Sunday, October 9, 2011

teknologi

siapa takde telepon tangan? sila angkat tangan?
(masih menunggu untuk orang mengangkat tangan)
(masih takde yang angkat)


memang semua orang yang boleh baca blog memang ada telepon tangan la kn...
tak kesahlah kalo masih simpan koleksi botol air bereka bentuk telepon tangan ke hape kan....

bercakap tentang telepon tangan, segala jenis dapat diperoleh dengan mudah dari abang Low Yatt mahupun kiosk berdekatan rumah Pak Soot. segala jenama. segala jenis rekabentuk.
yang boleh disentuh sentuh.
yang boleh dilipat lipat.
yang boleh ditonggang terbalikkan.

pelbagai.
tidak dilupakan juga yang hanya boleh membuat/menerima panggilan dan menerima/menghantar pesanan ringkas yang juga merupakan telepon tangan terawalku :- NOKIA 3310.



seperti sedia maklum, kefungsian telepon tangan secara asasnya adalah untuk membuat panggilan. Alexander Graham Bell kalau masih hidup pon, memang bangga habis dan pasti tahu nak menggunakannya. MEMBUAT DAN MENERIMA PANGGILAN. dan kemahiran MENGHANTAR PESANAN RINGKAS pasti dipelajarinya dengan kadar yg segera.

Kita yang mmg dah lama bersama telepon bimbit, tak kira la kalo kau macam aku yang dapat pegang telepon tangan sendiri selepas tamat persekolahan atau ada yang dapat seawal darjah 1. Pasti diri sudah tersedia dengan ilmu tatacara penggunaan asas telepon tangan.

Jadi.....................
bila dapat panggilan,
COBA JAWAB PANGGILAN!
jika ketika itu sibuk yang teramat sibuk,
COBA BUAT PANGGILAN SEMULA!
bila menerima pesanan ringkas,
COBA BALAS PESANAN RINGKAS!

jika tiada baki wang atau talian telefon disekat sekali pon, tak mungkin berminggu minggu! atau paling waras, responlah melalui medium lain. facebook dan twitter kan ada. bukan untuk kemaskini status, menaikmuat gambar dan bermain permainan sahaja! manfaat lain berlambak perlulah nampak jugak.


mohon undur
*cobaanmencoba*

No comments:

Post a Comment

cobalah komen