Showing posts with label sengal diri. Show all posts
Showing posts with label sengal diri. Show all posts

Tuesday, April 19, 2011

hujan

hujan rintik rintik

air bergelora

emak bagi seposen

ayah bagi seposen

adik pegi sekolah

3 tambah 3

adik jawab 6

cikgu tanda rait (✔)

adik teros pulang

(petikan lagu sambil melukis d zaman kecik kemetot)

cerita hujan mmg indah secara semulajadinya
main hujan kalo masa hujan lebat lagi seronok!!!!
itu semua masa kecik je buat.
sekarang kalo ada dalam hujan pon sebab terpaksa redah.

hari ini panas terik nauzubillah
boleh jadi pening kepala
hujan sering dinanti
takdelah panas berkuah dek peloh nanti

cuaca tak boleh nk jangka
kerja Allah swt

samalah juga cuaca emosi
hujan emosi
sukar nk dibendung
kalau hujan dek kegembiraan, alhamdulillah
kalau hujan dek kegelisahan, kesedihan, kemurungan ...
puas coba dibendung
jatuh ibarat awan yg terlalu berat menampung
tiba masa, hujan turun
guruh petir sabung menyabung

berdoa. sbb Dia sayang kita sentiasa tiada hujung.
orang lain tak tentu sampai bila bersambung kerana ada yg bermula pon belom.


mohon undur
*cobaanmencoba*

Sunday, March 20, 2011

malas

tak dijemput
tak diundang

dah coba buang
tak hilang hilang

MALAS ~ tolong pergi jauh
kerja aku menimbun sungguh

syuh . syuh . syuh


mohon undur
*cobaanmencoba*

Tuesday, March 15, 2011

magis kaca mata hitam

pernah tak rasa rimas gila di pandangan mata ketika memandu tatkala hujan lebat?
wiper dah paling laju dalam dunia dengan kuasa tingkat tiga, tapi masih samar penglihatan.
pernah tak?? dan akhirnya memandu dengan kelajuan kura kura tua nan uzur atau berhenti di tepi jalan untuk beberapa minit dan mungkin juga beberapa jam hanya untuk mendapatkan penglihatan hebat serta bagi mengelakkan kemalangan nyawa. (takkan nk mati akibat tak nmpk jalan di kala hujan kan...?)

aku ada rumusan magis yang aku juga musykil pada awalnya.

sila kenakan sepasang kaca mata hitam yang paling digemari!!!

percayalah! aku rasa lebih terang dan tenteram. lebih jelas. walaupun hujan yang maha hebat ditambah dengan kegelapan malam. kaca mata hitam RM15 pun dapat membantu. pada awal percobaan aku, aku rasa bodoh kerana di luar sana gelap bukan main. dan aku berlagak stylo tak tentu pasal. apahal... tapi kesannya yang penuh dramatik telah menolak tepi kata kata mereka yang sememangnya iri hati dengan kesemulajadian aku yang stylo ini (sila muntah).

dah dah dah. motif entri ini:-
PERCAYALAH!!!

kaca mata hitam membantu kalian semua memandu kala hujan renyai mahupun lebat. sila coba rasakan sendiri.

aku tak taulah kalau memang kaca mata hitam aku saja yang punya magis itu. maaf jika ya.


mohon undur
*cobaanmencoba*

Tuesday, March 1, 2011

kenyang gila ba.alif.ba.ya

bila musim ombak aura perempuan aku datang (kerap berlaku d hujong bulan), mula la selera cam babun mula menjelma.

mahu kiri kanan penuh makanan.
syurga. syurga. syurga.
impian serta cobaan merngcurvykan diri musnah begitu saja.

terok betol! patotlah tak laku laku aku ni.
kurang 5 jam aku mampu menelan atau bahasa kurang sopannya mentekedghoh:-
beberapa ketol donut tajaan big apple, mines shopping mall.
sepinggan nasi goreng ikan masin (kurang hebat) dan
sepinggal grilled chicken chop sumbangan village view, bangi.
air suam 3 mug.

aku masih manusia.
tapi manusia kurang pedoman sket la. (sket ke?)
yang setiba di rumah hanya mampu telentang dan laju laju berdengkor.
tak senonoh!!!!

*terimakaseh kak mai hoi melayan selera aku ini. :P

mohon undur
*cobaanmencoba*

Monday, February 21, 2011

nyawa

bukan nyawa tapi seolah nyawa

tertinggal di dalam kereta teman untuk satu malam bagai hilang kelengkapan


resah
tiada tukang kejut di pagi hari
gelisah
kalau kalau ada yang mencari
gusar
jika ada urusan penting menanti







wahai telepon bimbit dan dompetku. tak sabar untok aku bertemu kalian.
aku sunggoh rindu walau puas aku coba untok bertahan... ewah~~~


mohon undur
*cobaanmencoba*