Wednesday, March 30, 2011

niKAHwin

bila tiba cuti sekolah bersusun majis perkahwinan yang harus dikunjungi.
yang di rumah. yang di balai raya. yang di hotel. yang di dewan. yang di masjid.
BERDEEEEEERRRRRETTTTTTT!!!

dan aku tidak ketinggalan. kali ini aku lebih menjadi sang penyebok apabila adik saudaraku, halimatussa'adiah bergelar isteri kepada zuzu niazi. sebok kemain! yang coba buat sebok lagi hebat dan ramai (termasoklah aku).

halimmatussa'adiah lebih dikenali sebagai ema dikalangan keluarga. seorang yg super kreatif. tidak satu perkara pon di majlis perkahwinannya mendapat sentuhan orang lain (skit skit ada la).

antaranya:-

pelamin


simple tapi berkeringat nak disiapkan

baju pernikahan kedua dua belah pihak




hiasan bilik tidur dan hiasan barangan hantaran


pakaian khatam quran

kecuali
sireh junjung
(pertama kali aku buat. demi dia)

tadaaaaa...


chantek tak?? :P

cukop kagum dengan kerajinan dan kekreatifan mak limah (gelaran keluarga). bkn sombong tak nk orang tolong tapi mahu ada sejarah hebat di hari besarnya.

penat aku lihat dia. bertungkus lumos segala.
seminggu selepas majlis d kluang, ke sungai petani kami sekeluarga.
meninggalkan ema bersama keluarga barunya.
semoga aman bahagia tiada cela.
kerana dia luros orangnya.
amin~




salinan merah di kedah

aku sayang dia


mohon undur
*cobaanmencoba*

Sunday, March 27, 2011

hadiah berihitam

Terima kasih incek pemberi
Mmg idaman semenjak dua ini
Mahu dibeli tak mampu lagi

Berihitam yang diberi tentu diingat sampai mati
Masih mencoba menggodeh sana sini lagi
Aku ini mmg la buta IT

Terima kasih daun buah beri :)

mohon undur
*cobaanmencoba*

Tuesday, March 22, 2011

merong mahawangsa punya hikayat

aku mmg buta sejarah. mmg buta gila!!! masa SPM dulu pn aku tak nmpk huruf A. Huruf C melambai lambai atas slip keputusan peperiksaan besar itu. Begitu juga dengan teknologi. Sampai adik aku pernah kata yg aku nih dilahirkan di tahon 60an jika dikaitkan dengan teknologi.

Jadi, tiada apa sebenarnya yang mendorong aku untuk menonton filem yang sibuk di hebah hebohkan kehebatannya itu ~ HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA. hasil anak-anak incek Halim ~Kami Remaja Unggul (KRU).



Tapi, semalam aku telah diheret oleh seorang rakan yang amatlah terkinja mahu menonton. Sudahlah aku mmg tak teruja, kemalasan juga menguasai segala, haroslah aku tak nk!!! Pujukan demi pujukan yang super berjela oleh si tuan badan, aku akhirnya menurut juga. Ke panggung tanpa sebarang harapan dan berniat untok meneman sahaja.

Duduk diam menonton. Coba mendalami isi hikayat itu. Emosi yang pada awalnya bersahaja bertukar rupa. Aku gemar. Aku asyik dan terkesima dengan bait bahasa yang dipersembahkan. SUKA SANGAT SANGAT!!! jln cerita juga menarik. tbe tbe aku rasa sejarah tidaklah sebosan mana. barisan pelakon yang hebat diketengahkan. secara keseluruhannya, mmg aku cinta akn filem Malaysia nan satu ini. ewah~

Terima kasih buat tuan pengajak. Jasa anda amatlah saya hargai.
Dan buat pengkarya filem, filem sebegini yang dinanti nanti. Cobalah bentangkan lagi.
Aku suka sekali!

mohon undur
*cobaanmencoba*

Sunday, March 20, 2011

malas

tak dijemput
tak diundang

dah coba buang
tak hilang hilang

MALAS ~ tolong pergi jauh
kerja aku menimbun sungguh

syuh . syuh . syuh


mohon undur
*cobaanmencoba*

Tuesday, March 15, 2011

magis kaca mata hitam

pernah tak rasa rimas gila di pandangan mata ketika memandu tatkala hujan lebat?
wiper dah paling laju dalam dunia dengan kuasa tingkat tiga, tapi masih samar penglihatan.
pernah tak?? dan akhirnya memandu dengan kelajuan kura kura tua nan uzur atau berhenti di tepi jalan untuk beberapa minit dan mungkin juga beberapa jam hanya untuk mendapatkan penglihatan hebat serta bagi mengelakkan kemalangan nyawa. (takkan nk mati akibat tak nmpk jalan di kala hujan kan...?)

aku ada rumusan magis yang aku juga musykil pada awalnya.

sila kenakan sepasang kaca mata hitam yang paling digemari!!!

percayalah! aku rasa lebih terang dan tenteram. lebih jelas. walaupun hujan yang maha hebat ditambah dengan kegelapan malam. kaca mata hitam RM15 pun dapat membantu. pada awal percobaan aku, aku rasa bodoh kerana di luar sana gelap bukan main. dan aku berlagak stylo tak tentu pasal. apahal... tapi kesannya yang penuh dramatik telah menolak tepi kata kata mereka yang sememangnya iri hati dengan kesemulajadian aku yang stylo ini (sila muntah).

dah dah dah. motif entri ini:-
PERCAYALAH!!!

kaca mata hitam membantu kalian semua memandu kala hujan renyai mahupun lebat. sila coba rasakan sendiri.

aku tak taulah kalau memang kaca mata hitam aku saja yang punya magis itu. maaf jika ya.


mohon undur
*cobaanmencoba*

Sunday, March 13, 2011

kek 'pan'

pagi indah.
pagi cerah.
rajin yang bukan didorong sendiri.
pesanan ringkas dari wanita bergelar ummi.

jeng jeng jeng.

kek 'pan' atau nama glamournya pancake berperisa blueberry hasil air tangan aku yg suci murni. cobalah. enak sekali. tapi kalau kau buat dua kali, enak dua kali la... (ok. tak klaka. maaf). makan ketika masih panas panas (kalau melecur lidah pon tak rugi) bersama majerin atau jem. janji meleleh air liur. mudah dan lazat.


mohon undur
*cobaanmencoba*

Friday, March 11, 2011

jepunjapan

jangan sibuk menghina mengkritis
doakan keselamatan yg masih hidup di sana
sekalung takziah buat bumi sosialis
gempa yang pastinya tidak diminta

JEPUN DILANDA MALAPETAKA!
MULANYA DILANDA TSUNAMI. KEMUDIAN DIIKUTI GEMPA BUMI PULA.
MASYAALLAH!


mungkin ini cobaan Tuhan yang Esa
petunjuk bagi sekalian manusia
kita yang tenang di bumi Malaysia
jangan tengok dan tenung sahaja
memang sekarang kita tak merasa
tapi kena ingat ingat juga
Sabah Sarawak harus paling berjaga
tapi semuanya ketentuan dariNya

Alhamdulillah kerana Tuhan masih sayang kita dengan hanya beri petunjuk saja tapi kenapa masih leka? tepuk la apa yg patut dan tanya sendiri punya selera.


mohon undur
*cobaanmencoba*

Thursday, March 10, 2011

appak!

appak! apa?! appak!!!!
itu adlh panggilan gila gila aku buat seorang lelaki kacak lagi macho yang genap berusia 52 tahun pada hari ini.

WALID ~ itu panggilan suci buat beliau. bahasa arab. bahasa al quran. membawa maksod appak atau bapa. tak percaya, coba buka dan selak helaian kamus arab sekali. (dua kali pon blh)

jika dan hanya jika WALID membaca picisan ini:-

selamat hari ulang tahun yang ke 52
anda ayah super (superdad)
anda ayah terrer
(bukan terrorist)

terima kasih atas kesabaran
terima kasih atas kekentalan
terima kasih atas pendanaan
($$)

yana pelajar sepenoh masa kini,
poket tak tebal kanan dan kiri.
cuma doa dan sepotong lagu nukilan sendiri

menjadi hadiah untuk bapa nan mithali

tak perlu aku beremosi di sini. dia saja tahu aku bagaimana di sisi dia.
aku cinta dia sampai mati!!!!


mohon undur
*cobaanmencoba*

Wednesday, March 9, 2011

psikologi sosial

aku tak cantik di mata umum.
tapi aku punya banyak kelebihan. terlalu banyak untuk disenarai. (ya. aku poyo. jadi?)
terutamanya lemak.
cobaan mengikis mmg selalu tetapi kerap saja terganggu.
tapi lemak lemak tak pernah menjadi pengganggu untuk aku berdiri yakin menjadi aku.
kerana cantik itu jatuh pada si pemandang (btol ke aku mengalih bahasa nih?)
dalam bahasa orang putihnya berbunyi :- beauty lies in the eyes of the beholder.
tapi kadangkala seperti terlebih suntikan darjah keyakinan yang kadangkala memudaratkan.
setiasa coba untuk bersederhana, tapi ada saja yang buat aku melanggar dengan gelabar tapi tidaklah sampai ke tahap yang perasan cantik sangat!!! sangat tak!

jadi, bagi pembaca yang gemuk atau lebih sopan dikatakan berisi, banyak produk pelangsingan di toko toko berhampiran jika mahu kelihatan kurus menawan dengan pantas kebabbbbooooo atau kawal pemakanan dan bersenam untuk hasil yang meyakinkan sepanjang zaman (aku cakap je lebih) jika tidak, kenapa perlu psycho? jadi saja diri sendiri. mudahdotcom.

baiklah. disebabkan kecantikan golongan seperti aku nih hanya segelintir manusia saja yang nampak, aku jadi hairan lantas akn termenung sejenak, 2 jenak dan kadangkala berjenak jenak memikirkan atas dasar apa orang boleh ada perasaan suka pada aku (rujukannya mestilah lelaki weyh). masa nih keyakinan macam tak berapa nk stabil. tapi masih boleh diterima akal jika mmg benar aku kenal dan pernah bertemu. mungkin bukan luaran yang menjadi medan magnet. (keyakinan meningkat semula).

yang menjadi kemusykilan aku adalah apabila si super psycho datang mencipta onar mengaku bahawa pernah menaruh harapan dan aku pernah menabur janji (bunyi cam lirik lagu 80-an). cuak gila. muka dia pun aku mcm tak pernah tengok. nama dia pun takde dalam senarai dalam CPU 26tahun unggul aku. dia tahu hampir segala tentang aku. pelik. pada mulanya, aku coba mengorek sana sini juga. tapi tak berjaya. enggan menjawab dengan sempurna. menyampah mengundang di kotak minda. aku tinggalkan saja. marah pula dia. kata dia, "saya takkan maafkan awak atas perbuatan awak dulu pada saya". apakah? mmg orang gila. tak kenal boleh buat salah ke? lain la kalo kau artis yang menjadi bahan umpatan aku. sangat sangat tak faham di atas darjah kepsychoannya yang melampau. nk bentang kat sini panjang panjang pon boleh memualkan.

incek psycho, aku tahu kau sedang baca sbb kau kata kau mengikuti blog aku yg tak seberapa ni. tolonglah coba berhenti. rimas. gatal kepala aku. aku doakan kau cepat dapat jodoh agar penyakit kau dapat sembuh.


mohon undur
*cobaanmencoba*

Sunday, March 6, 2011

bukan lagi 5c tapi 5b . oooooyeah!

duhai umat manusia sekalian....
dahulu sibuk digembar gembur tentang 5c seperti yg pernah aku bentangkan di entri 2 tahun lepasku.

tapi itu duluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.... (sila pastikan muncung anda jauh sejauh jauhnya ke hadapan). aku terima satu kiriman surat elektronik dari mamitoku, Puan Jalilah yang cantik menawan sama seperti anaknya. (kalau nk muntah, muntah la).

tiada lagi 5c. kali nih up sikit. 5b. (bukankah gred b lagi hebat dari gred c?)

coba amati dan bersikap realiti. bukan aku mengada ada. tapi hakiki dunia.

B ~ BMW
B ~ Body
B ~ Brain
B ~ Billionaire
B ~ Bungalow

fikir fikirkan lah. jgn jadi sibuk nk tunggu lelaki (atau perempuan) yg ada 5b nih baru nk kawin. takut tak kawin kawin pulak. merana weyh......! kalu ada, mmg bonus terbaik!

mohon undur
*cobaanmencoba*

Saturday, March 5, 2011

cobaan membakar

secara jujur dan super ikhlasnya,
aku berikrar bahawa aku tidaklah hebat memasak segala apa jenis masakan sekalipun.
tambahan pula setelah cita cita untuk memasak di usia muda (14 tahun) ku dahulu telah dihentam hebat oleh adikku. situasi itu membuat aku benar benar terdemotivasi. (alasan.. lalala). aku menggoreng nasi dengan penuh rasa sayang untuk adik tercinta.

"kakak!!! ni apa? nasik kan? kenapa nasik goreng nih busuk???! tak nak la...."

sedih tak terhingga. tidak lagi aku kental. memasak untuk santapan sediri sahaja. tapi sehingga la aku tidak lagi bergelar remaja (namun masih muda), aku berjinak berjinak semula. cuma kemalasan sering melanda. penyakit yg parah buat semua umat manusia...

tidak semena mena, ketika berada di rumah sewa di bumi serdang, kuasa halilintar tertusuk menyuntik kerajinan. berbekalkan barangan mentah yang mencukupi, aku coba membuat pembakaran bagi mengisi perut perut warga seisi rumah dan seisi rumah jiran nan bujang semuanya (kacak dan kurang kacak) ~ bagi mengeratkan silaturrahim. ehem. ehem.

jadi atau tidak, cerita nombor 2. yang penting kasih sayang yang aku curahkan ketika menyiapkan makaroni keju bakar ku dengan dibantu oleh seorang teman serumah. walllllahh...
ini hasilnya~



tak brapa jadi, tapi boleh la kn....

mohon undur
*cobaanmencoba*

Tuesday, March 1, 2011

kenyang gila ba.alif.ba.ya

bila musim ombak aura perempuan aku datang (kerap berlaku d hujong bulan), mula la selera cam babun mula menjelma.

mahu kiri kanan penuh makanan.
syurga. syurga. syurga.
impian serta cobaan merngcurvykan diri musnah begitu saja.

terok betol! patotlah tak laku laku aku ni.
kurang 5 jam aku mampu menelan atau bahasa kurang sopannya mentekedghoh:-
beberapa ketol donut tajaan big apple, mines shopping mall.
sepinggan nasi goreng ikan masin (kurang hebat) dan
sepinggal grilled chicken chop sumbangan village view, bangi.
air suam 3 mug.

aku masih manusia.
tapi manusia kurang pedoman sket la. (sket ke?)
yang setiba di rumah hanya mampu telentang dan laju laju berdengkor.
tak senonoh!!!!

*terimakaseh kak mai hoi melayan selera aku ini. :P

mohon undur
*cobaanmencoba*