnya sambil besiul ria dan memandang ke arah skrin crita crita.

Situasi 4 (d rumah saat dlarang kluar ruma):
"mak, org kua jap jelah. bkn tak balek. dok umah pown bkn ada pe."

Situasi 5 (berborak borak dgn kawan kawan):
"bodo la ko. cam aram siot. mana ko taw? gampang ar. babi tol..." *ada lagi carotan hebat yg telah menjadi ruji. tak perlu kowt d sini.

Situasi 6 (sambil berjalan d sekitar universiti sambil membawa barang/buku):
dilanggar seseorang. barang jatoh. orang itu sempat melihat dan berlalu dengan hebatnya tanpa berkata apa walau perkataan maaf tidaklah seberat 100gram pown.

itulah antaranya. budi bahasa semakin kurang. mana ilangnya? masihkah ia mejadi budaya kta? jgn kata org laen, aku pown sama. maka, haroslah kta bersama sama coba utk kenal diri dan sedar diri.

jgn terlalu tinggi mendongak ke langit ataw terlalu rendah menundok seperti tidak ujud.

sekian. TERIMA KASIH (juga tanda berbudi bahasa. hee)


mohon undur
*cobaanmencoba*

Thursday, May 6, 2010

haram

babi itu haram
arak itu haram
zina itu haram
anjing itu haram

tipu haram tak?

tapi kalo penipu besar yg sebesar kolam alam mestilah haram kan...
maka penipu samalah tarafnya dgn babi, arak, zina dan anjing.

aku da coba tahan. tak boleyh.

*marah hingga menanges bkn sedeyh!

mohon undur
*cobaanmencoba*

Sunday, May 2, 2010

gigi itu majlis

CAKAP KEJU~
klik!
chantek gambar nih. latar blakang menarik. lenggok badan turot sama mengancam. tapi...


adoiyai...
mmg tak larat nk tgk. aku maseh lagi ingat nenek aku kata kat ayah aku yg gigi tu adalah majlis. maksudnya adlh sesonggohnya ke mana kta pergi tentu sj itu yg dilihat org.

dan aku, mmg sgtlah terperinci tntg itu. dan ianya menjadi sebahagian kriteria buat bakal suamiku. (kalo kawen la...). dan mmg ia merupakan perkara pertama yg akn ku lihat dari mana mana individu d muka Bumi ini samada aku kenal ataw tidak.

aku tak rasa ianya sebahagian daripada diskriminasi kerna bukankah telah diajar cara menjaga sejak dari kecil lagi? siap Doktor gigi dan misi misi yg cun lagi meletop datang ke sekolah bagi mendemo cara cara menggosok gigi dgn betol. (prasan tak Doktor gigi slalunya kacak dan chantek...? maaf melencong sketika.)

barisan gigi gigiku tidaklah tersuson rapi dan hebat rupanya seperti ini


tapi tak mungkin aku biar ianya bernanah burok dan busok sbb aku sgtlah ske bergambar sambil tersenyom lebar. aku taw alasan tak kukoh. tapi tu menjadi salah satu sbb untok aku teros coba untok menjaga 32 batang gigi gigiku.

mohon undur
*cobaanmencoba*

Saturday, April 24, 2010

kalkulator masa kini

"milo tuh amek satu sachet je taw."
"dynamo aku da tggl sket la."
"balance dwet mnggu lps yg ko tak cukop masa bli pad kat giant tu RM 1.46 taw."
"ko la plak mop uma. 2 bln lepas kn aku da mop."
"kete aku byk pakai minyak. naek kete ko ar" (tak penah tlg tuang pown)

SUMPAH!!! GLE BERKIRA DOWH!

aku hangen gak org mcm nih. mmg ar duniya panca roba ini membutuhkan segala makhluk berakal dan bernyawanya untok bergelar insan beruang berwang. Namon, wajarkah ble menda kicik gle babeng pown berkira abes abesan? tak senonoh kan?

kalo da namanya kawan ko (apatah lagi ahli keluarga weyh...), tak perlu ar terlalu bercatu.

tak faham knapa hati dan akal org kadang kadang tak bleyh bersatu.

bukankah pintu rezeki akn lebeyh dimurahkan dan dipermudahkan bila kte coba untok mentolong org dgn tidak terlalu menekan kalkulator?



mohon undur
*cobaanmencoba*

Thursday, April 22, 2010

rumi jawi

si ee si ee
ca ya ca ya
aku maw coba dapat
aku coba tunggu

mohon undur
*cobaanmencoba*

Friday, April 16, 2010

kira kira

1 2 3

satu dua tiga

mudah dikira. nombor selanjotnya tiada hujungnya.

hitung. kira. bilang.
akn aku troskn.
biar jari kaki dan tangan habis dibilang.

moga saja nnt aku dihujani kegembiraan.
aku coba tenang, sabar dan akur menghitung hari ketibaan.


mohon undur
*cobaanmencoba*

Saturday, April 10, 2010

si . jantong . hati

berdebar. tegang. tertekan. terangsang. teruja
adrenalin memuncak. petanda baek anda berfungsi dengan baek.

andai saja keadaan terlalu tertekan. tiada cara. merokok jadi pilihan.
30tahon++ bersama manakan senang nk lepas.

cuba berhenti. melawan nafsu menghisap candu. lebeyh tekanan berlaku.
jantong gagal sempurna berfungsi. dua salur jantung akur menerima darah. namon otot tidak berjaya mengepam lantas gagal menghantar oksigen ke organ laen dan darah membanjiri peparu usang.

kesesakan nafas melampau. nyawa di hujung.
bantuan oksigen diberi. gagal!
bantuan dadah diberi. gagal!


KECEMASAN!!


Tuhan masih mahu beri peluang buat bekal di dunia sana.
tinggal d rumah saket yg ketat bilangan penghuninyanya. 5 hari d sana. nyawa dipanjangkanNya jua.

Terimakaseh Tuhan. Aku belom bersedia kehilangan dia~ bapa terbaek dunia akhiratku.
Akanku coba berbakti kerna segala berlaku dihadapanku membuat mata aku lebeyh terbuka luas dari biasa.

maaf. tiadalah bijak berbahasa perubatan.

mohon undur
*cobaanmencoba*

Saturday, March 27, 2010

berikan sejam buat bumi

tik . tok . tikitikitok .
kali kedua Malaysia turot sama dalam usaha mencbe untok memanjangkan hayat bumi dengan menutup suis suis. 27 mac tarikh berlangsongnya earth hour seluroh dunia.

8.30pm - 9.30pm. tak lama. cuma satu jam. sejam saja. namon maseh ada yg bergelot panas, mengadu tak nampak dan pelbagai alasan dan hujah yg ble dedengar aku naek menyampah. sumpah.

tapi ada gak yg gumbira brada dalam kegelapan. sume benda yg dicari ataw tidak dicari haros diraba untok ditemui. ko ada satu jam cuma. gunakan sebaeknya. terpulang pada misi dan niat ko r.

da cukop terseksa bumi dgn hantu berahak yg buang sampah sana sini, guna plastik yg tak berbiodegarasi dan pelbagai aktiviti aktiviti dengan yakin diri umor Bumi panjang lagi. Jangan la biarkan cicit ko nnt tak cukop tanah nk tinggal di bawah terik sinar mentari.

aku kecoh ni juga untok aku coba mengubah diri.


mohon undur
*cobaanmencoba*

Wednesday, March 24, 2010

promo diputos

Syukor aku ke atas DIA
proses pembuatan keputusan aku telah berjaya walau tentu saja senarai baek burok begitu panjang lebarnya
aku menolak bkn berlagak tapi punya alasan kukoh
mungkin d laen masa dan ketika dibuka pintu rezeki oleyh incek boss yg cumil itu
skali lagi aku akn menjadi The Thinker dan coba membwat keputusan yg bernas dengan tangkas

mohon undur
*cobaanmencoba*

Thursday, March 11, 2010

promosi

promosi barangan ~ berduyun datang. darjah ketebalan kantung wang haros diukur.

kurang tebal = kurang habuan
lebih tebal = lebih habuan

entri aku kali ni bukanlah merujuk kepada promosi barangan yg menjadi kegilaan pasangan lelaki dan lelaki juga (saja tak nak merujuk kepada PEREMPUAN secara terangan. ooops!)

▌▌▌
ia adalah berkaitan dengan promosi dalam konteks kerjaya.
aku dipromosi.
haros dibangga. mmg bangga. hidong dan anggota bawah terkembang seketika. (trok gle!)
tapi curiga.
aku? punya byk org tua. eh silap...org berpengalaman, aku yg tak brapa muda nih yg menjadi idaman kalbu si tuan ketua.
(mod*sedikit belagak*ke byk?)

mahu dan tidak mahu
takkan nk memperjudikannya dgn memetik kelopak bunga
ataw bermain chat-chi-loht-aht-aht
ataw juga menjenting syiling ke udara dan menanti jawapan ekor ataw kepala

gile hape???!

aku masih punya agama. punya Tuhan untuk berbicara dan meminta.
petunjuk dariNya yg terutama.
Mak bapak dan ahli keluarga.
juga kawan kawan yg faham jiwa.
pertimbangan sendiri tak jugak aku lupa.

selepas semua lapisan-lapisan diteroka, tak payah lagi nk teka teka.
pasti masa tuh jawapan dah ada. takkan nk biar tuan ketua menanti jawapan tak suda suda.

coba kuatkan diri~weeeee....

+akumasihberlagakni . trokgle+


mohon undur
*cobaanmencoba*

Wednesday, March 10, 2010

kerihtihkahl

aku tak pasti kenapa kadang kadang aku biarkan diri aku berkata "takpe lah. tak taw lah. ntah lah. tak pasti lah" (aik!mcm ada di mula ayat tadi jek kn...)

bkn kah setiap yg terjadi, setiap gerak laku dan setiap langkah tari pasti ada sobab mosabab dan penjelasan??

manusia perlu berfikir secara kritikal. bkn sekadar menadah dan menerima secara bulat-bulat, bujur-bujur ataw dalam bentuk bentuk laen. stiap maklumat haros dianalisis. lebeyh banyak maklumat, seharosnya lebeyh banyak hasil penelitian. (aku cakap nih penoh dgn nada poyo tapi ikhlas)

tapi, tidakkah sukar bergelar PEMIKIR KRITIS?

bla da pandai jawab sukar aka susah nih, mmg sah ko tak layak ditabal gelaran itu. cobalah dlu, barulah taw. kalo agk agk tak nk gne lama, biarkan saja dimamah udara otak itu agr lebeyh lekas proses pengoksidaan lantas berkarat. mudah!

kritis bukanlah kritikal mana walau org puteh gelar ia critical thinking.
(cakap lebeyh plak aku nih. padahal baru je nk coba. maaf)



mohon undur
*cobaanmencoba*

Tuesday, February 23, 2010

kaw.wan

rasa syukor.gle syukor.
kaw.wan yg cukop hebat.cukop sifat.cukop gle juga.

aku tak cukop pasti apa beza kawan, sahabat, teman ataw rakan. yg pasti ble da namanya seperti <----- (seantero kaw.wan) seharosnya jujur (tak maen belakang - tikam belakang ataw cakap belakang bkn maen blkg yg laen eyh...) yg cakap belakang tuh aku bwat gak kadang kadang sbb tak tahan pendam sorang crita heybat.heh.

kemudian, boleyh berkongsi pelbagai. kegembiraan, kedukaan, keceritaan, kemasalahan, kepakaianan dan kekasutan (kalau muat), kemakanan dan keminumanan serta kelaen laenan.

aku punya kaw.wan yg hebat dan haros aku banggakan dan canangkan kepada dunia.

  • bergelar pensyarah
  • bergelar pegawai tadbir dan diplomatik
  • bergelar pelajar siswazah (dalam dan luar negara)
  • bergelar pegawai kerajaan
  • bergelar doktor
  • bergelar pereka fesyen
  • bergelar peniaga

dan yg mustohak...
  • bergelar KAWAN yg taw erti dan nilai seorang kaw.wan
*jika masih belom, haroslah mencoba


mohon undur
*cobaanmencoba*

Wednesday, January 13, 2010

Abang

aku senyom sendiri bila terkenang akn peristiwa itu. senyum sindir akn diri sendiri.
puas. tapi penoh sesalan.

abang. aku sayang abang. sayang sekali. itu kini.

usiaku 4 dan dia 5 di mula pertemuan kami. janggal. pelik.
persoalan mula timbol. mengapa??? (soklan laen mcm tak sesuai.masa tuh pown kecik lagi)
dia diambil untok tinggal bersama kami. ya benar. kami bersaudara tapi tak seharosnya dia sebumbung dgnku. BENCI!

dari kecil aku sudah pandai membuli. pukul?menghina? itu semua ruji aku bila ada disamping dia. aku tak diajar ibu bapaku berbuat begitu. pengaroh kaca tivi barangkali. ada satu masa aku cukop menyirap bandong. segera botol aeresol (ridsect ketika itu) aku capai lantas aku ketok kepalanya hingga berdarah. puas! punca aku tak ingat. tapi aku tak rasa ianya sbb yg kukuh hingga peritiwa berdarah haros terjadi.

aku juga gemar mengoyakkan baju²nya atas alasan hobi. dan dia cuma menangis. tak pernah dia mengadu. tak pernah dia salahkan aku. bertambah bermotivasi untok aku teros lakukan aktiviti² selanjotnya.

kuambil barang²nya. aku rasa pada waktu itu dia tak layak menerima apa² dari mak bapak aku. aku ambil. aku sorok dan sebahagian aku katakan aku yg punya. dia sekali lagi menangis. yg sering menjadi penyelamat adalah pembantu rumahku ~Mak Nah (pernah aku khabarkan di entri ku yg lalu). tapi aku sering menjadi juara dalam pertelingkahan itu (walaupown hakikatnya tak).

Aku tak putos asa. teros berusaha dengan harapan dia dapat aku usir. ianya berlanjutan hingga aku berusia 15 tahon. cukop lama. dalam tempoh 10 tahon, ada jugak adegan² gembira antara kami. aku pown tak ingat masa tuh aku ikhlas ke tak untok jadi gumbira.

tapi yg paleng ingat masa tuh pipi aku panas. cukop panas dan berbirat. bengkak tidak lama kemudian. semuanya atas kesabaran yg terkumpul selama 10 tahon. aku mmg tak pernah mengalah. dan ketika itu hanya kerana berebot bilik berangan. aku mahu masok. tapi tak jadi. dia mahu masok, aku cepat² mahu masok juga dan kembali tak jadi. dia mahu cepat. adegan berulang² lagi. dan untok yg terakhir aku berjaya masok dan segera ditendangnya dan pipi aku teros dihinggapi satu penampar yg maha dahsyat! aku menangis sambil menghina "tak sedar diri. dah la menumpang. mak tuh bkn mak awk. ayah tuh bkn ayah awk. keluar la dari rumah nih"

dgn nada marah namon maseh tenang, dia menjawab "abg da lama sabar. semua yg awk buat kat abg tak pernah pown abg bgtaw mak dan ayah. tak pernah pown marah awk balek. tak pernah abg merungut. mmg diorang bkn mak bapak abg tapi abg cuma nk tumpang kasih sayang je. tak mintak menda laen pown. abg takde ayah. mak abg tak nk abg lagi dah...abg cuma ada keluarga ni je" dia pown menangis.

detik itu. detik itu yg buka hati aku. setelah selesai mandi aku baring dan fikir. lama.

dia mmg abg yg baek. baek untok adik adik. aku yg terlalu takot mak bapak aku lebeyhkan dia dan lupa akn aku sebagai anak mereka. aku tak suka. tapi tidak. semuanya sebaya. adil dan saksama.

keikhlasan aku untok bergembira dgnnya tak lama. aku ke matrikulasi dan kemudian ke universiti. jarang berjumpa dan berkomunikasi secara bersemuka. dan dia kini berbini. tidaklah sama. aku mahu dia ada. dia ada sbg abg yg aku tak tahu hargai dahulu. tak mungkin berlaku.
maaf aku untok kamu abg.

Tuhan, maafkan aku. akn aku coba hargai apa yg dihadapan aku.
Aku Sayang Abang Aku

+tambah sana sini buat penyeri+

mohon undur
*cobaanmencoba*

Saturday, January 9, 2010

cuaca

matahari terik

panas

matahari menyorok

awan tebal

mendung


hujan rintik

hujan lebat

basah


hujan berhenti


matahari timbul

namun sudah senja


bertukar


bulan menunjuk rupa

kelam

gelap


nantikan esok hari pula


percobaan meneka.adakah sama?


mohon undur
*cobaanmencoba*

Saturday, January 2, 2010

per'chess'an

aku tak mungkin dapat menandingi Magnus. sudah pasti. maen chess sekadar suka suki.
bkn itu tujuan entri ini.

chess = catur

percaturan hidop itu yg memberi erti.
susah. sukar.

sohabat aku: IZYAN punya satu kisah.

tak pandai bercenta membawa kepada jumlah jejhantan melebihi jumlah jari jemari beberapa individu. di pertangahan 2009 ditemukan dgn jejaka kureng tampan namon manisnya ada. sopan. berbudi bahasa. bertangungjawab. Izyan mulai suka. sayang. centa. dibawa bertemu ahli keluarga (atok, makcik, pakcik, sepupu sepapat turut sama ada). mereka suka. positif. tapi mod itu tidaklah lama. beberapa persoalan mula diperbentangkan oleh kedua ibu bapa.
Antaranya:-

Boleyh ke Izyan blajar hidop susah?

Boleyh ke lelaki itu yg menjadi dominan?


Boleyh ke lelaki itu membimbing?



dan beberapa persoalan yg sukar utk dijawabnya kerna dia juga punya soalan--- Boleyh tak saya buat keputusan sendiri dan teroskan hidop saya???! tapi tak mungkin bagi dia kerna keluarga berada selalu di nombor satu dalam carta hidopnya.

Kasihan kawan aku tuh. Baru nk blajar erti setia. Ditanya pula soalan sedemikian rupa. Itulah menjadi percaturan dalam hidopnya. bagaimana haros aku bantu dia? tak aku sangkal aku juga punya percaturan. kerna percaturan tak semesti kerna centa. kau juga. yg penting kita semua mencoba untok menemui jln penyelesaiannya. mmg sukar. lebeyh sukar dari sukarman (pnjam dari teman~mash.nid).

ikhtiar dan minta petunjuk dari yg Kuasa.

mohon undur
*cobaanmencoba*