saat terdiam di detik ini (11.14pagi, 17feb 2011), aku teringat sepulangan aku ke kampong halaman sempena menyambut tahun baru cina yang lalu (sambut la sangat...). dirai hanya sekadar yang mampu. tiada dentuman mercun mahupun persalinan merah menyala. cuma hilai tawa geng saudara mara. ditambah pula keletah budak budak kenit berpangkat anak-anak saudara (khalif aidil, siti maryam al-hayy, khilfi adha dan muhammad syamil aizat tanpa siti nur bahiyah dan muhammad faiz). itu yang paling aku suka dan cinta.
angan angan anak kecil yang sentiasa dapat dimaafkan
khalif-maryam, khalif-khilfi, muhammad syamil
biasalah bila sudah ramai ramai serumah, gosip gosip hangat pastinya terbentang luas seiring dengan ketupat rendang (yang pasti tiada gosip liar artis artis picisan. ouchh!). termasuklah crita adik saudaraku; halimatussa'adiah atau lebih dikenali dengan ema/mak limah yang sibuk penyibuk dgn persiapan perkahwinannya kelak (19mac2011 - jemputlah datang ~ pandai pandai aku je).khalif-maryam, khalif-khilfi, muhammad syamil
salah satu hasil kami sekeluarga yang berangan menjadi taukeh kedai gubahan sebagai token para tetamu di majlis ema kelak
tapi yang membuat aku berfikir sejenak adalah tatkala bersembang membentang tikar bersama atok yang lebih mesra dipanggil abah. abah bercerita tentang angan angan mat jenin versi orang melayu dan versi orang cina.
cerita abah:-
mat jenin versi melayu ~ angan itu, angan ini, sambil berangan duduk atas pokok. terus berangan dan berangan. akhirnya, mati jatuh dari pokok ketika dia masih berangan. angan angannya tak satu pun tercapai.
mat jenin versi cina ~ angan itu, angan ini juga. coba dilaksankan angannya. lantas mati ketika angan angan sedang dilaksana. sekurang kurangnya terlaksana walau separuh jalan sahaja.
fikir fikirkan. walau atokku tidaklah berpelajaran tinggi apatah lagi bergelar doktor mahupun professor, aku kagum dengan setiap apa yang keluar darinya. penuh dengan tanda tanya yang buat kita berfikir nilai hidup kita dan tanggungjawab sebagai wali Allah s.w.t. kalau hendak bercerita tentang buah fikiran abah, mmg takkan habis coretan aku di sini. abah juga banyak angan angan tapi angan angannya tak dibiar sepi seperti kisah mat jenin versi melayu.
mohon undur
*cobaanmencoba*
No comments:
Post a Comment
cobalah komen