Showing posts with label ujian hidup. Show all posts
Showing posts with label ujian hidup. Show all posts

Monday, July 25, 2011

kakikirikukekesalan

tak banyak hidangan buat santapan pembaca (kalau ada la kn...) pd episod ini
sekadar menunaikan janji yang lalu

keadaannya semakin baek namon aku masih mencoba menyesuaikan diri dgn ibu jari kaki yang tidak lagi lentur seperti dahulu kala.

inilah kisah proses penyembuhan kaki kiriku...


habis cerita.

mohon undur
*cobaanmencoba*

Thursday, June 30, 2011

malang bau apa?


lalat yang mendarat di atas pagar yang selesai dialas cat. lalat itu tidak tahu. maka, malang adalah berbau cat bagi sang lalat itu

tanggal 7 jun dan 9 jun yang lalu sesuatu yang dahsyat dan memberi kesan hingga akhir hayat telah berlaku ke atas aku di bahagian atas dan bawah tubuh pinjaman. malang aku berbau air yang berklorin.

biar cukup satu bulan, akan coba ku bentangkan kisah pahit itu agar prosesnya lebih jelas kelihatan.

buat masa ni ingin aku warwarkan, marilah membuat percobaan menambah bonus buat bekalan di kehidupan selepas kematian di bulan Tuhan ini yang hampir tiba di hujung menjengah Syaaban. Mana taw... malang yang pelbagai bau dapat dihindar dengan dekatnya kita pada Dia. ;)


mohon undur
*cobaanmencoba*

Friday, June 17, 2011

.

berhenti
tamat
nokhtah
akhir
hujung

alhamdulillah
coba redha. harus redha

kerana Dia ada rancangan yang lebih baik
amin

mohon undur
*cobaanmencoba*

Monday, June 13, 2011

separuh

aku seorang individu nan satu
satu yang bukan setiap waktu
satu yang mencari sesuatu
satu yang mencari separuh itu

mana separuh si pelengkap satu?
coba dicari di sana di situ
jumpa dan hilang; sering begitu
ada ketika molek membatu

mengalir lagi air jernih itu
tiada dipanggil banjirnya tak menentu
Tuhan tahu ke mana separuh itu
detik tiba pasti dibantu



mohon undur
*cobaanmencoba*

Monday, May 23, 2011

nikmat ditarik

si kuat bicara tidak banyak berkata
dek nikmat Tuhan ditarik seketika
tak pernah berharap atau meminta
mungkin Tuhan nk sedarkan diri dari leka

mulut banyak senarai fungsinya
membebel, mengumpat sebahagian darinya
itu membuat ramai yang leka
untok bertasbih berdoa ke atas Dia

aku kini masih punya suara tapi tak seindah biasa. Namun mampu membuat Ella iri hati. mungkin kekurangan sebatian hidrogen dan oksigen. kini coba memasukkan sebanyak cecair jernih itu sebanyak banyaknya kerana mungkin juga nikmat itu ditarik berpunca dari suhu dalam badan yang tinggi.


mohon undur
*cobaanmencoba*

Wednesday, May 11, 2011

mahu itu dapat ini

ini bukan mahuku
itu mahuku

kenapa harus ini menempel?
bukan yang itu

coba berdoa berjuta kali
ini juga yang melekat lekit
yang itu pula menolak menarik tali
buat segala semakin sakit

berdosakah aku teros mencoba?
takkan nk hidop tidak berusaha?
takkan teros terosan meraba raba?
aku percaya ada pertolongan dari yang Maha.

aku mahu yang itu . bukan yang ini .



mohon undur
*cobaanmencoba*

Friday, April 22, 2011

buntu

buntu ... mohon dibantu

ikhtiar dan doa coba disatu

masih membatu

:'(


mohon undur
*cobaanmencoba*

Sunday, March 20, 2011

malas

tak dijemput
tak diundang

dah coba buang
tak hilang hilang

MALAS ~ tolong pergi jauh
kerja aku menimbun sungguh

syuh . syuh . syuh


mohon undur
*cobaanmencoba*

Wednesday, March 9, 2011

psikologi sosial

aku tak cantik di mata umum.
tapi aku punya banyak kelebihan. terlalu banyak untuk disenarai. (ya. aku poyo. jadi?)
terutamanya lemak.
cobaan mengikis mmg selalu tetapi kerap saja terganggu.
tapi lemak lemak tak pernah menjadi pengganggu untuk aku berdiri yakin menjadi aku.
kerana cantik itu jatuh pada si pemandang (btol ke aku mengalih bahasa nih?)
dalam bahasa orang putihnya berbunyi :- beauty lies in the eyes of the beholder.
tapi kadangkala seperti terlebih suntikan darjah keyakinan yang kadangkala memudaratkan.
setiasa coba untuk bersederhana, tapi ada saja yang buat aku melanggar dengan gelabar tapi tidaklah sampai ke tahap yang perasan cantik sangat!!! sangat tak!

jadi, bagi pembaca yang gemuk atau lebih sopan dikatakan berisi, banyak produk pelangsingan di toko toko berhampiran jika mahu kelihatan kurus menawan dengan pantas kebabbbbooooo atau kawal pemakanan dan bersenam untuk hasil yang meyakinkan sepanjang zaman (aku cakap je lebih) jika tidak, kenapa perlu psycho? jadi saja diri sendiri. mudahdotcom.

baiklah. disebabkan kecantikan golongan seperti aku nih hanya segelintir manusia saja yang nampak, aku jadi hairan lantas akn termenung sejenak, 2 jenak dan kadangkala berjenak jenak memikirkan atas dasar apa orang boleh ada perasaan suka pada aku (rujukannya mestilah lelaki weyh). masa nih keyakinan macam tak berapa nk stabil. tapi masih boleh diterima akal jika mmg benar aku kenal dan pernah bertemu. mungkin bukan luaran yang menjadi medan magnet. (keyakinan meningkat semula).

yang menjadi kemusykilan aku adalah apabila si super psycho datang mencipta onar mengaku bahawa pernah menaruh harapan dan aku pernah menabur janji (bunyi cam lirik lagu 80-an). cuak gila. muka dia pun aku mcm tak pernah tengok. nama dia pun takde dalam senarai dalam CPU 26tahun unggul aku. dia tahu hampir segala tentang aku. pelik. pada mulanya, aku coba mengorek sana sini juga. tapi tak berjaya. enggan menjawab dengan sempurna. menyampah mengundang di kotak minda. aku tinggalkan saja. marah pula dia. kata dia, "saya takkan maafkan awak atas perbuatan awak dulu pada saya". apakah? mmg orang gila. tak kenal boleh buat salah ke? lain la kalo kau artis yang menjadi bahan umpatan aku. sangat sangat tak faham di atas darjah kepsychoannya yang melampau. nk bentang kat sini panjang panjang pon boleh memualkan.

incek psycho, aku tahu kau sedang baca sbb kau kata kau mengikuti blog aku yg tak seberapa ni. tolonglah coba berhenti. rimas. gatal kepala aku. aku doakan kau cepat dapat jodoh agar penyakit kau dapat sembuh.


mohon undur
*cobaanmencoba*

Thursday, February 17, 2011

lu ka

luka sikit
sakit
luka dalam
sakit perit


coba cari ubat
mana ubat?
coba cari p
enawar
mana penawar?
mana?

sakit sangat!
sakit yang amat!


mohon undur
*cobaanmencoba*

Monday, February 14, 2011

SUKARman

andai saja aku seorang bayi.
andai saja aku kanak kanak yang masih berhingus tak tahu lap sendiri.

TAK MUNGKIN!!

duapuluhenamtahun di tahon 2011
usia sekadar nombor ~ aku sgt setuju. tapi semakin meningkat usia, semakin meruncing permasalahan melanda. walaupun tidaklah sebesar isu negara, tapi cukop utk meledakkan kepala.

Antaranya:-

bkn Dr House tapi ... (kalo dapat dia tok merealisasikan gambar ke 2 pown boleh jugak)

dan pelbagai lagi. pening kan? tapi bagi mereka yang da capai segalanya, tahniah!!! sila panjat syukur sbb aku nih masih terkial kial mencoba yang terbaik utk diri aku dan keamanan sekalian umat terutama keluarga. mmg bapak SUKARman!!!



mohon undur
*cobaanmencoba*

Wednesday, January 12, 2011

serdang bukan haiwan

lokasi kini bernama serdang. kembali ke pangkal jalan. jalan benar hakiki untuk ilmu terus diterokai.
sedang, selangor ~ sebuah bandar yang kian pesat akibat pembangunan dan lebih lebih lagi kerana adanya Universiti Putra Malaysia nan permai (lah sangat).

Kerana adanya institusi itu, aku terlekat di bandar ini. Menyewa dengan kadar yang agak tinggi jka di bandingkan dengan kampar, perak (2 tahun aku melekat di sana dengan hanya menyewa rm280 sebulan untuk sebuah rumah teres satu tingkat yang hebat). Kini, aku menutup mata membayar sejumlah rm250 untuk sebuah bilik kecil yang berlantaikan simen. erkkk!

Bilik yang tidak dilengkapi sebarang objek. kosong. tenang.
Tinggal bertiga. Rumah teres setingkat yang agak pelik rekabentuk. 3 bilik. 1 tandas. 1 bilik mandi. Pada awalnya aku mengaitkan rumah tersebot dgn rumah dalam filem p.ramlee. huu.
yang kurang menyenangkan aku adalah bilik mandi yang tiada tandas bereka bentok dudok. Mungkin aku harus simpan bahan buangan hingga tiba di lubang yang indah untok diduduki.

Tapi darjah kepentingannya tidaklah setinggi mana berbanding isu menghabiskan tahap pembelajaran yang kuharap esok untok tamat. Usaha terus usaha. kadangkala ada juga lemau melanda. Liat nak kembali rangup semula. Tapi aku tolak juga. Motivasi harus ada. Setiap hari. Setiap masa.

Bumi Serdang ~ aku cinta kau tapi aku harus coba meninggalkan kau secepat mungkin agar aku tidak terus ketinggalan.


mohon undur
*cobaanmencoba*