Sunday, September 11, 2011

tanah

ada ke tanah murah sekarang ni?
cerok mana pon... mmg harga menjulang tinggi

tapi bila dah jadi si empunya tanah, apa yg dilakukan ke atasnya?
dibiar gersang atau dibiar berbakti?

kerana tanah manusia berpecah belah
sebok nk kaut segala tapi tidak dibuat apa
paleng sedih bila si tua yg hampir di hujung nyawa
bertelagah menunjuk kuasa
padahal haknya sudah tiada
mashaAllah

cobalah sedar akn diri
tak kira si tua atau muda mudi
segala tak bernilai lagi
bila diri di bawah tanah sedalam tujuh kaki

mohon undur
*cobaanmencoba*

Monday, September 5, 2011

syawal (nama sebenar)

alhamdulillah puasa penuh!
mmg logik walau belum berkahwin ya :)
oleh yang demikian, sepatotnya duit raya aku lagi tebal dari mereka yg laen.
tapi tidak!!!
badan besar sangat, orang ingat dah keje!
:'(
diorang tak tahu yang aku masih seorang pelajar.
aku tak salahkan mereka. akur sahaja.

tahun ini, tahun ringkas segala.
baju raya sepasang sahaja.
kasut baru tiada.
tas baru juga tiada.
ringkas seringkas ringkasnya.

mlm raya sibuk bersilat di dapur.
masing masing membenarkan golongan lebih tua lepak lepak sambil jadi mandor.
kami sekalian ikut arahan tapi menggelupur.
alhamdulillah segala makanan menjadi - tanda akur.
tiada makanan yang menjadi mangsa ulat mahupun terkubur.

selesai bersolat, kami sekeluarga bertakbir pula.
diikuti dengan bersalam memohon dosa berkepol diampun segala.

sesi bergambar tak pernah dilupa dalam perayaan besar begini.
tapi tahun ni seperti kurang aksi.
banyak simpan dalam memori sendiri.
takpelah. coba lagi tahun satu lagi.



bila malam, mulalah acara pesta bunga api dan mercun.
terkejut sekelian manusia yang sebok mengelamun.

dan raya kedua bermula pulak.
sepupu sepapat masih rancak berborak.

kali ni kami tak banyak berkunjung ke rumah rumah sangat.
sekadar bertemu saudara yg terdekat dan rapat.
yang wajib ada beberapa dan masih ada yg belum sempat.
jadual hujung minggu sepanjang syawal memang padat.

Perjalanan Syawal masih panjang.
kalau sempat, sempurnakanlah puasa enam.

Syaitan mmg dah lepas semuanya.
tapi bukan alasan utk kau bertanduk juga.

Salam Aidil Fitri semua!
ampun dari aku kalau pernah kau terasa.


mohon undur
*cobaanmencoba*