Tuesday, March 15, 2011

magis kaca mata hitam

pernah tak rasa rimas gila di pandangan mata ketika memandu tatkala hujan lebat?
wiper dah paling laju dalam dunia dengan kuasa tingkat tiga, tapi masih samar penglihatan.
pernah tak?? dan akhirnya memandu dengan kelajuan kura kura tua nan uzur atau berhenti di tepi jalan untuk beberapa minit dan mungkin juga beberapa jam hanya untuk mendapatkan penglihatan hebat serta bagi mengelakkan kemalangan nyawa. (takkan nk mati akibat tak nmpk jalan di kala hujan kan...?)

aku ada rumusan magis yang aku juga musykil pada awalnya.

sila kenakan sepasang kaca mata hitam yang paling digemari!!!

percayalah! aku rasa lebih terang dan tenteram. lebih jelas. walaupun hujan yang maha hebat ditambah dengan kegelapan malam. kaca mata hitam RM15 pun dapat membantu. pada awal percobaan aku, aku rasa bodoh kerana di luar sana gelap bukan main. dan aku berlagak stylo tak tentu pasal. apahal... tapi kesannya yang penuh dramatik telah menolak tepi kata kata mereka yang sememangnya iri hati dengan kesemulajadian aku yang stylo ini (sila muntah).

dah dah dah. motif entri ini:-
PERCAYALAH!!!

kaca mata hitam membantu kalian semua memandu kala hujan renyai mahupun lebat. sila coba rasakan sendiri.

aku tak taulah kalau memang kaca mata hitam aku saja yang punya magis itu. maaf jika ya.


mohon undur
*cobaanmencoba*

No comments:

Post a Comment

cobalah komen