Saturday, March 5, 2011

cobaan membakar

secara jujur dan super ikhlasnya,
aku berikrar bahawa aku tidaklah hebat memasak segala apa jenis masakan sekalipun.
tambahan pula setelah cita cita untuk memasak di usia muda (14 tahun) ku dahulu telah dihentam hebat oleh adikku. situasi itu membuat aku benar benar terdemotivasi. (alasan.. lalala). aku menggoreng nasi dengan penuh rasa sayang untuk adik tercinta.

"kakak!!! ni apa? nasik kan? kenapa nasik goreng nih busuk???! tak nak la...."

sedih tak terhingga. tidak lagi aku kental. memasak untuk santapan sediri sahaja. tapi sehingga la aku tidak lagi bergelar remaja (namun masih muda), aku berjinak berjinak semula. cuma kemalasan sering melanda. penyakit yg parah buat semua umat manusia...

tidak semena mena, ketika berada di rumah sewa di bumi serdang, kuasa halilintar tertusuk menyuntik kerajinan. berbekalkan barangan mentah yang mencukupi, aku coba membuat pembakaran bagi mengisi perut perut warga seisi rumah dan seisi rumah jiran nan bujang semuanya (kacak dan kurang kacak) ~ bagi mengeratkan silaturrahim. ehem. ehem.

jadi atau tidak, cerita nombor 2. yang penting kasih sayang yang aku curahkan ketika menyiapkan makaroni keju bakar ku dengan dibantu oleh seorang teman serumah. walllllahh...
ini hasilnya~



tak brapa jadi, tapi boleh la kn....

mohon undur
*cobaanmencoba*

2 comments:

  1. teringat cobaan kita membuat kek batik msa kt blok dulu..haha!memang waalllaahhh!!walopun hnya menggaulkan biskut marie+milo+susu pekat =0

    ReplyDelete
  2. hahaha... paleng la kak. cobaan yang berhasil. dan natijahnya, yna mmg buat mcm tuh jugak bli kempunan nk berkek batik. hehe. rindu!!!

    ReplyDelete

cobalah komen