Sunday, August 21, 2011

siap sedia raya

Bahang hari raya mula terasa seiring dengan kepanasan duniawi yang menyengat masuk ke dalam kulit aku. Masing masing memikirkan apa yang haros dibeli untuk kelihatan cantik kedababooo. Juadah berbuka semakin hilang keterlibatan dalam proses pemikiran. Apatah lagi sesi bersahur. Kerap tergelincir. Ibadah tarawikh entah ke mana…. (sapa minom coca cola, dia yg rasa BBBrrrrrrr nya).

Untuk aku, persiapan selesai pada hujong minggu lalu. Tema mmg wajib disetkan utk seluruh keluarga. Tema warna sahaja, tapi pesen sendri la kn. Tapi Alhamdulillah.. gara gara susah nk cari baju yang memahami saiz dan potongan istimewa aku, kami sekeluarga (perempuan) akhirnya memiliki warna baju yang sebijik abes!!!! Tiada beza! Tapi masing masing da berangan nak tambah bahan bahan penyeri utk menimbulkan sedikit kelainan. Cuma satu. Tak perlu sampai 5 pasang kot. Membazir. Yang ada pon tak terpakai. Atau berhabisan utk sepasang baju dgn harga yg membenarkan diri mempunyai 18 baju. Jangan kerana tak taw nk buat apa dengan duit, curah habes habesan buat peniaga busana. Kalo mmg berniat utk bersedekah kepada para penjual, Alhamdulillah… kalo lain niatnya, itu yg bahaya.

Utk raya kali ini, aku berpeluang menyulam baju raya temanku. Aku cuma tolong tolong. Malu jugak. Hasil tak seberapa. Bimbang kalo kalo tak suka. Setelah Nida terima, nampaknya beliau suka. Itu buat aku gembira. Memang da menjadi minat aku pula. Sangat tak sangka. Sekurang kurangnya dapat memupuk rasa sabar juga. Kurangla rasa nk marah. Bagoslah tu kn? Nanti nantilah aku kongsikan hasil tangan aku yg tidak seberapa itu.

Cuma satu pesan aku buat pembaca (jika ada) dan diri aku jua. Cobalah utk tidak berlebih lebihan. Kalau pon tak taw ataw terlupa yang pembaziran itu amalan syaitan, ingatlah mereka yang mungkin tidak laongsong meraikan. Tapi jnganlah langsong tak bercantik cantikkan pulak. Selekeh semacam di pagi raya nanti. Nabi sempat berpesan agar bersih dan cantik d pagi 1 syawal. InsyaAllah….

selamat.hari.raya.kawankawan

mohon undur
*cobaanmencoba*

No comments:

Post a Comment

cobalah komen