Wednesday, March 9, 2011

psikologi sosial

aku tak cantik di mata umum.
tapi aku punya banyak kelebihan. terlalu banyak untuk disenarai. (ya. aku poyo. jadi?)
terutamanya lemak.
cobaan mengikis mmg selalu tetapi kerap saja terganggu.
tapi lemak lemak tak pernah menjadi pengganggu untuk aku berdiri yakin menjadi aku.
kerana cantik itu jatuh pada si pemandang (btol ke aku mengalih bahasa nih?)
dalam bahasa orang putihnya berbunyi :- beauty lies in the eyes of the beholder.
tapi kadangkala seperti terlebih suntikan darjah keyakinan yang kadangkala memudaratkan.
setiasa coba untuk bersederhana, tapi ada saja yang buat aku melanggar dengan gelabar tapi tidaklah sampai ke tahap yang perasan cantik sangat!!! sangat tak!

jadi, bagi pembaca yang gemuk atau lebih sopan dikatakan berisi, banyak produk pelangsingan di toko toko berhampiran jika mahu kelihatan kurus menawan dengan pantas kebabbbbooooo atau kawal pemakanan dan bersenam untuk hasil yang meyakinkan sepanjang zaman (aku cakap je lebih) jika tidak, kenapa perlu psycho? jadi saja diri sendiri. mudahdotcom.

baiklah. disebabkan kecantikan golongan seperti aku nih hanya segelintir manusia saja yang nampak, aku jadi hairan lantas akn termenung sejenak, 2 jenak dan kadangkala berjenak jenak memikirkan atas dasar apa orang boleh ada perasaan suka pada aku (rujukannya mestilah lelaki weyh). masa nih keyakinan macam tak berapa nk stabil. tapi masih boleh diterima akal jika mmg benar aku kenal dan pernah bertemu. mungkin bukan luaran yang menjadi medan magnet. (keyakinan meningkat semula).

yang menjadi kemusykilan aku adalah apabila si super psycho datang mencipta onar mengaku bahawa pernah menaruh harapan dan aku pernah menabur janji (bunyi cam lirik lagu 80-an). cuak gila. muka dia pun aku mcm tak pernah tengok. nama dia pun takde dalam senarai dalam CPU 26tahun unggul aku. dia tahu hampir segala tentang aku. pelik. pada mulanya, aku coba mengorek sana sini juga. tapi tak berjaya. enggan menjawab dengan sempurna. menyampah mengundang di kotak minda. aku tinggalkan saja. marah pula dia. kata dia, "saya takkan maafkan awak atas perbuatan awak dulu pada saya". apakah? mmg orang gila. tak kenal boleh buat salah ke? lain la kalo kau artis yang menjadi bahan umpatan aku. sangat sangat tak faham di atas darjah kepsychoannya yang melampau. nk bentang kat sini panjang panjang pon boleh memualkan.

incek psycho, aku tahu kau sedang baca sbb kau kata kau mengikuti blog aku yg tak seberapa ni. tolonglah coba berhenti. rimas. gatal kepala aku. aku doakan kau cepat dapat jodoh agar penyakit kau dapat sembuh.


mohon undur
*cobaanmencoba*

1 comment:

cobalah komen