cukup?
cukup tak?!
(angguk dan jerit kuat kuat la weyh kalo ya... kalo tak, geleng jek sambil berkerut~cukop. aku faham. haish. soklan mudah mcm 1+1 pon nk kne paksa jawab)
bila tak sabar akn sesuatu untuk berlaku, hamboi!!!! tak habis habis menghitung waktu ble mlm bakal menjelma. cepat cepat lah azan subuh berkumandang (walau entah solat atau tidak~mashaAllah) bagi menunjukkan hari baru telah bermula. Begitulah rutin hingga saat yang dinanti tiba di depan mata.
Kes kes seperti tak sabar nk tunggu majis kawin (slalunya famili n kawan kawan yg paleng excited), nak berangkat bercuti ke dalam dan luar negara (byk weyh tmpt yg menarik di Malaysia~sila klik sini bagi mengetahui tempat tempat menarik di negara ini [tiba tiba lagu Negaraku berkumandang pulak di minda]), nk buat kejutan di hari ulang tahun, menunggu saat kelahiran bayi dan macam macam lagi.
Kejadian kejadian dia atas merupakan contoh contoh situasi apabila masa dianggap lembap berlalu.
Namun hadirin dan hadirat sekalian (ewah!!), sebaliknya berlaku perpeluhan yang agak melampau walaupun duktus duktus perpeluhan selalunya kurang berfungsi ketika permainan teng teng mahupun dikejar anjing kurap. Bila masa dikatakan terlalu cepat berlalu dan andai saja ditambah sejam dua atau tiga jam sehari... andai saja....
Kena hantar tugasan (THESIS aku bila nk hantar nih????!!), nak kena sunat, nak peperiksaan dan lain lain. tapi ada jugak mereka yang melihat perjalanan masa yang pantas sebagai suatu yg positif. Antaranya, apabila mak mak tengok mcm tiba tiba anak dah besar walaupun tengok hari hari, mereka yang buat buat tanya " macam mana boleh banyak betul duit dalam akaun aku ni?...macam baru sangat mula menyimpan." (macam nk pukul laju laju jek). dan beberapa situasi lain.
Kau berada di mana?
1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati
Aku cuma coba melihat situasi kini. Jangan kerana masa kita jadi gila atau bahasa halusnya 'kurang waras'. Takkan kau (atau aku) mahu menyumbang kepada kenaikan graf pesakit mental di Malaysia mahupun di dunia pada masa akan datang yang sememangnya kini sedang meningkat? InsyaAllah kalau kita pegang pesanan Rasulullah yang 5 itu, duapuluhempatjam yang diberi tentu saja cukup dinikmati.
*jam tangan kegemaran aku itu mati semalam~kena tukar bateri. barulah cukop 24jam aku nanti.
mohon undur
*cobaanmencoba*
seram gak laaa entry km ni..tp chill..
ReplyDeleteAFA, seram ke? hee. jom berusaha!!
ReplyDelete