Monday, September 27, 2010

sejumlah mulot

satu manusia ada satu mulot.

satu haiwan ada satu mulot.

tapi ada juga manusia dan haiwan yg bermulot banyak.

bkn bilangan mulot yg terlekat di atas anggota tapi frekuensi mulot dibuka dalam sejam yg diambil kira.

BECOK!





haiwan yg becok bleyh tahan banyaknya kalo nk disenaraikan. begitu juga manusia. ramai juga yg hebat dan petah berkata sampai tak sempat orang laen mencelah memberi sebernas kata. (mungkin aku juga mendapat gelaran sama)



becok masih tak apa. slagi tak mengumpat dan mengata.

tapi haros disimpan sedikit rasa agr tak lah terlebeyh kata yg membawa padah d hari muka.



lebeyh hina pandangan mata pd yg bergelar pembuka rahsia.

dicanang crita ke sini sana seolah ahli politik negara.

berjanji bersumpah tak bagitaw sesiapa.

tapi akhirnya seantero jajahan dihidang pembesar suara.



sudah jarang tempayan ditemui d abad ini. tapi masih terdapat satu tempayan di belakang rumah pak abu. dan tempayan itu masih dapat ditutup oleyh dulang usang isteri pak abu. maka benarlah peribahasa melayu dipelajari kita di awl pengajian tahap satu dahulu. tapi itu tak bermakna hanya kaum melayu saja yg bermulot besar membuka rahsia umat manusia. tiada unsor perkauman dalam jurusan umpatan dan bukaan pekong orang orangan.



berhentilah. bkn aku saja yg benci sbb aku percaya tiada seorang pown yg mengangguk kepala sambil tersenyom bangga bila rahsia dirinya coba dijaja kepada dunia.



mohon undur
*cobaanmencoba*

Friday, September 17, 2010

bekas

bekas makanan - isi makanan
bekas air - isi air
(aku taw makan dan minom je ble sebok musim raya nih walau da raya ke tujoh)
bekas centa nk isi apa?
nk isi balek dalam hati kah?
haish. kes ludah jilat balek mmg menjijikkan. lebeyh² lagi yg bercampur kahak yg likat.
skali buat pown da meluat. apatah lagi yg coba mempraktik menyambong rasa chenta setelah memaki untok kali yang kedua belas. gila geli dan super memualkan weyh!!
kalo kau terludah kat ujong jari kelingking kaki aku pown, aku tak benarkan kau jilat balek.
baek aku coba sental pakai peluntor biarpown akn hilang garisan identiti.
puas hati!!


mohon undur
*cobaanmencoba*

Monday, September 13, 2010

raya rayi sederhana sederhani

tamat ramadhan.
mulanya syawal.

tarikh 1 SYAWAL 1431H

mereka yg bergender lelaki mula bersiap utk ke masjid. (sudah lama yg bukan lelaki tidak ke masjid menunaikan solat sunat raya...masyaAllah). yg selebihnya tinggal di rumah berkemas kemas mempersiapkan juadah dan laen laen.

semua chantek. tema tahun ini ~ M.E.R.A.H!!!

setelah menebalkan kulit wajah setebal 4 inci dgn ramuan persolekan, sekalian kaum hawa menghidang juadah sambil mennti kepulangan kaum lelaki. kali ni aku paleng tak tahan nk makan sambal kacang buatan mama (panggilan untok ibu saudaraku). namon, mak lot (seorang lagi ibu saudara) yg menyediakan. tetap lazat! ditambah dgn makanan laen yg sememangnya tak pernah gagal mengenyangkan perot yg senantiasa tak kenal erti kenyang.

setibanya mereka, kami bertakbir di rumah dan kemudiannya membuat doa selamat. alhamdulillah. setelah itu, apa lagi....... melahap la! subhanallah.

tidak banyak aktiviti.
RINGKAS DAN SEDERHANA. itulah perkataan perkataan seswai utk menggambarkan aidil fitri 1431 keluarga kami.
tidak kemana. mengejar cerita cerita hangat yg telah hangit sesama sepupu sepapat, sedara sedari, makcik, pakcik dan atok.

satu adegan menarik di waktu malam raya pertama adalah paluan mercon hebat yg dibawa oleyh abg abgku. bdk bdk mmg suka. tapi ada yg terlebeyh suka sampai menangis (hakikatnya takowt).

video

tahon hadapan tahun yg baru. aku mahu coba kumpol lebeyh duit raya lagi sbb tahon nih sgtlah cipot. heh :P

mohon undur
*cobaanmencoba*