Sunday, August 21, 2011

siapa tuan kau?

kalo tgk dunia sekarang ada macam macam ragam
persaingan mengancam!

rumah besar yang jadi rebutan
kereta mewah jadi rebutan
barangan berjenama jadi rebutan

mahu itu ini segala haros punya wang berganda

aku tak kata wang tiada nilai d mata
aku juga mahu tebal di poket dan bank juga
mahu cantek dan barangan idaman beta
tapi tiada tujuan ditayang serata
untuk persiapan dan kesenangan di hari muka
kadangkala berjoli sedikit jua

tapi sekarang lihat saja....

kahwin pon jadi susah gara gara mahu kelihatan mewah
tak masok lagi crita nk ada pra perkahwinan punya sesi bergambar
dan pelbagai lagi...
mungkin kolot dipandang mata masyarakat
tapi aku tak nampak kepentingannya
ditambah pula berpelamin sempena pertunangan
dulang berbelas belasan
maaf aku tak setuju walau puas coba ku cari rasionalnya
tapi aku tak halang rakan yang penuh keinginan
mungkin aku tak faham kerna tiada pengalaman
aku tetap hotmat keputusan kalian cuma aku masih bertanda soal

bila aku bualkan perihal ini, kata ummiku "manusia sekarang lebih bertuankan masyarakat. diikut apa kata orang. dipersoal apa nanti kata orang. ada tercatat di kitab agama: jika itu yang diturutkan, kepada masyarakat Aku pulangkan kau."

wahai rakan, maaf jika tersinggung.
aku coba mengingatkan sekalian manusia termasok aku jua.
buat biar kerana ikhlas bukan terpaksa dek terikot arus perdana yang keliru mana tuntutan agama mana budaya.

biarlah tuan kau itu Tuhan :)

*aku nk kawen :P. gatai*

mohon undur
*cobaanmencoba*

No comments:

Post a Comment

cobalah komen