Showing posts with label peribadi. Show all posts
Showing posts with label peribadi. Show all posts

Monday, June 13, 2011

separuh

aku seorang individu nan satu
satu yang bukan setiap waktu
satu yang mencari sesuatu
satu yang mencari separuh itu

mana separuh si pelengkap satu?
coba dicari di sana di situ
jumpa dan hilang; sering begitu
ada ketika molek membatu

mengalir lagi air jernih itu
tiada dipanggil banjirnya tak menentu
Tuhan tahu ke mana separuh itu
detik tiba pasti dibantu



mohon undur
*cobaanmencoba*

Friday, April 22, 2011

buntu

buntu ... mohon dibantu

ikhtiar dan doa coba disatu

masih membatu

:'(


mohon undur
*cobaanmencoba*

Tuesday, April 19, 2011

hujan

hujan rintik rintik

air bergelora

emak bagi seposen

ayah bagi seposen

adik pegi sekolah

3 tambah 3

adik jawab 6

cikgu tanda rait (✔)

adik teros pulang

(petikan lagu sambil melukis d zaman kecik kemetot)

cerita hujan mmg indah secara semulajadinya
main hujan kalo masa hujan lebat lagi seronok!!!!
itu semua masa kecik je buat.
sekarang kalo ada dalam hujan pon sebab terpaksa redah.

hari ini panas terik nauzubillah
boleh jadi pening kepala
hujan sering dinanti
takdelah panas berkuah dek peloh nanti

cuaca tak boleh nk jangka
kerja Allah swt

samalah juga cuaca emosi
hujan emosi
sukar nk dibendung
kalau hujan dek kegembiraan, alhamdulillah
kalau hujan dek kegelisahan, kesedihan, kemurungan ...
puas coba dibendung
jatuh ibarat awan yg terlalu berat menampung
tiba masa, hujan turun
guruh petir sabung menyabung

berdoa. sbb Dia sayang kita sentiasa tiada hujung.
orang lain tak tentu sampai bila bersambung kerana ada yg bermula pon belom.


mohon undur
*cobaanmencoba*

Wednesday, April 13, 2011

sederhana

ISLAM itu sederhana

tak perlu mahu semua
tak perlu mahu segala

terlalu banyak membuak
terlalu sedikit tersepit

cobalah hidup cara ISLAM ya anak anak sekalian :) (aku jugak!)
kerana ISLAM itu indah (mak aku selalu kata dari aku kecik lagi ~ kredit untok beliau)
ewah~




mohon undur
*cobaanmencoba*