Thursday, December 31, 2009

'penutup' habis berkata, 'pembuka' mula berbicara

tamat sudah. tertutup sudah.
bercerai entahlah untok keberapa kalinya. yg gemok telah kuros dan kembali gemok semula. yg ceria bertukar kelam dan kusam dan sebaliknya. ada pula belajar tak abes abes juga.
semua itu berlaku selama 365 hari di tahon 2009. namon bkn semuanya hitam dan pahit segala. ada juga gula gula dan pelangi sepanjang jalan. adat resam kehidupan bak kata org org tua. makan, minom, tido dan keje tentu ada dalam kredit. itu pown da cukop gembira apa...

lembar 2010 terbentang pula. adakah bakal ditamatkan dgn corak yg sama?azam je pown tak guna.

kata nk kuros. gemok je lagi.

kata nk abeskan blaja. tak abes abes pown lagi.

kata tak nk tinggal solat. ada gak lompang lompong sana sini lagi.

kata nk jaga lidah. setiap bulan ada gak org yg terpalit caci lagi.

kata nk ada pasangan hidop dan mati. itu... kte cte laen kali.

oleyh yg demikian, dgn segala maklomnya, cbe kte semak perancangan yg lalu. da solosai ko bolum??pastu nk tambah senarai yg mampu dicapai, slekan.

jgn poyo je lebeyh. beriye lebeyh. las las hampeh.

Selamat meneroka 2010. tentu ada rumpot karpet juga lalang tinggi.
Coba harungi sebelom mati.

mohon undur
*cobaanmencoba*

Sunday, December 27, 2009

hubung . hubungan . berhubung

kegembiraan dan kesyahduan jelas terasa sejurus menerima perkhabaran. aku sempat termengalirkan air mata setitis dua ble mendengar dialog ini di hujung talian: Aku akn tunang 26 hari bulan 12 nih. pergh. bkn seorang yg memberitahu. banyak. dalam kes aku, ada 2 org. byk la kan? tambahan:: seorang pula berkahwin. aku mmg paleng berada di persimpangan dilema. memilih haros ke majlis yg mana. dan akibat seorang rakan suka duka yg agk awl pemberitahuannya, aku nekad untok ke majlisnya.

aku bertandang ke singgahsana nya awl ~ seawal jam 12 malam sehari sebelom majlis berlangsong. (aku taw lambat dan tak elok datang uma org malam malam. tapi ada kes emergensi). Haina (nama ol-ol) sering berkongsi tentang itu ini kisah hubungan pra-tunang nya. aku suka dan aku benci mendengarnya. tapi kini aku gumbira bagi pihaknya. cinta mereka berlanjutan dan InsyaAllah bakal dinikahi oleh Hapish (nama ol-ol jugak) pada bulan 6 hadapan.

Buat Liya (nama ol-ol sekali lagi), ku susun jari memohon ampun di atas ketidakwujudanku d hari separa bahagiamu. Aku pown menanti hari penuh bahagiamu bersama Adlai (nama ol-ol paleng lagi sekali). Cayaaaalah! Sampai ke tahap ni hubungan korang sejak zezaman ijazah sarjana muda lagi.

Juga buat Hatiq (nama ol-ol yg paleng ol-ol), apoloji ikhlas dari aku buat ko dan pasangan; Habu (nama ol-ol yg terol-ol sekali setakat ni) di atas kegagalan aku memuncolkan diri bukan sahaja ketika ko bertunang malahan juga berkahwin. Waktu mengawan aku tak pasti. (boleyh ke? jahat aku! maaf lagi) Tapi hasilnya akn ku jengok suatu hari nanti. Doa buat kau.

Memang gembira. Memang teruja. Memang tersenyum lebar hingga terasa tegang d hujung bibir ble hubungan yg dibina sampai ke tahap yg diharapkan. Jangan jd sampai seperti stadium yg dbina d Terengganu itu. Aku tak suka. Smoga kalian teros rasa apa yg kalian sedang rasakan sekarang. Aku impi akn perasaan itu. Jadi hargainya. Cobalah berinsaniah sesama pelengkap kau itu.

*Aku bangga buat kau, kau dan kau*
Sentiasa menanti kau, kau dan kau untuk berhubung dgnku menyampaikan perkhabaran yg lebeyh gumbira.

mohon undur
*cobaanmencoba*

Friday, December 4, 2009

keserabowtan chenta

ada org panggil kekasehhatinya hubby, baby, pumpkin, darling, sweetheart, boo, pie, pookie.
dan ada juga yg memanggil abg, anje, busyuk, ayang, dinda, kanda (janji aku geli masa nk type tapi mmg ada sebegini rupa)

tak kesahlah jenama apa korang panggil apa pasangan korang tuh asalkan korang bahagia, aman, damai juga tenteram. bercerita tentang chenta nih, memula nk berkenalan tuh... perghh!!! paleng sronok. lagi lagi kalo ko mmg ske kat org tuh jugak la. dan yg paleng penting tangan ko tak sedih kerana ada menda yg nk ditepoknya. ksian wooo kalo cari tangan lagi satu tapi tak jmpe. tapi kalo da i looike u. u loooooike me. haroslah bergegas ke peringkat yg sterosnya.

mulalah bibit bibit perchentaan melalui telepon bimbit. menghantar pesanan ringkas dijadikan satu kemestian. seolah makanan ruji. setiap langkah, gerak dan aktiviti dilaporkan tanpa diminta. tak habes bergayotan gayotan dan berpesan pesanan ringkas, perjumpaan kerap haros dititikberatkan (bagi mereka yg dudok berhampiran.maaf kepada chenta jarak jaoh). tugasan², kelas² dan perbincangan² ilmiah ditangguh seketika kerana ada perkara yg LEBIH PENTING.

ble chenta kian lama terbina (hush..), semakin banyak perkara yg tak kena. ungkit mengungkit toksah cte laa...
____________________________________________________
Adegan chenta satu

salbiah: where haf u been huh?
alwi: ive been to london 2 c the queen (cubaan alwi melawak)
salbiah: was it a joke?sorry for not laughing coz its toooooooooo funnnny!!
alwi: chill la sayang... i left my phone in my car n was having a dinner with my family. m sorry.
salbiah: u noe dat u shud haf told me earlier. (ntah mcm mana abu nk bgtaw yg dia nk tertingglkn fon) u dont even text me dis whole dae. its always about ur family. u dont even care about me. m juz another girl. isnt it?
alwi: please dear. u noe how its lyke. n u do understand. dont u?
salbiah: nope. i dont. its been 3 months (baru 3 bln je)... uve promised to c my parents. uve promised to c me every wik lyke wut u used to do. n now....?hey liar. stop treating me lyke a fool. ive had enuf!or ure actually having an affair with da gal u told me dat dae?go ahead.i dont even care!
alwi: listen! astaghfirullah. wuts wrong with u? its always been lyke dis. sorry if i did anything wrong. i do love u. u n u alone. please.
salbiah: cut the crap!

tuuuuuuuuuuut.tuuuuuuuuuuut.tuuuuuuuuuuuut.

alwi kembali mendail. suara wanita yg biasa didengar namon sepertinya bkn salbiah.
"the person u r calling is not reacheable. please try again later"
later???brapa lama daaaa.
____________________________________________________

itulah yg berlaku dalam chenta yg serabowt. topik perdebatan yg takde kena mengena sgt dgn situasi. akibat tiada modal, ungit ungkitan menjadi bahan. merajok dan marah sebahagian daripada tentatif program perchentaan sebilangan pasangan. namon, aku tidaklah menyangkal ada juga mereka² yg acapkali berterbang terbangan di awan nan sembilan akibat kebahagian yg teramat sgt. turon naek pasti berlaku. darjah kekalutan dan keserabowtan sahaja yg berbeza. yg penting cobalah selamatkan hubungan agar berjaya ke platform halalan toiban.

mohon undur
*cobaanmencoba*

Monday, November 30, 2009

pembantu kah pem'batu' siri 2

bersambungan dgn crita yg lalu tntg pembantu rumah dan anugerah² yg berjaya digondol mereka. berikowt adalah pensenaraiannya:

  • Kak Jah - berkulit putih telo, bertubuh langsing, berwajah ayu (ibarat wanita dalam video klip gadis ayu nyanyian Black Dog Bone). agk kurang seswai bertitle pembantu rumah. namun berjaya menetap sebumbung di bumi Malaysia bersama kami selama beberapa bulan dan kemudian terpaksa menghantar surat perletakan jawatan akibat da tak tahan nk kawen dgn pacarnya. huu. dia adalah 'si kak puteh' kami.

  • Kak Siti - pergh!!! first tyme dia masok umah ktorang, aku, abg kanak kanak laen segera mendapatkan perlindungan. dia mempunyai keterlebihan melanin dan sehinggakan kami menyangka UFO baru sahaja mendarat di kawasan perkarangan rumah kami. sunggoh berdosa kami. wanita yg sgt merendah diri sehingga menjadikan piring pengalas cawan sebagai pinggan untok memakan nasi sambil memakan di belakang pintu dapur. Ya Allah! haroslah kne marah dgn mak aku. tapi buat jugak. dia pown tak lama. dia adalah 'si kak piring' kami.

  • Mak Nah - Perkataan MAK menunjukkan bahawa dia seorang orang tua yg telah layak bergelar mak dan sememangnya dia seorang mak kepada 4 org anak dan dipanggil mamak oleyh anak²nya (korang ingat mamak kat mapley je kan???). Satu satunya pembantu rumah yg berjaya mendapat kuasa untok merotan kami adik bradik. gle benci! mmg da berbesen aku menyumpah seranah dia (mestilah dalam hati). dia sgt lama berkhidmat untok keluarga kami. sgt lama. dari adik aku mula dilahirkan sehingga adik aku mencecah usia 15 tahon. lama tak??? siddiq, amanah, tabligh, fathonah adalah sebahagian ciri ciri yg ada pada dia. (mmg dia mengadaptasi sifat sifat terpuji Rasulullah). mmg patot mak bapak aku paleng sayang sampai mmg ktorang satu family berkunjong ke kampongnya dan menziarahnya dan sanak saudaranya di sana. 'ter'paksa di'bakar' kerana beliau mengidap Hepatitis B. dia adalah 'si mak nah' kami (takde nama anugrah sbb dia bagos sgt).

  • Kak Yuyun - darjah ketinggian yg agk dirisaukan. mungkin kurang memakan Koko Crunch di usia mudanya (bak kata rakanku-Rockyah). mungkin juga akibat saiz nya yg halus itu membwatkan pergerakannya agk pantas (kalah road runner). dan kerjanya mmg tip top. dan agk pintar oleyh kerana dia belajar sehingga ke tahap yg agk tinggi juga cuma tak sempat masok universitas. mudah memahami arahan dan kami suka akn hasil kerjanya. namon, akibat sikap tamak selalu rugi yg ada, dia mula membwat crita ibarat filem filem Prof Madya yg aku menyampah crita²nya. katanya terpaksa ke JB bersama sang suami. pembohong! sampai sekarang ada je lagi sekitar kawasan rumah kami dan bekerja di beberapa rumah untok mendapatkan dwet poket lebeyh. hanggok! dia adalah 'si kak rajin penipu' kami.

  • Kak Shanti - aku pernah jmpe dia 2 kali je kowt. mmg sgt kejap. dia tidaklah tiggal bersama kami. berulang alik setiap hari kerana ada komitmen keluarga. setiap kali ke rumah kami tentu dibawanya ank tunggal yg masih berusia 2 bulan bersama. agk kasihan. sopan. mutu kerja aku kurang pasti kerana tak dapat bersama kami dalam tempoh percubaan pown (3 bulan). terpaksa berhenti juga akibat ada saudaranya yg mahu menghangkowtnya. dia adalah 'si kak sekejap cuma' kami.

  • Kak Yanti - dia baru ketemui.sgt baru.baru sekali.dan mungkinkah terakhir kali? dia penyebab utama aku menoreh ruangan ini dengan bertajokkan ini. aku pelik dengannya yg kurang memahami arahan² mudah mak aku. laen di suroh laen pula yg dibuat. rumahku dibuat seperti rumahnya yg baru dipindah masok. segala barang diletakkan mengekowt keenakkan tangannya meletakkan. memecahkan termometerku. mak bapak aku punya tak pecah akibat darjah keimanan dan kesabaran mak bapak aku yg hebat. katan mereka "mungkin Allah bagi kesempatan utk dia rasa disayangi dan selesa untok sementara. kta layanlah dia sebaeknya. part yg aku tak bleyh blah ble dia paleng maen dgn anak² sedara aku n mak aku yg sebok memasak dan mengemas. apakah??? ko nih pembantu ka pem'batu' kami? dia adalah 'si kak batu' kami.

Aku tahu mmg berdosa. mungkin bkn dia minta utk jadi batu dan tak faham bahasa. tapi aku bknlah sepenyabar mana...kuharap lekas lekas lah dia pergi. bukan berambos. tapi pergi. dan silalah muncol wahai manusia yg berjiwa manusia dan tahu akn tugas dan tanggungjawab serta jawatan yg digalasnya. bkn sekadar mencoba tapi haros tahu.

Tuhan, maafkan aku kerna memaki mereka mereka yg berkenaan di khalayak ramai

mohon undur
*cobaanmencoba*

Friday, November 27, 2009

pembantu kah pem'batu' ?

melihat kepada darjah kesibukan mengejar duniyawi sambil menuntut fardu kifayah, rata rata masyarakat kini lebeyh senang mengambil pembantu umah aka amah aka bibik aka org gaji bagi menguroskan rumah tangga mereka (tidak termasok menjaga suami). maklom lah....pagi pagi da pegi keje sampai kadang kadang tak sempat nk solat suboh dan balek sesudah habes waktu maghrib. paleng perlulah bagi keluarga sedemikian untok menggaji seorang org gaji.



bleyh ke dia nih???

dan ble bercakap mengenai golongan ini, muka muka ala ala broery marantika dan hetty koes endang sering menjadi pilihan para majikan terutamanya mereka mereka yg berbangsa melayu.yelah...tinggi sket kebarangkalian mereka yg indon ini beragama Islam berbanding individu individu dari Myanmar, Filipina, Thailand dan sebagainya.

Pembantu rumah (mak aku ajr jgn panggil org gaji dan nama nama laen) yg berjaya memasuki keluarga aku seharosnya bersyukor kehadrat Allah subhanahuwata'ala. dgn eti kata laen seharosnya sujod syukor sebanyak beberapa kali. bkn la aku nk poyo, tapi mmg aku poyo gak. Kedua ibu bapaku telah mengajar kami adik bradik untok menganggap seorang pembantu rumah sperti seorang ahli keluarga kami juga.

makan - bersama
borak - bersama
jalan jalan - bersama
solat - bersama

senarai pembantu rumah stakat ini:-
  1. Kak Jah
  2. Kak Siti
  3. Mak Nah
  4. Kak Yuyun
  5. Kak Shanti
  6. Kak Yanti (terkini)

Setiap seorang mempunyai karakteristik yg unik dan mendebarkan. yg pastinya, kami sekeluarga ada mencoba memberi anugerah kepada mereka masing masing. nantikan pensenaraiannya. (tak nak nntkan pown takpe. aku da biasa syok sendiri)

mohon undur
*cobaanmencoba*

Tuesday, November 24, 2009

episod 2 @ episod akhir realiti hidup

salam pertemuan buat rakyat jelata yg kian merindui sang punulis untuk berbicara (mmg aku perasaan kerana aku berperasaan)

masehkah kau ingat tntg wiwi yg aku warwarkan pada julai yg lalu???bagos.jika tidak, haroslah kau kurangkan membwat dosa dan maksiat kerna mungkin itu menyumbang ke arah keterlupaan ko tu.

bercakap mengenai wiwi, dia sebenarnya lari (aku tak pasti berlari anak ataw cbe melakukan larian pecot) bersama jhantannya. agk terbakar seisi alam setelah mendengar perkhabaran itu. sedeyh dan pilu hati ahli keluarganya. jhantan yg seabad berbeza umornya yg juga menjadikan memandu lori sebagai professionnya itu telah berjaya membawanya keluar dari sekolah berasramanya itu. bodo.bangang.dan segala cacian yg lahir dari huruf B mulai keluar dari mulot mulot neraka mereka mereka yg tidak berpuas ati.

tidak lama kemudian (perlu tahu bahawa tidak lama adalah 3 hari dalam kes ini), mereka berdua berjaya dicekop oleyh pehak polis. (mmg benar polis adalah cekap...bersih dan amanah aku tak pasti). kalo korang tgk muka wiwi masa tuh, agk agk slipa jhamban yg korang tgh pakai tyme tuh maw gak sampai kat muka dia. kalo korang pakai slipa jhamban la....tapi kalo slipa yg mahal sket, pk la btol² takoet mencemarkan plak. nk taw pehal????(nk type nih pown menggigil sbb nafsu amarah sdg menguasai dri-naseb baek nafsu laen takde). dia yg dlu bertudung litup, berjubah dan berstoking itu dijumpai dalam keadaan rambut ikal mayangnya yg terurai bak maya karin, berspagetti bolognaise dan senang kata separa b0.gel. dan dgn muka yg agk slamba dan seolah² memanggil tangan² rakos kami untok menampar secara tanpa bayaran, dia sempat tersenyom dan yg pasti "aku mmg paleng tak bersalah" merupakan dialog utama d mindanya. haram jadah!

korang taw pe jawapannya ble ditanya kenapa, mengapa, why dan kiahoaaa??? (jgn tipu!!!korang mmg tak taw) dia bleyh kata "saja nk kua jln²" dan kembali memberikan wajah yg bermode sama seperti seawal tbe di balai polis tadi - senyom kerang sambil menggoyangkan kaki dan berhibor menonton crita yg dipaparkan di kaca tv d balai polis itu. sempat eyh...

peritiwa itu menjadi lebeyh hangit lagi ble keluarga wiwi membuat keputusan untok menjadiknnya kes polis dan ingin melakukan pemeriksaan lanjot terhadap anknya. mahu dibawa ke klinik pula. mahu memberi kebenaran kepada sang doktor mahupown dokturah mengecekitout akan vagina anknya samada telah dicerobah ataw tidak. MALANG!!!! bkn stakat diceroboh. siap ada banner 'welcome' di pintu itu. "bkn sekali perkara itu berlaku" kata doktor dgn sopan santon. skali lagi...GEMPAR!!! oleyh yg demikian, keluarga menarik semula kes itu untok tidak memanjang crita yg tersedia panjang ini.

setelah sekian lama kes itu berlalu (selama aku meninggalkan kulat di blog aku nih), wiwi kini terdiam di rumah. senyap. memerap. tidak ke sekolah lagi. sekadar mendapatkan tuisyen yg baginya tiada berkepentingan lagi. mahukan kebebasan. itu yg dnanti. keinsafan? masih belom menyinggah di diri. sampai bila???kasihan keluarganya. aku? kasihan juga aku kerna berdosa mengumpat tentangnya.

kini peperiksaan sijil pelajaran malaysia sedang berlangsong, smoga wiwi tahu menjawabnya tidak seperti cara dia menjawab soalan² kami dgn hanya mengentah dan mentidak apaapakan (takde pape)

smoga anda jadikan ia iktibar.jadilah anak yg baek (sgt subjektif, tapi aku yakin korang faham)
elakkan seks bebas.
dapatkannya setelah bergelar isteri aka bini.
yeah!


mohon undur
*cobaanmencoba*

Tuesday, July 14, 2009

situasisemasa

wiwi---satu nama yg tak perlu diperkenalkan lagi di kawasan bukit duniyawi (tapi ngan korang aku kne knalkan la kan...ke korang dok sana gak?)ok.ok... seorang gadis berjubah besar dan bertudong laboh (kne perhati btol2 sbb kadang2 aku ingat batman cuba menyelamatkan bumi). chantek.mmg chantek.chantek dari kakak dan adik perempuannya. hidung mancong, bibir yg agk versi angelina jolie yg tak brapa nk jadik namon masih menarik, bermata bulat berkening lebat serta bertahi lalat di beberapa koordinat di muka. tubuh badan menarik tp tahap pengiurannya aku kurang pasti.

wiwi dahulunya seorang anak pintar di sebuah sekolah rendah cina di daerah klang. masa berlalu agk pantas dan kini wiwi telah berusia 17 tahon. dan sudah pasti wiwi telah pown beberapa kali mengibarkan bendera kemenangan wanita dan mengakibatkan jualan pad semakin laris. apakah?abaikan. yg aku pasti dalam tempoh penumbesarannya dia terkenal kerana tahap kegatalan dan kemiangannya akibat kurang daya tahan terhadap nafsu. namun tahap keterlanjuran pula aku kurang pasti (byk sgt plak aku tak pasti sebenarnya). apa yg mencurigakan dan membuatkan aku mmbuang masa sehingga sepertiga malam adalah memikirkan bagaimana dia bleyh berkarakter sedimikian sedngkan dia bersekolah di sekolah agama. bkn agama hindu ataw buddha tetapi sekolah agama Islam.

ada juga masa masa tertentu aku keluar menghabiskan hari di hujung minggu bersamanya. telatahnya membuat aku terfikir adakah aku juga begitu d usia muda ku? (aku masih muda remaja sehingga kini). sukar untok aku katakan (tapi kini aku menaip--maka lebeyh mudah). dia sering memberikan jelingan manja dan sememangnya mampu menarik perhatian jhantan2 terutamanya yg mmg jejantan. ada juga aku menegor. tindakan refleks namon bkn tindakan lanjutan yg diberikn oleyhnya. buat lagi. bkn lagi tanggungjawabku. biarkan saja.

setelah sekian lama tidak bertemu. aku agk sebok dgn kerjaya dan tanggungjawab sebagai ank kepada ibu bapa dan juga bangsa (tapi bangsa cina---yg penting bangsa malaysia).

aku dikejotkan dgn brita. satu brita yg agk menggemparkan dan sempat seketika menggegarkan kawasan tadahan air di sebelah surau berdekatan umah aku. kne tadah balek smula sbb byk yg tumpah. abaikan. wiwi lari dari sekolah agamanya yg berasrama itu......lari? dgn siapa? kenapa?aku coba bertanya dan menjawab sendiri sesaat setelah mengetahui. jap lagi aku nk g bentang tikar di rumah mak ani. walaupun bkn nk raya, kadang2 penduduk tempatan rajin menganyam ketupat.


mohon undur
*cobaanmencoba*

memilih pilihan

kat sni aku bagi pilihan.

2 pilihan saja kerana ini bukan soklan MCQ di dewan peperiksaan.

ko nk 5C ini:-
Cash
Condominium
Car
Credit Card
Club member

ataw 5C yg ini:-

Character
Career
Capabilities
Commitment
Care

apasal kelip mata byk2 kali??aku soh pk la kawan2. dgn berkelip sebanyak 27 kali tadi ko da buat pilihan lom? ok la... dengan jumlah kelipan mata itu, aku sempat berfikir sekali shaja dan dgn selamba sambil bersiol2 riang aku memiling 5C yg pertama. (pompuan mmg materialistik---tolong jgn tipu)aku ada sekrat lagu yg pernah dikongsikan oleh adik aku berbunyi begini (takder bunyik tapi korang bygkn jelah)semua wanita materialistik.... semuanya memilih plastik... (tuh je pown yg kau ingat) maafmmg penipu besar kalo korang kata tak. da da dah...aku tak nk dgr alasan.hee. anda kini di alam realiti. saya ulangi...R.E.A.L.I.T.I. hallo!sume menda nk dapat kne pakai dwet kan...?ada 5C yg pertama tuh sonang lah ekau-ekau sekalian. cuma keluarkan sebatang jari (kalo sopan--gne ibu jari yg tak beranak tuh, biasa--jari telunjuk, jari jemari laen temasok jari kaki aku tak penah tgk dan cbe..ko cbe lah..) dan teros menuding ke arah barangan yg ko hinginkan akibat terdorong dek nafsu itu. pergh! bayangkanlah......................oit. kan aku soh bayangkan. adoyai. arahan mudah. ikot jelah. hish. hee. pastuh dengan pantas jek SANG LELAKI ITU hanggok tanda kebenaran untuk membeli dan memiliki diberikan (kalo dia tak saket kepala lagi ar---byk da ko mntk. brapa kali plak dia da hanggok kan..?) da.da.dah....brenti brangan jap. itu berlaku jika dan hanya jika (math masa form brapa ntah gne mnda nih) ko memilih 5C yg pertama itu setelah ko berfikir skali.sekali je ko pk.

akan tetapi,setelah aku berfikir seketika......seketika tak bererti sedetik ataw sesaat ataw sejam mahupun sehari. seketika adalah subjektif ok. definisi seketika di dalam kamus aku untok bab ini adalah semaksimum nombor yg tertera di muka kalkulator (sempoa dan kalkulator saintifik tidak digalakkan.ok?)setelah berfikir seketika itu, aku telah bersepakat dgn seluruh anggota ku untuk memilih 5C yg kedua. kwn-kwn ku, kalo da ada 5C yg kedua tuh lagi senang la korang nk dapat yg 5C yg pertama tuh tanpa bersikap terkinja-kinja mahukannya. tambahan pula, kalo takder menda tuh, chenta yg dikatakan chenta mati swatu ketika dlu menemui jalan buntu. masa tuh aku, ko, adik2 pompuan ko dan kakak2 ko akan menjadi mangsa lontaran ataw tendangan ibarat bola rugbi yg berasal dari tgh padang nan ijau berterbangan ke garis kemenangan. maka, dgn itu, pada waktu itu chenta yg dahulunya chenta mati bleyh pegi ****!

oleyh itu kawan2, cobalah kau sume fikir2 kan. perlulah anda bijak membuat penilaian kerna cuma sedikit saja lebeyh tahap kekompleksannya berbanding penilaian menengah rendah di usia 15 kita dahulu.

mohon undur.
*cobaanmencoba*

ps: maaf jika bahasa agk kasar bahasa.jiwa.bangsa

Monday, July 13, 2009

terjerumus

aku tak pernah berblog

aku tak pandai berblog

aku tak mengerti mengapa org berblog

aku tak hingin nak berblog

aku tak nk mengaku yg aku kini mahu mencoba untok berblog


mohon undur
*cobaanmencoba*