Tuesday, October 11, 2011

Profesor di hati

tiada pangkat
tiada darjat
tiada sijil
tiada anugerah

tak perlu semuanya
kerana
kau profesor di hati aku!

hanya kerana keperitan dan kesakitan dahulu
buat kau merangkak mengejar segala
ada kala mengensot
tapi tak pernah kau duduk diam terpaku
mengenang nasib dan membatu

hobi kau buat kau maju
setiap helaian leka kau teliti
pasti saja lebih banyak yang kau tahu
dari anak muda yang sibuk itu ini


aku bangga kerana darah kau mengalir dalam darah aku
mendabik dada
tersenyum lebar

kini
saat aku melakar kata ini
aku coba menahan takungan air
jika terlepas, lekas aku tepis

kerana detik ini aku sedar kau tak akan lama
entah kenapa kerap pula aku rasa
saat kau pulang ke tanah permastautinan,
aku mendongak menghindar takungan melimpah lagi
sebak

terakhir kita bersama::
aku ingin bawa kau ke kedai gunting
kau menggeleng sambil berkata
"kalau pegi kedai gunting, tak mahulah.
kalau awak yang gunting, bolehlah"


dgn kemahiran yang ntah dari mana datangnya,
aku usahkan sambil aku bersihkan dagu dan telinga dari rerambut yang ada.

aku mulai rindu
coba aku tahan sekuatnya
agar emosi tidak menjadi raja dalam diri
aku berharap agar kita bertemu nanti
dalam episod yang penuh warna warni

Profesor Hj Ahmad bin Hj Sidek / Abah / Baba / Atok / Nyanyang

Ya Allah,
semoga Profesor di hati aku ini diberi kesihatan utk terus menjadi hamba yang Kau redhai dan terus memberi sinar bagi kami.


mohon undur
*cobaanmencoba*

No comments:

Post a Comment

cobalah komen