9 april 2011 ~ aku dan adik meleret diheret mamito untuk turot sama beraktiviti bersama anak anak yatim dari puchong bersama para pelajar UiTM sempena memenuhi syarat mata pelajaran yg diambil mereka pada semester ini : pembangunan personal / personal development bertempat di Taman Tasik Putrajaya berhampiran masjid besi.
tiba seawal 9pagi (awal la sangat)...
sarapan.
mendengar ceramah dari aktivis majalah iluvislam. (maaf. aku hilang namanya d CPU kepala. puas aku coba ingat)
yang pasti pengisiannya tentang bagaimana untuk menjadi insan yg kenal akn diri, insafi diri dan dekatkan diri pada Tuhan. dan beliau tidak ketinggalan mendendangkan beberapa lagu secara langsong. (suara mengancam juga) aku kagum dengan kehebatan dan kesungguhan beliau yg tak kenal erti patah semangat walaupun kekurangan dari sudut penglihatan akibat demam kuning d usia muda.
mkn tengahari.
solat jemaah di masjid besi.
jam 3petang. menaiki cruise bersama mereka sekalian. walaupon berkali kali berpijak d bumi putrajaya, aku tak pernah tahu akn latar belakangnya. pengembaraan selama sejam memberi pendedahan hebat untuk aku.
barulah aku tahu:-
- PICC direka bentuk mengikut tali pinggang diraja
- jambatan jambatan d sana diilihamkan dari jambatan d san francisco, di australia
- ada sebuah bangunan yg berdiri di antara 3 bangunan lain diilhamkan dari bangunan di new delhi
- norman KRU, lim kok wing dan Tun Dr. M masing masing ada sebuah rumah d sana
- tasik putrajaya merupakan tasik buatan dan adlh sedalam 3 - 11 m
- dan beberapa info yg aku tak hengat dah. konon konon nk coba tgk kehebatan ingatanku menghafal (trok betol! tak catat lagi.....haish)
sepanjang perjalanan di atas cruise, kami turut dihiburkan oleh ahli rakan muda. menarik! (tiada rekod! apada aku ni...)
dan sempat juga mengadakan sesi pemotngan kek bagi anak anak kelahiran april.
ala ala kejutan gitu.... menarik!
tiba semula di daratan, ada pula persembahan teater dari anak anak seni putrajaya yg aku kira menarik juga. mmg aku sukakan teater... ringkas tapi mesejnya indah. kemudian diikuti pula dengan persembahan anak anak yatim yang berjaya buat aku bergenang. butir lirik yang makan dalam. tahu aku rasa syukur masih punya walid dan ummi. alhamdulillah. cobalah hargai ibu bapa kalian kawan....
makan dan minum petang.
pas pas hadiah dan bersurai.
pengalaman penat yg buat buat penat padahal tak buat apa apa.
sedikit picisan memori yg sempat dikaptur aku....
mohon undur
*cobaanmencoba*
No comments:
Post a Comment
cobalah komen