Saturday, April 2, 2011

nama nik

bermula dari sekolah rendah (mungkin juga tadika atau sejak lahir), sebok digelar itu ini atau lebih popular dipanggil nama nik atau nickname dalam bahasa omputehnya.

pernah ada gelaran?
mcm mcm.
gelaran diperoleh dari:-

1. nama bapak atau mungkin juga mak (jarangla...)
2. fizikal - pendek, gemok, sepet, botak

3. asal usul - nama nama daerah, negeri atau mukim mukim kecil yg jarang didengari
4. objek sekeliling - meja, kerusi, cawan, kasut
5. tumbuh tumbuhan dan haiwan - sawit, kelapa, duku, arnab, tikus
6. perkara perkara atau perkataan perkataan lucah - maaf tiada contoh. erk!

dan lain lain.

aku : BELON - tiada spesifikasi belon samada belon udara atau belon harijadi. ianya adlh akibat saiz yg terlalu 'kecil' di mata rakan pada masa lampau. dah coba kurangkan angin dalam belon tapi kejap kejap cam banyak gak udara. nk bykkn angin senang sgt!

selain itu, aku juga adalah PAYUNG. diberi oleh kakak kakak senior masa zaman degree dulu kerana nama penuhku terselit perkataan intan dan mereka menyedapkan dengan meletakkan perkataan payung sebagai sambungan. dan payung sahaja yg terlekat. panggilan yg tidaklah begitu meluas. tapi aku mmg jaranglah payung blanja orang sebab payung aku tak brapa besar sangat. :) tapi kalo kawan gusar, aku boleh coba tolong payung kesedihan kawan la.

nama nik ini tak apa. jgn sampai sakitkan hati dan mencela kemaluan orang. tapi lebih baik kalau kita sama sama coba panggil dengan nama sebenar. lebih afdhal. mendoakan mereka. tak gitu..... ;)

mohon undur
*cobaanmencoba*

4 comments:

  1. aha..terasa diri ni spt salah sorg yg memberi nama nik kamu itu!jgn maraaaaa aaaaa...=)

    ReplyDelete
  2. hahaha... takpelah. mengkormersialkan payung yg ada di dunia dan secara tak langsong nama yna disebut d mana mana :) terima kasih kt akak, kak raihan, kak aini, kak ani n sapa la ntah.. :P

    ReplyDelete
  3. hahaha..mcm2 nme gelaran kan la ni..terinat zaman sekolah depa ni dok panggil nme pak kite kan..geram jeee!!!!

    ReplyDelete
  4. AFA, tulah pasal... kenangan habes...!

    ReplyDelete

cobalah komen