Thursday, June 2, 2011

kelong acheh

agak terlambat membentangkal perihal kelong acheh ini.
nama saja kelong acheh. namon, ianya tidaklah bertapak di negara di seberang sana.

lokasi: tengah laut (laut china selatan), di bawah jajahan daerah mersing, johor.
tarikh tiba: 20 mei 2011.
tarikh melambai pulang: 22 mei 2011

saat dipujok rayu si abang utk turot serta, maha malas dan sudah terasa bebanan.
aku tak minat memancing ikan di lautan. ikan di daratan lebih menarik kelihatan.
begitu juga appak ku yang sering dikaitkan dengan mabuk lautan.
ummi pula, keterujaan sering menyelubungi badan.
adik, yang awalnya tidak dapat turot serta, menyemak di hujung lawatan.

ramai!!!!! tapi masih ada rakan sedarahku tidak dapat turut sama dek kekangan berbadan dua mahupun beranak dan sakit pula.

gambaran kelong selalunya memberi mimpi ngeri terutama tandas yang mungkin membuatkan aku tidak melepaskan hajat untuk beberapa hari. SALAH!!! percobaan aku utk turot serta memang berbaloi.

lihat keindahan sekeliling buat aku rasa sangat bersyukur. keindahan yang Allah cipta sangat mengangakan mulot aku. lihat saja ini:-


sekitar kelong. di tengah tengah kelong terdapat tempat utk menjaring hasil lautan

persekitaran bersih. udara nyaman. tapi bab proses penghitaman kulit tu, hadeh! redha jelah...

seperti yg aku katakan, aku tidak punya nafsu untuk memancing hidupan laut. tapi, pengalaman memancing bagi manusia yang tiada kemahiran mahupun minat macam aku nih, mmg seronok habis!!! ikan ikan kecil seolah akur dengan mata kail yang aku campakkan tanpa berfikir natijahnya. memandangkan aku tidaklah berkemahiran tinggi berkaitan perkara tersebut, maka, hanya ikan bersaiz pisang goreng je yang sangkut. alhamdulillah la jugak. :) ikan yang besar dan menakjubkan, orang lain yang dapat tapi aku sebok bermemori bersama ikan ikan mereka sahaja ;) buat kenangan kn... antaranya:-


ikan todak, ikan kerapu, ikan pelaling, ikan selar dan ikan kecil yang lain

berada di atas kelong yang menyediakan hidangan laut pada setiap hari adlh tidak membosankan. bukan satu kali makan tapi 4KALI! melebar aku d sana. tak pernah pula mengalami fasa takde selera. coba jugak tahan. mmg tak boleh. pekerja di sana juga agak mesra dan sopan. jadi, tekanan darah tatkala berada d sana adalah berada pada paras normal melainkan bagi mereka yang tertekan dek kerana tak dapat ikan yang diidam. macam abg aku! :P

hari terakhir di sana, kami dibawa ke tepi pantai dengan menaiki bot dari kelong. MasyaAllah. Subhanallah. bersih. pasir halus. air jernih. apa lagi yang perlu anda minta untuk keindahan pantai? lihat saja ini:-


kelong acheh yang kelihatan dari jauh, 2 dari 3 si kenit kenit yang turot sama

sekali sekala kita mmg perlu coba utk membuat perkara yang kita rasa kita tak mampu atau tak suka nk buat. sekadar utk buat kta buka mata dan ucap syukur.

*terima kasih abang kerana menabur dana utk pelancongan kami ke sana :P sayang anda. lain kali buat lagi, akn lebih disayangi.

mohon undur
*cobaanmencoba*

1 comment:

  1. salam, sgt seronok membaca entry awak pasal kelong ni...maklumkah tgh nak berjinak dgn sukan pancing... tapi yg paling best adalah family trip yg diatur oleh family awak, sgt sya kagumi kerana saya juga meminati percutian bersama keluarga....tahniah!

    ReplyDelete

cobalah komen