Saturday, April 23, 2011

mudah dan kenyang

hujung minggu lepak rumah.
lapar...berdansa riang pula sang perot (sentiasa kot!)
tapi mahu segalanya cepat dan pantas untuk berada d depan mata.
tapi tak mahu masakan orang laen. tak kira mamak ke, kedai mak lang ke, kedai kebabooo kat tepi jalan ke, mahupon makanan masakan anggota keluarga.

gila gediks la kn!!!

akibat beberapa hari yang lalu terlalu terliur yg sampai meleleh leleh habes dek melihat persembahan cik seroja, aku terpanggil tok coba menghasilkan sendiri. walaupon sedikit laen, tapi kunsip adalah sama. mmg mudah.com habes! dan puas hatilah. sendiri buat sendiri lesapkan. tak brapa nk kesah la kalo tak sedap sangat kn.

ni ha dia!!!! nama dia spaghetti bolognaise. dia sedap!!!



aku guna 5 bahan je kot.
barisan barisan spageti (direbus bersama mentega agar lekatan dapat dikurangkan pabila sejuk)
bawang putih (cincang kaw-kaw)
daging cincang (yang telah sedia tercincang)
cendawan butang (dihiris kemas 1.5cm :P)
setin sos tomato yg asli (dalam kes ni, aku gunakan cap prego - senang nk cari)
TAMAT :)

selamat mencoba resepi malas mudah ini.


mohon undur
*cobaanmencoba*

Friday, April 22, 2011

buntu

buntu ... mohon dibantu

ikhtiar dan doa coba disatu

masih membatu

:'(


mohon undur
*cobaanmencoba*

Tuesday, April 19, 2011

gam



coba tgk gambar d atas. mudah. itu adalah gam walaupun ianya tak cair. kebanyakan kita faham.
tapi...
ada yg juga yg melihat ianya seperti mempunyai pelbagai interpertasi lain.

siti maryam al-hayy merupakan anak saudaraku yg berusia hampir 3tahun (oktober yang akn datang) dia adalah super bijak dan cumil telah membentangkan lawak yang manis dan lelucon habes!



maryam beraksi dengan gam berupa stick itu ibarat gam itu adalah:-

1.


2.


3.


4.


macam macam minda anak kecik. kreatif tiada batasan. coba kita skali skala begitu. seronok gak aku rasa!

mohon undur
*cobaanmencoba*

hujan

hujan rintik rintik

air bergelora

emak bagi seposen

ayah bagi seposen

adik pegi sekolah

3 tambah 3

adik jawab 6

cikgu tanda rait ()

adik teros pulang

(petikan lagu sambil melukis d zaman kecik kemetot)

cerita hujan mmg indah secara semulajadinya
main hujan kalo masa hujan lebat lagi seronok!!!!
itu semua masa kecik je buat.
sekarang kalo ada dalam hujan pon sebab terpaksa redah.

hari ini panas terik nauzubillah
boleh jadi pening kepala
hujan sering dinanti
takdelah panas berkuah dek peloh nanti

cuaca tak boleh nk jangka
kerja Allah swt

samalah juga cuaca emosi
hujan emosi
sukar nk dibendung
kalau hujan dek kegembiraan, alhamdulillah
kalau hujan dek kegelisahan, kesedihan, kemurungan ...
puas coba dibendung
jatuh ibarat awan yg terlalu berat menampung
tiba masa, hujan turun
guruh petir sabung menyabung

berdoa. sbb Dia sayang kita sentiasa tiada hujung.
orang lain tak tentu sampai bila bersambung kerana ada yg bermula pon belom.


mohon undur
*cobaanmencoba*

Saturday, April 16, 2011

sejenak bersama mereka di putrajaya

hujong minggu ~ selalunya menjadi hari bersama keluarga terchenta.

9 april 2011 ~ aku dan adik meleret diheret mamito untuk turot sama beraktiviti bersama anak anak yatim dari puchong bersama para pelajar UiTM sempena memenuhi syarat mata pelajaran yg diambil mereka pada semester ini : pembangunan personal / personal development bertempat di Taman Tasik Putrajaya berhampiran masjid besi.

tiba seawal 9pagi (awal la sangat)...

sarapan.

mendengar ceramah dari aktivis majalah iluvislam. (maaf. aku hilang namanya d CPU kepala. puas aku coba ingat)
yang pasti pengisiannya tentang bagaimana untuk menjadi insan yg kenal akn diri, insafi diri dan dekatkan diri pada Tuhan. dan beliau tidak ketinggalan mendendangkan beberapa lagu secara langsong. (suara mengancam juga) aku kagum dengan kehebatan dan kesungguhan beliau yg tak kenal erti patah semangat walaupun kekurangan dari sudut penglihatan akibat demam kuning d usia muda.

mkn tengahari.

solat jemaah di masjid besi.

jam 3petang. menaiki cruise bersama mereka sekalian. walaupon berkali kali berpijak d bumi putrajaya, aku tak pernah tahu akn latar belakangnya. pengembaraan selama sejam memberi pendedahan hebat untuk aku.

barulah aku tahu:-
  • PICC direka bentuk mengikut tali pinggang diraja
  • jambatan jambatan d sana diilihamkan dari jambatan d san francisco, di australia
  • ada sebuah bangunan yg berdiri di antara 3 bangunan lain diilhamkan dari bangunan di new delhi
  • norman KRU, lim kok wing dan Tun Dr. M masing masing ada sebuah rumah d sana
  • tasik putrajaya merupakan tasik buatan dan adlh sedalam 3 - 11 m
  • dan beberapa info yg aku tak hengat dah. konon konon nk coba tgk kehebatan ingatanku menghafal (trok betol! tak catat lagi.....haish)

sepanjang perjalanan di atas cruise, kami turut dihiburkan oleh ahli rakan muda. menarik! (tiada rekod! apada aku ni...)
dan sempat juga mengadakan sesi pemotngan kek bagi anak anak kelahiran april.
ala ala kejutan gitu.... menarik!

tiba semula di daratan, ada pula persembahan teater dari anak anak seni putrajaya yg aku kira menarik juga. mmg aku sukakan teater... ringkas tapi mesejnya indah. kemudian diikuti pula dengan persembahan anak anak yatim yang berjaya buat aku bergenang. butir lirik yang makan dalam. tahu aku rasa syukur masih punya walid dan ummi. alhamdulillah. cobalah hargai ibu bapa kalian kawan....

makan dan minum petang.

pas pas hadiah dan bersurai.
pengalaman penat yg buat buat penat padahal tak buat apa apa.

sedikit picisan memori yg sempat dikaptur aku....






mohon undur
*cobaanmencoba*

Wednesday, April 13, 2011

sederhana

ISLAM itu sederhana

tak perlu mahu semua
tak perlu mahu segala

terlalu banyak membuak
terlalu sedikit tersepit

cobalah hidup cara ISLAM ya anak anak sekalian :) (aku jugak!)
kerana ISLAM itu indah (mak aku selalu kata dari aku kecik lagi ~ kredit untok beliau)
ewah~




mohon undur
*cobaanmencoba*

Thursday, April 7, 2011

timbul

kisah itu telah timbul berhantu


haroskah aku mencoba sekali lagi?
masih berbelah bahagi...



mohon undur
*cobaanmencoba*

Wednesday, April 6, 2011

sampah masyarakat

aku jadi marah
aku jadi mengamuk
aku akhirnya menangis

aku benar benar membenarkan air mata keluar kerana aku sakit melihatnya
aku kurang faham kenapa kebanyakan manusia membuatnya tanpa rasa bersalah

perlakuan dibuat tanpa mengira situasi atau lokasi

lebuhraya jadi saksi
tasik jadi saksi
taman permainan jadi saksi
longkang jadi saksi
pondok telefon jadi saksi
lautan jadi saksi
laluan pejalan kaki jadi saksi
perhentian bas jadi saksi


saksi saksi yg tak bermata
yang punya mata tak berhati pula




SAMPAH!!!!!

dari sekecil kecil resit pembelian setin minuman sehingga sebesar tinnya
dibuang sesuka hati
apa di minda???!

"alaaa... bukan apa sgt pon. sikit jek. nnt kan ada orang yang bersihkan. kalo tak, makan gaji buta la cleaner cleaner tu...."

kalau semua fikir macam tu, tak jadi banyak ke?!

aku tak rasa susah sgt pon nk membenarkan cucu cicit aku menikmati kebersihan dan keindahan pada masa akn datang. lepas mkn ke minom ke, hape ke.... simpan la dlu sampahnya. da jumpa tong sampah, buang! susah ke? tolong la...

kita sama sama boleh coba buat benda ni. kalau aku buat, kau buat, jiran kau dan aku buat, makcik pakcik aku dan makcik pakcik kau buat, kawan kawan aku dan kawan kawan kau buat, insyaAllah... sakit mata semua orang akn berkurangan. tak perlu tunggu kempen kerajaan. sendiri gerak lebih enak!

mohon undur
*cobaanmencoba*

Saturday, April 2, 2011

nama nik

bermula dari sekolah rendah (mungkin juga tadika atau sejak lahir), sebok digelar itu ini atau lebih popular dipanggil nama nik atau nickname dalam bahasa omputehnya.

pernah ada gelaran?
mcm mcm.
gelaran diperoleh dari:-

1. nama bapak atau mungkin juga mak (jarangla...)
2. fizikal - pendek, gemok, sepet, botak

3. asal usul - nama nama daerah, negeri atau mukim mukim kecil yg jarang didengari
4. objek sekeliling - meja, kerusi, cawan, kasut
5. tumbuh tumbuhan dan haiwan - sawit, kelapa, duku, arnab, tikus
6. perkara perkara atau perkataan perkataan lucah - maaf tiada contoh. erk!

dan lain lain.

aku : BELON - tiada spesifikasi belon samada belon udara atau belon harijadi. ianya adlh akibat saiz yg terlalu 'kecil' di mata rakan pada masa lampau. dah coba kurangkan angin dalam belon tapi kejap kejap cam banyak gak udara. nk bykkn angin senang sgt!

selain itu, aku juga adalah PAYUNG. diberi oleh kakak kakak senior masa zaman degree dulu kerana nama penuhku terselit perkataan intan dan mereka menyedapkan dengan meletakkan perkataan payung sebagai sambungan. dan payung sahaja yg terlekat. panggilan yg tidaklah begitu meluas. tapi aku mmg jaranglah payung blanja orang sebab payung aku tak brapa besar sangat. :) tapi kalo kawan gusar, aku boleh coba tolong payung kesedihan kawan la.

nama nik ini tak apa. jgn sampai sakitkan hati dan mencela kemaluan orang. tapi lebih baik kalau kita sama sama coba panggil dengan nama sebenar. lebih afdhal. mendoakan mereka. tak gitu..... ;)

mohon undur
*cobaanmencoba*