Tuesday, August 17, 2010

pencuri wajib dilaknat!!!!

tarikh 17 ogos 2010, aku ke kantor seawal jam 7.55 pagi. rakan serumah bergerak pada jam 8.30 pagi. akibat kerja yg tak kenal erti nokhtah, kami coba merajinkan diri dengan terus berkidmat sepenoh hati.

tamat tugasan terakhir, pada jam 6.15 petang aku menekan minyak kuda hebatku menuju rumah sewa yg hampir 2 tahun aku diami. pemanduan agk pantas mengenangkn waktu bertemu Tuhan untuk Asar hampir tamat.

setiba d rumah --- sebelah pagar yg tak pasti nk warna hitam ataw hijau rumah itu terbuka luas. sedikit gusar. namon masih coba mempositifkan diri dgn berkata sendiri "mungkin ila terklam kabot lagi." adegan tersebot pernah berlaku 2 kali sebelom ini dan membuatkan aku terosan berpositif lagi.

sesudah memparkir kereta di rungan sepatotnya, segera ku capai beg dan kunci mangga (padlock --- tade kaitan dgn buah²an tempatan) grill dan sliding door untok segera menerjah ke dalam rumah. aku coba meraba² di tempat septotnya mangga itu ada, namon tiada. ntah ke mana. aku masih lagi dalam mode positif. cobaan membuka sliding door pula lebeyh mendebarkan. sebelom anak kunci dijolok ke dalam pintu, tenaga aku yg tak seberapa joule telah membuka pintu tanpa anak kunci dipusingkan. saat itu darjah keposifan aku berkurangan.

langkah kanan aku mulakan sambil menyelak langsir utama dan dapati TV LCD Plasma gedabak 32" tiada di lokasi sepatotnya. tiada lagi nilai positif dalam diri. NEGATIF semata². jantung mulai gagal berfungsi dgn normal. semakin laju dan aku mulai gelabah! aku segera jengah ruang kamarku. komputer riba yang kemas disimpan di dalam bag beserta charger dan external hard disc telah selamat dilesapkan. yang aku agk ralat, segala gambar tok moyang ada di dalam. gambar kenangan sana sini dan yang paleng penting isian thesis buat pengajian master ku. (sumpah aku sangat mahu mencarot bergunung²). lebih menyakitkan adalah komputer riba itu sendiri telah hidup bersama aku selama 8 tahun hasil pemberian ayahku seberjayanya aku menjejakkan kaki ke menara gading (ewahhh!).

Setelah itu, tanpa membuat pemeriksaan lanjut di dalam kamarku sendri, aku segera menjengah kamar teman serumahku; ila. perkara yang sama berlaku. komputer ribanya yg mmg senantiasa terhidang d atas meja belajar yg juga sentiasa dikoneksikan kepada modem jalur lebar telah lesap juga. segera ila aku telefon agr dia segera pulang. (dia benar² menyangka aku sedang membadotkan diri aku pada masa itu akibat diriku yg mmg bekerja separoh masa sebagai badot).

sambil menanti kepulangan ila, aku sempat memanggil bapaku melalui telefon tangan. saat itu, air mata mula mengalir sperti kereta² di kota raya yg laju mengejarkan lampu isyarat hijau dan kuning sebelom bertukar menjadi merah. sedikit kata penyejuk hati meredakan sedikit duka nestapa. sedikit sahaja...

saat masih menunggu ila tiba di rumah, aku coba melihat² tanpa mengusik terlalu banyak perkara tentang apa lagi yg berjaya si bodoh itu selesaikan. nmpknya, bkn sahaja komputer riba usangku yang penoh berjaya diambilnya. 2 telefon bimbit cap sony ericsson ku turut sama menaiki kenderaan mereka yg entah ke mana tujuannya.

selaen itu, aku juga kehilangan wang tabungan aku yg entah brapa jumlahnya. terbongkar segala isi perot almari dan laci² yg wujod di dalam kamarku. tapi ada jugak benda bodoh yang dia ambil. (yelah... namanya pown mmg dia bodoh!!!) scrub, losyen dan beberapa unit barangan penjagaan diri yang mmg hendak ku cempak ke dalam tong sampah pown diambilnya. mungkin kerana aku tempatkan barangan tersebut di dalam satu bag plastic yg bercap topshop dan dia menyangkan ianya baru dibeli. barangkali... sunggoh bodoh!

apa yg aku paleng rasa mahu menempeleng dan menumbok laju² pencuri itu adlh kerana dia tidak menghormati Al-Quran kepunyaanku. nk buat sepah, buatlah... tapi macam s**l lah kalau menindih Kitab Allah dengan barangan laen sewenang²nya. kurang ajar. mmg haiwan!!!

setelah habes memperiksa ruangan sendiri, ila pulang dan segera melihat sekitar biliknya pula. didapati, ila turot kehilangan kamera digital berjenama samsung yg agk muda umornya. dia mulai gelisah. aku juga. teros gelisah....

kegilasahan kami tidaklah sampai membodohkan diri. kami segera ke balai polis berdekatan sedang masa berbuka puasa hampir tiba. perut yg mulanya bernyanyi riang bergenre pop tealh bertukar kepada musik hambar dan semakin hilang bunyinya walau sedang bumi kediaman dilimpahi hujan lebat dan hebat. setiba di balai polis, tatkala sang pakcik polis coba mendapatkn laporan, internet tidak dpat disambungkan. gangguan teknikal berlaku mungkin dek kerana hujan nan lebat. cobaan selanjotnya dilakukan. usaha masih gagal. waktu berbuka semakin hampir. kami dinasihatkan pulang untuk berbuka dan kembali setelah itu. kami akur...

pulang ke rumah berbuka ala kadar sekadar mengikut kadaran. mandi. solat. bersiap. berbincang tentang suspek dan langkah berjaga² yg selanjotnya. setelah itu, kembali ke kantor polisi. prosedur yg panjang. mujor punya hiburan diselit sana sini serta tak dilupkan IO yang sedikit kacak. (menyempat!)

pada jam hampir 11 malam, sekalian polis membontoti kereta hebatku menuju ke rumah bagi mengkaptur gegambar dan mendapatkan cap jari. gambar² dikaptur dgn jayanya. yang tidak berjaya adalah mendapatkan cap jari. tiada sebarang cap cari ditemui. bajet hebat la..!!! bongok!

setelah tamat investigasi mereka dan memasokkan beberapa tegok teh o panas aku yg tahap melecorkan bibir, mereka pulang menyiasat kes laen barangkali.

dan kami masih sukar melelapkan mata. hamparan dihamparkan di ruangan tamu buat kami tidor bersama. mata gagal dilelapkan. hingga hampir 3 pagi barangkali. gelisah alah resah... ble tertdur pown tak pasti ble waktunya.

yang paleng pasti, pencuri tak boleyh dimaafkan. tak boleyh diberi peluang. tak boleyh terus dibiarkan. dan yang paleng paleng paleng pasti adlh pencuri wajib dilaknat!!!

hoi pencuri, kalu kau baca blog aku nih, pulangkanlah barang² kitaorang! ko tak taw dosa ek? kne bakar kaw kaw la kat akhirat nnt!!! (ntah ntah dia buta teknologi lebeyh trok dari aku).

tambahan: pada 20hb ogos baru aku sedar yang aku turot kehilngan beberapa perfumes dan charger nokia. bertambah bodoh la pencuri itu kerna telepon yg diambil bercap SE tetapi charger nokia yg diambilnya. super bodoooooh!! pencurik, ko amek perfumes aku jugak sbb mesti masa ko sebok menggeledah, ko mmg tgh busok gle cam longkang. kn? cobaan mewangikan diri yg mmg da busok dari dalam la tuh...


mohon undur
*cobaanmencoba*

2 comments:

  1. baru membaca post kamu...
    huhuhu
    -ila-

    ReplyDelete
  2. pergh... sabar jelah.
    takpe.
    haros lebeyh berhati² d hari muka

    ReplyDelete

cobalah komen