Wednesday, January 12, 2011

serdang bukan haiwan

lokasi kini bernama serdang. kembali ke pangkal jalan. jalan benar hakiki untuk ilmu terus diterokai.
sedang, selangor ~ sebuah bandar yang kian pesat akibat pembangunan dan lebih lebih lagi kerana adanya Universiti Putra Malaysia nan permai (lah sangat).

Kerana adanya institusi itu, aku terlekat di bandar ini. Menyewa dengan kadar yang agak tinggi jka di bandingkan dengan kampar, perak (2 tahun aku melekat di sana dengan hanya menyewa rm280 sebulan untuk sebuah rumah teres satu tingkat yang hebat). Kini, aku menutup mata membayar sejumlah rm250 untuk sebuah bilik kecil yang berlantaikan simen. erkkk!

Bilik yang tidak dilengkapi sebarang objek. kosong. tenang.
Tinggal bertiga. Rumah teres setingkat yang agak pelik rekabentuk. 3 bilik. 1 tandas. 1 bilik mandi. Pada awalnya aku mengaitkan rumah tersebot dgn rumah dalam filem p.ramlee. huu.
yang kurang menyenangkan aku adalah bilik mandi yang tiada tandas bereka bentok dudok. Mungkin aku harus simpan bahan buangan hingga tiba di lubang yang indah untok diduduki.

Tapi darjah kepentingannya tidaklah setinggi mana berbanding isu menghabiskan tahap pembelajaran yang kuharap esok untok tamat. Usaha terus usaha. kadangkala ada juga lemau melanda. Liat nak kembali rangup semula. Tapi aku tolak juga. Motivasi harus ada. Setiap hari. Setiap masa.

Bumi Serdang ~ aku cinta kau tapi aku harus coba meninggalkan kau secepat mungkin agar aku tidak terus ketinggalan.


mohon undur
*cobaanmencoba*