Monday, November 30, 2009

pembantu kah pem'batu' siri 2

bersambungan dgn crita yg lalu tntg pembantu rumah dan anugerah² yg berjaya digondol mereka. berikowt adalah pensenaraiannya:

  • Kak Jah - berkulit putih telo, bertubuh langsing, berwajah ayu (ibarat wanita dalam video klip gadis ayu nyanyian Black Dog Bone). agk kurang seswai bertitle pembantu rumah. namun berjaya menetap sebumbung di bumi Malaysia bersama kami selama beberapa bulan dan kemudian terpaksa menghantar surat perletakan jawatan akibat da tak tahan nk kawen dgn pacarnya. huu. dia adalah 'si kak puteh' kami.

  • Kak Siti - pergh!!! first tyme dia masok umah ktorang, aku, abg kanak kanak laen segera mendapatkan perlindungan. dia mempunyai keterlebihan melanin dan sehinggakan kami menyangka UFO baru sahaja mendarat di kawasan perkarangan rumah kami. sunggoh berdosa kami. wanita yg sgt merendah diri sehingga menjadikan piring pengalas cawan sebagai pinggan untok memakan nasi sambil memakan di belakang pintu dapur. Ya Allah! haroslah kne marah dgn mak aku. tapi buat jugak. dia pown tak lama. dia adalah 'si kak piring' kami.

  • Mak Nah - Perkataan MAK menunjukkan bahawa dia seorang orang tua yg telah layak bergelar mak dan sememangnya dia seorang mak kepada 4 org anak dan dipanggil mamak oleyh anak²nya (korang ingat mamak kat mapley je kan???). Satu satunya pembantu rumah yg berjaya mendapat kuasa untok merotan kami adik bradik. gle benci! mmg da berbesen aku menyumpah seranah dia (mestilah dalam hati). dia sgt lama berkhidmat untok keluarga kami. sgt lama. dari adik aku mula dilahirkan sehingga adik aku mencecah usia 15 tahon. lama tak??? siddiq, amanah, tabligh, fathonah adalah sebahagian ciri ciri yg ada pada dia. (mmg dia mengadaptasi sifat sifat terpuji Rasulullah). mmg patot mak bapak aku paleng sayang sampai mmg ktorang satu family berkunjong ke kampongnya dan menziarahnya dan sanak saudaranya di sana. 'ter'paksa di'bakar' kerana beliau mengidap Hepatitis B. dia adalah 'si mak nah' kami (takde nama anugrah sbb dia bagos sgt).

  • Kak Yuyun - darjah ketinggian yg agk dirisaukan. mungkin kurang memakan Koko Crunch di usia mudanya (bak kata rakanku-Rockyah). mungkin juga akibat saiz nya yg halus itu membwatkan pergerakannya agk pantas (kalah road runner). dan kerjanya mmg tip top. dan agk pintar oleyh kerana dia belajar sehingga ke tahap yg agk tinggi juga cuma tak sempat masok universitas. mudah memahami arahan dan kami suka akn hasil kerjanya. namon, akibat sikap tamak selalu rugi yg ada, dia mula membwat crita ibarat filem filem Prof Madya yg aku menyampah crita²nya. katanya terpaksa ke JB bersama sang suami. pembohong! sampai sekarang ada je lagi sekitar kawasan rumah kami dan bekerja di beberapa rumah untok mendapatkan dwet poket lebeyh. hanggok! dia adalah 'si kak rajin penipu' kami.

  • Kak Shanti - aku pernah jmpe dia 2 kali je kowt. mmg sgt kejap. dia tidaklah tiggal bersama kami. berulang alik setiap hari kerana ada komitmen keluarga. setiap kali ke rumah kami tentu dibawanya ank tunggal yg masih berusia 2 bulan bersama. agk kasihan. sopan. mutu kerja aku kurang pasti kerana tak dapat bersama kami dalam tempoh percubaan pown (3 bulan). terpaksa berhenti juga akibat ada saudaranya yg mahu menghangkowtnya. dia adalah 'si kak sekejap cuma' kami.

  • Kak Yanti - dia baru ketemui.sgt baru.baru sekali.dan mungkinkah terakhir kali? dia penyebab utama aku menoreh ruangan ini dengan bertajokkan ini. aku pelik dengannya yg kurang memahami arahan² mudah mak aku. laen di suroh laen pula yg dibuat. rumahku dibuat seperti rumahnya yg baru dipindah masok. segala barang diletakkan mengekowt keenakkan tangannya meletakkan. memecahkan termometerku. mak bapak aku punya tak pecah akibat darjah keimanan dan kesabaran mak bapak aku yg hebat. katan mereka "mungkin Allah bagi kesempatan utk dia rasa disayangi dan selesa untok sementara. kta layanlah dia sebaeknya. part yg aku tak bleyh blah ble dia paleng maen dgn anak² sedara aku n mak aku yg sebok memasak dan mengemas. apakah??? ko nih pembantu ka pem'batu' kami? dia adalah 'si kak batu' kami.

Aku tahu mmg berdosa. mungkin bkn dia minta utk jadi batu dan tak faham bahasa. tapi aku bknlah sepenyabar mana...kuharap lekas lekas lah dia pergi. bukan berambos. tapi pergi. dan silalah muncol wahai manusia yg berjiwa manusia dan tahu akn tugas dan tanggungjawab serta jawatan yg digalasnya. bkn sekadar mencoba tapi haros tahu.

Tuhan, maafkan aku kerna memaki mereka mereka yg berkenaan di khalayak ramai

mohon undur
*cobaanmencoba*

Friday, November 27, 2009

pembantu kah pem'batu' ?

melihat kepada darjah kesibukan mengejar duniyawi sambil menuntut fardu kifayah, rata rata masyarakat kini lebeyh senang mengambil pembantu umah aka amah aka bibik aka org gaji bagi menguroskan rumah tangga mereka (tidak termasok menjaga suami). maklom lah....pagi pagi da pegi keje sampai kadang kadang tak sempat nk solat suboh dan balek sesudah habes waktu maghrib. paleng perlulah bagi keluarga sedemikian untok menggaji seorang org gaji.



bleyh ke dia nih???

dan ble bercakap mengenai golongan ini, muka muka ala ala broery marantika dan hetty koes endang sering menjadi pilihan para majikan terutamanya mereka mereka yg berbangsa melayu.yelah...tinggi sket kebarangkalian mereka yg indon ini beragama Islam berbanding individu individu dari Myanmar, Filipina, Thailand dan sebagainya.

Pembantu rumah (mak aku ajr jgn panggil org gaji dan nama nama laen) yg berjaya memasuki keluarga aku seharosnya bersyukor kehadrat Allah subhanahuwata'ala. dgn eti kata laen seharosnya sujod syukor sebanyak beberapa kali. bkn la aku nk poyo, tapi mmg aku poyo gak. Kedua ibu bapaku telah mengajar kami adik bradik untok menganggap seorang pembantu rumah sperti seorang ahli keluarga kami juga.

makan - bersama
borak - bersama
jalan jalan - bersama
solat - bersama

senarai pembantu rumah stakat ini:-
  1. Kak Jah
  2. Kak Siti
  3. Mak Nah
  4. Kak Yuyun
  5. Kak Shanti
  6. Kak Yanti (terkini)

Setiap seorang mempunyai karakteristik yg unik dan mendebarkan. yg pastinya, kami sekeluarga ada mencoba memberi anugerah kepada mereka masing masing. nantikan pensenaraiannya. (tak nak nntkan pown takpe. aku da biasa syok sendiri)

mohon undur
*cobaanmencoba*

Tuesday, November 24, 2009

episod 2 @ episod akhir realiti hidup

salam pertemuan buat rakyat jelata yg kian merindui sang punulis untuk berbicara (mmg aku perasaan kerana aku berperasaan)

masehkah kau ingat tntg wiwi yg aku warwarkan pada julai yg lalu???bagos.jika tidak, haroslah kau kurangkan membwat dosa dan maksiat kerna mungkin itu menyumbang ke arah keterlupaan ko tu.

bercakap mengenai wiwi, dia sebenarnya lari (aku tak pasti berlari anak ataw cbe melakukan larian pecot) bersama jhantannya. agk terbakar seisi alam setelah mendengar perkhabaran itu. sedeyh dan pilu hati ahli keluarganya. jhantan yg seabad berbeza umornya yg juga menjadikan memandu lori sebagai professionnya itu telah berjaya membawanya keluar dari sekolah berasramanya itu. bodo.bangang.dan segala cacian yg lahir dari huruf B mulai keluar dari mulot mulot neraka mereka mereka yg tidak berpuas ati.

tidak lama kemudian (perlu tahu bahawa tidak lama adalah 3 hari dalam kes ini), mereka berdua berjaya dicekop oleyh pehak polis. (mmg benar polis adalah cekap...bersih dan amanah aku tak pasti). kalo korang tgk muka wiwi masa tuh, agk agk slipa jhamban yg korang tgh pakai tyme tuh maw gak sampai kat muka dia. kalo korang pakai slipa jhamban la....tapi kalo slipa yg mahal sket, pk la btol² takoet mencemarkan plak. nk taw pehal????(nk type nih pown menggigil sbb nafsu amarah sdg menguasai dri-naseb baek nafsu laen takde). dia yg dlu bertudung litup, berjubah dan berstoking itu dijumpai dalam keadaan rambut ikal mayangnya yg terurai bak maya karin, berspagetti bolognaise dan senang kata separa b0.gel. dan dgn muka yg agk slamba dan seolah² memanggil tangan² rakos kami untok menampar secara tanpa bayaran, dia sempat tersenyom dan yg pasti "aku mmg paleng tak bersalah" merupakan dialog utama d mindanya. haram jadah!

korang taw pe jawapannya ble ditanya kenapa, mengapa, why dan kiahoaaa??? (jgn tipu!!!korang mmg tak taw) dia bleyh kata "saja nk kua jln²" dan kembali memberikan wajah yg bermode sama seperti seawal tbe di balai polis tadi - senyom kerang sambil menggoyangkan kaki dan berhibor menonton crita yg dipaparkan di kaca tv d balai polis itu. sempat eyh...

peritiwa itu menjadi lebeyh hangit lagi ble keluarga wiwi membuat keputusan untok menjadiknnya kes polis dan ingin melakukan pemeriksaan lanjot terhadap anknya. mahu dibawa ke klinik pula. mahu memberi kebenaran kepada sang doktor mahupown dokturah mengecekitout akan vagina anknya samada telah dicerobah ataw tidak. MALANG!!!! bkn stakat diceroboh. siap ada banner 'welcome' di pintu itu. "bkn sekali perkara itu berlaku" kata doktor dgn sopan santon. skali lagi...GEMPAR!!! oleyh yg demikian, keluarga menarik semula kes itu untok tidak memanjang crita yg tersedia panjang ini.

setelah sekian lama kes itu berlalu (selama aku meninggalkan kulat di blog aku nih), wiwi kini terdiam di rumah. senyap. memerap. tidak ke sekolah lagi. sekadar mendapatkan tuisyen yg baginya tiada berkepentingan lagi. mahukan kebebasan. itu yg dnanti. keinsafan? masih belom menyinggah di diri. sampai bila???kasihan keluarganya. aku? kasihan juga aku kerna berdosa mengumpat tentangnya.

kini peperiksaan sijil pelajaran malaysia sedang berlangsong, smoga wiwi tahu menjawabnya tidak seperti cara dia menjawab soalan² kami dgn hanya mengentah dan mentidak apaapakan (takde pape)

smoga anda jadikan ia iktibar.jadilah anak yg baek (sgt subjektif, tapi aku yakin korang faham)
elakkan seks bebas.
dapatkannya setelah bergelar isteri aka bini.
yeah!


mohon undur
*cobaanmencoba*