Tuesday, March 22, 2011

merong mahawangsa punya hikayat

aku mmg buta sejarah. mmg buta gila!!! masa SPM dulu pn aku tak nmpk huruf A. Huruf C melambai lambai atas slip keputusan peperiksaan besar itu. Begitu juga dengan teknologi. Sampai adik aku pernah kata yg aku nih dilahirkan di tahon 60an jika dikaitkan dengan teknologi.

Jadi, tiada apa sebenarnya yang mendorong aku untuk menonton filem yang sibuk di hebah hebohkan kehebatannya itu ~ HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA. hasil anak-anak incek Halim ~Kami Remaja Unggul (KRU).



Tapi, semalam aku telah diheret oleh seorang rakan yang amatlah terkinja mahu menonton. Sudahlah aku mmg tak teruja, kemalasan juga menguasai segala, haroslah aku tak nk!!! Pujukan demi pujukan yang super berjela oleh si tuan badan, aku akhirnya menurut juga. Ke panggung tanpa sebarang harapan dan berniat untok meneman sahaja.

Duduk diam menonton. Coba mendalami isi hikayat itu. Emosi yang pada awalnya bersahaja bertukar rupa. Aku gemar. Aku asyik dan terkesima dengan bait bahasa yang dipersembahkan. SUKA SANGAT SANGAT!!! jln cerita juga menarik. tbe tbe aku rasa sejarah tidaklah sebosan mana. barisan pelakon yang hebat diketengahkan. secara keseluruhannya, mmg aku cinta akn filem Malaysia nan satu ini. ewah~

Terima kasih buat tuan pengajak. Jasa anda amatlah saya hargai.
Dan buat pengkarya filem, filem sebegini yang dinanti nanti. Cobalah bentangkan lagi.
Aku suka sekali!

mohon undur
*cobaanmencoba*

2 comments:

  1. Nice.. teringin nak tengok tapi takut tak best pulak...

    ReplyDelete
  2. pergi sahaja!! pasti tersuka seperti saya :)

    ReplyDelete

cobalah komen