"hidup ini penuh pancaroba" <--- biasa diguna dahulu kala. tak faham maksudnya, sila dapatkan kamus peribahasa dan raba raba.
seorang pakcik (herman) yang telah 2kali gagal dalam perkahwinan akhirnya bertemu jodoh dgn maria; insan yang muda dan tiada pernah berpengalaman bersuami. hampir 15tahun jarak usia. herman yang 50 tahun mengenal dunia banyak dicoba sana sini. pendidikan tidaklah setinggi mana. berusaha bagai nak gila utk teros lama atas dunia.
cerita bermula saat dikahwinkan atas pilihan keluarga pada pertama kalinya. sungguh tidak lama. namun sempat dikurnia cahaya mata. seorang sahaja. lelaki jantinanya. terakhir kali bersua muka, sayang dirasa kala anak itu di darjah tiga. seharosnya kini anak itu seusia graduan lepasan ijazah sarjana muda. bukan tiada rasa utk sekurang kurangnya minom bersama, tapi terhalang dek ibunya yang sepertinya takot hilang anaknya.
herman bertemu jodoh dengan teman seusianya setelah hampir setahun sendiri. Zulaikha seorang usahawan wanita yang agak berjaya. juga pernah menemui jalan buntu dalam perkahwinan sebelumnya. herman punya 4 orang anak tiri. agak lama bertahan. setelah hampir 5 tahun bersama dan zahirnya 2 anak lelaki mereka, kesefahaman mula kurang dirasa. herman yang tidaklah begitu hebat dalam perniagaannya pada waktu itu, kadangkala dicabar isteri dan merasa rendah diri dan perang kecil sering terjadi. dan akhirnya berlaku perkara dibenci Rasulullah.
berusaha tetap berusaha. pelbagai jenis perniagaan pernah coba diceburi. katakan saja. keringat jatuh di segala jenis tanah yang ada di Malaysia. berpenat lelah terutamanya utk kedua dua anak yang masih lagi dapat dikongsi kasih sayang bersama. walau sesibuk mana, herman coba mencari masa utk kedua anak itu; malek dan fadli. herman yang membesarkan mereka. 8jam tidur adalah perkara pelik yang berlaku dalam hidupnya. 24 jam seperti berlalu tanpa dirasa. walau sesusah mana, herman pastikan kedua anak itu mendapat pendidikan secukopnya. pagi ke sekolah kebangsaan dan petang ke sekolah agama. dihantarnya tanpa mengupah sesiapa. sekali sekala dihantar anak anak itu bertemu ibu mereka.
sehinggalah mereka dibangku sekolah menengah, mulai mudah utk dijaga. tiada yang terkencing lagi di dalam seluar. saat itu, ibu menuntut agar anak anak dipeliharanya. dalam keberatan herman membenarkan. asalkan masih dapat dijengah dan bergusti bersama. tapi anak anak itu kan namanya remaja. persekitaran memaksa dan mengheret mereka melihat kemewahan tonggak utama. kala emak kaya raya dan si ayah sekadar biasa, memilih utk tros bersama disiram wang dan segala. herman pernah mencoba menarik tumpuan mereka. tiada jaya.
sedih herman tidak terkata. anaknya malek semakin jaoh. pelajaran entah ke mana. sebok mencari kertas bernilai bersama ibunya. hampir setahon tidak berjumpa. si adik yang masih manja, menangis mahu pulang di sisi ayahnya. tapi jarang berenggang dgn si abang buat dia rasa sengsara. buntu herman dibuatnya.
mujur saja saat kedukaan herman melonjak tinggi, beliau bertemu gadis yang kewujudannya dipersetujui seisi keluarga. walau jaoh lebih muda, faham segala. namun tidak bererti tiada rindu dirasa terhadap ketiga tiga anaknya. selalu rasa. alhamdulillah. perkahwinan terakhirnya bersama maria membawa rezeki berlipat ganda. Sultan Brunei turut mengenalinya. hidup semakin selesa. ditambah seorang puteri kecil dalam keluarga. menggenapkan 4 anak semuanya. herman syukur. tapi tetap rindu akan anak anaknya.
moga suatu hari anak anak itu sedar akan kewujudan ayahnya dan menagih sayang yang hilang sekian lama. masa tidak pernah menunggu siapa. "ya Allah... berikanlah kesempatan itu sebelum beliau bertemuMu".
mohon undur
*cobaanmencoba*
No comments:
Post a Comment
cobalah komen