Wednesday, August 17, 2011

kisah separa ramadhan 1432H



Ramadhan hampir ke penghujungnya. Saat mula tabir Sya’aban dilabuhkan, berduyun umat Islam menyinggah ke surau dan masjid terdekat utk menunaikan solat tarawikh pertama mereka. Alhamdulillah. Ibadah itu jika berlarutan hingga hari ini, memang terbaekkkkkkk lah! Secara jujurnya, tidak bagi aku :P

Aku lebih selesa lakukan di rumah bersama keluarga. Memandangkan kondisi kaki appak yang kian kurang memberikan kerjasama sehingga untuk bangun ke rakaat kedua dari selesai bersujud memberi sedikit permasalahan serta beliau juga tidak dapat berdiri terlalu lama. Yelah…. Tidak semua imam memahami dan mereka juga punya misi i.e menghabiskan bacaan satu Al-quran sehingga hujung Ramadhan. Jadi eloklah kiranya kami berimamkan adik yang sememangnya hebat dan yang paleng penting memahami kondisi makmum terutamanya aku yang selalu je mengantuk. Yang pasti bukan angkara syaitan!!!! Tak cukup ikhlaskah aku? Dah coba aku bolatkan mata. Tiada jaya :( MasyaAllah. Kerja makanan yang sedang diproses giat dek penyumbatan hebat kot!

Ramadhan kali ni boleh dibilang dengan jari jumlah kami ke Pasar Ramadhan atau lebih dikenali dengan singkatannya Param (macam nama pakcik yang jadi jaga kat kilang gula). Memang masak atau bebuka bersama rerakan. Jika di rumah, juadah ringkas saja. Bila kerajinan menyelubungi diri, macam macam hendak coba aku sediakan sendiri. Siap berlagak tak mahu dibantu sesiapa. Setakat ini sempatlah membuat kuih ole ole, karipap dan pap pap lain (puff), chee cheong fun (btol tak aku eja ni?), dan bebrapa juadah mudah laen. Seringkas ringkas dan semudah mudah juadah pon, namun mampu membuat aku tersandar dan betindak menunaikan solat maghrib di hujung tanduk waktu. (tak senonoh!!!)

Selesai maghrib, akan ada satu sesi berscrabble sebelum solat isya’ dan tarawikh. Permainan wajib sepanjang ramadhan gitu….. haros pakai timer. Kalau tak, pasti ada yang membeli masa. Paleng penat nk tunggu la kn! Maka setiap pemain diberikan 1 minit bagi setiap pusingan. Semasa berlangsungnya permainan, mmg kalot. Ayat seperti “belolok la mata tu” tatkala jalan utk triple words dibuka, jengah jengah tiles orang sebelah, bernyanyi nyanyi riang bila dapat markah tinggi sambil buat muka berlagak kat orang lain, aku dan adik yang tak abes abes tanya ummi “ada tak perkataan ni? Ada tak perkataan tu”, berbuat lawak dengan perkataan yg memang tak wujud atau menambah huruf S pada yang sudah termaktob past tense seperti GONE menjadi GONES dan macam macam ragam gilos! Selesai solat tarawikh pon sambong lagi satu atau dua permainan. Memang satu famili jumpa katil lambat!

salah satu hasil permainan kami sekeluarga

Ramadhan 1432 memang indah jua. Ada yang berlumba lumba mahu khatam quran, ada yang memantapkan keperibadian, ada yang mengejar pahala harian. Pelbagai. Tapi harap saja semua coba pandang ke hadapan dan sedar akan nikmat Ramadhan. Bukan sekadar tidak minum dan tidak makan. Tapi satu bulan hikmah yang cukup menenangkan. insyaAllah :)


mohon undur
*cobaanmencoba*

No comments:

Post a Comment

cobalah komen