tapi bukan nyanyian bertajuk terima kasih cinta dari Afgan yang ingin aku persembahkan.
pandangan jauh tetap indah
TERIMA KASIH CINTA
sebuah teater yang tak perlu rasanya aku gebangkan lagi.
sana sini punya promosi.
aku suka. aku cinta.
segalanya.
persembahan. lakonan. teknik pementasan (mcm lah aku taw sgt!). barisan pelakon.
berbaloi wang ringgit walaupun memilih untok berada di upper circle untuk teater kali ini.
aku dan rakan rakan peneman (rakan serumah sewa) masih dapat mengenal pasti siapa yang sedang berada di pentas indah itu (yang sidekick haruslah tak kenal atau cam sangat).
rakan rakan peneman dan tiket yang membenarkan kami berlibur
pementasan berakhir setelah 3jam berhibur (tidak termasuk 15min berehat).
benar... memang benar ianya diadaptasikan dari filem cinta. tapi bukan semua pelakon TERIMA KASIH CINTA berasal dari filem cinta kecuali incek tony eusoff. mereka semua harus tahu menyanyi. yang sumbang mambang tak dapat la... nama pun teater muzikal. tentu saja tak mahu bernanah telinga telinga para penonton. maka, mereka hidangkan Latiff Ibrahim, Safura, Deja Moss, Faradhiya, Shajiry, Nadia Aqilah, Vince, Norish Karman dan Tony Eusoff sebagai teraju utama. tak dilupakan juga Leya dari hot fm tuh, Anding dan Didie Akademi Fantasia. malangnya aku tak perasan langsung Hunny Madu dan Elliza. huuish.... (maaf ya gadis gadis).
dari dulu lagi aku sukakan lakonan, suara, lengok badan serta pembawakan Nadia Aqilah (ya. aku kipas besar [big fan] dia). pada malam itu, Nadia berjaya membuat aku teruja lagi ditambah pula bila digandingkan dengan Vince. Hebat. Mantap. Yang lain harap tak sentap. Semua hebat. sumpah! Tangisan aku berjaya disumbangkan dek terkesan dari lakonan Deja Moss bersama Anding. (sumpah sensitif bab adik bradik nih. aku kn cuma punya seorang adik lelaki nan satu itu...) serta lakonan pasangan emas Latiff Ibrahim dan Safura. Tak perlu aku bentangkan jalan ceritanya. Elok saja anda anda sekalian coba ke Istana Budaya sebelum 6Mac2011 dan rasakan keindahan merdu suara dan lakon layar mereka mereka semua.
pastinya membawa pulang satu kepuasan serta rasa kagum akan kehehebat teater tempatan, tentu saja bukan picisan.
bersama incek producer; Boudeng Edruce
aku cuma punya 2 tangan. maka cuma 2 thumbs up dapat kuberikan. (pinjam tangan kau boleh?)
tahniah buat Khabir Bhatia untuk arahan filem Cinta yang memberi inspirasi buat TERIMA KASIH CINTA (TKC).
tahniah dan terima kasih juga kepada tenaga mantap:-
Pat Ibrahim ~ pengarah teater TKC
Boudeng Edruce ~ producer TKC
Roslan Aziz ~ pengarah muzik TKC
TERIMA KASIH CINT♥
mohon undur
*cobaanmencoba*
org kate syok!!!
ReplyDeletebest kan??
ReplyDeleteeven duduk atas mmg berbaloi kan
dr i duduk bwh kena mendonggak kot
part scene atas..
hahaha
rasa nak tgk lg je
tpi xpe tunggu kg lat lak
hehehe
AFA, pergi la cepat!!!!!
ReplyDeletemasih sempat la. cepat. cepat!!
wan, cobaan menonton dari jauh. mmg blh tahan. yg u hamek sangat depan tuh wat pe. tapi u berjaya mengkaptur gambar2. huntong la!
nk jugak layan kg lat :)