Thursday, June 30, 2011

malang bau apa?


lalat yang mendarat di atas pagar yang selesai dialas cat. lalat itu tidak tahu. maka, malang adalah berbau cat bagi sang lalat itu

tanggal 7 jun dan 9 jun yang lalu sesuatu yang dahsyat dan memberi kesan hingga akhir hayat telah berlaku ke atas aku di bahagian atas dan bawah tubuh pinjaman. malang aku berbau air yang berklorin.

biar cukup satu bulan, akan coba ku bentangkan kisah pahit itu agar prosesnya lebih jelas kelihatan.

buat masa ni ingin aku warwarkan, marilah membuat percobaan menambah bonus buat bekalan di kehidupan selepas kematian di bulan Tuhan ini yang hampir tiba di hujung menjengah Syaaban. Mana taw... malang yang pelbagai bau dapat dihindar dengan dekatnya kita pada Dia. ;)


mohon undur
*cobaanmencoba*

Thursday, June 23, 2011

rejab

setiap bulan ada baiknya

REJAB merupakan salah satu bulan dalam kalendar Islam (sapa entah yang tak tahu)

setiap amalan didarab berlipat ganda
berebut rebut umat membuat pahala

aku?
masih tidak berkesempatan
ada kekangan yang melanda (alasan)
insha Allah akn coba menyempatkannya

sapa tak nak bonus percuma?
;)

mohon undur
*cobaanmencoba*

Friday, June 17, 2011

.

berhenti
tamat
nokhtah
akhir
hujung

alhamdulillah
coba redha. harus redha

kerana Dia ada rancangan yang lebih baik
amin

mohon undur
*cobaanmencoba*

Tuesday, June 14, 2011

pinjaman

kredit kad
PTPTN
ah long
pinjam kawan

huish!! itu semua melibatkan duit!
tahu pinjam, tahu la pulang.

bkn duit saja yang blh dipinjam.
pen, buku, dvd, gayung, baju, kasut, kete, telepon, cermin, beg, sudu, telekung, cawan, kerusi, cangkul, pemutar skru, pengetip kuku dan objek objek lain yang berbentuk material.

tahu pinjam, tahu la jaga, tahu la pulang.


tapi pinjaman dari Allah... tiba masa akan dipulang kepadaNya jua
biarlah cantik dipulang kepadaNya nanti
secantik detik pertama Dia memberi pinjaman itu

mari kita sama sama coba lihat: Adakah pinjaman dariNya diberi jagaan yang mantap untuk bekalan semasa memulangkannya nanti?


mohon undur
*cobaanmencoba*

Monday, June 13, 2011

separuh

aku seorang individu nan satu
satu yang bukan setiap waktu
satu yang mencari sesuatu
satu yang mencari separuh itu

mana separuh si pelengkap satu?
coba dicari di sana di situ
jumpa dan hilang; sering begitu
ada ketika molek membatu

mengalir lagi air jernih itu
tiada dipanggil banjirnya tak menentu
Tuhan tahu ke mana separuh itu
detik tiba pasti dibantu



mohon undur
*cobaanmencoba*

Thursday, June 2, 2011

kelong acheh

agak terlambat membentangkal perihal kelong acheh ini.
nama saja kelong acheh. namon, ianya tidaklah bertapak di negara di seberang sana.

lokasi: tengah laut (laut china selatan), di bawah jajahan daerah mersing, johor.
tarikh tiba: 20 mei 2011.
tarikh melambai pulang: 22 mei 2011

saat dipujok rayu si abang utk turot serta, maha malas dan sudah terasa bebanan.
aku tak minat memancing ikan di lautan. ikan di daratan lebih menarik kelihatan.
begitu juga appak ku yang sering dikaitkan dengan mabuk lautan.
ummi pula, keterujaan sering menyelubungi badan.
adik, yang awalnya tidak dapat turot serta, menyemak di hujung lawatan.

ramai!!!!! tapi masih ada rakan sedarahku tidak dapat turut sama dek kekangan berbadan dua mahupun beranak dan sakit pula.

gambaran kelong selalunya memberi mimpi ngeri terutama tandas yang mungkin membuatkan aku tidak melepaskan hajat untuk beberapa hari. SALAH!!! percobaan aku utk turot serta memang berbaloi.

lihat keindahan sekeliling buat aku rasa sangat bersyukur. keindahan yang Allah cipta sangat mengangakan mulot aku. lihat saja ini:-


sekitar kelong. di tengah tengah kelong terdapat tempat utk menjaring hasil lautan

persekitaran bersih. udara nyaman. tapi bab proses penghitaman kulit tu, hadeh! redha jelah...

seperti yg aku katakan, aku tidak punya nafsu untuk memancing hidupan laut. tapi, pengalaman memancing bagi manusia yang tiada kemahiran mahupun minat macam aku nih, mmg seronok habis!!! ikan ikan kecil seolah akur dengan mata kail yang aku campakkan tanpa berfikir natijahnya. memandangkan aku tidaklah berkemahiran tinggi berkaitan perkara tersebut, maka, hanya ikan bersaiz pisang goreng je yang sangkut. alhamdulillah la jugak. :) ikan yang besar dan menakjubkan, orang lain yang dapat tapi aku sebok bermemori bersama ikan ikan mereka sahaja ;) buat kenangan kn... antaranya:-


ikan todak, ikan kerapu, ikan pelaling, ikan selar dan ikan kecil yang lain

berada di atas kelong yang menyediakan hidangan laut pada setiap hari adlh tidak membosankan. bukan satu kali makan tapi 4KALI! melebar aku d sana. tak pernah pula mengalami fasa takde selera. coba jugak tahan. mmg tak boleh. pekerja di sana juga agak mesra dan sopan. jadi, tekanan darah tatkala berada d sana adalah berada pada paras normal melainkan bagi mereka yang tertekan dek kerana tak dapat ikan yang diidam. macam abg aku! :P

hari terakhir di sana, kami dibawa ke tepi pantai dengan menaiki bot dari kelong. MasyaAllah. Subhanallah. bersih. pasir halus. air jernih. apa lagi yang perlu anda minta untuk keindahan pantai? lihat saja ini:-


kelong acheh yang kelihatan dari jauh, 2 dari 3 si kenit kenit yang turot sama

sekali sekala kita mmg perlu coba utk membuat perkara yang kita rasa kita tak mampu atau tak suka nk buat. sekadar utk buat kta buka mata dan ucap syukur.

*terima kasih abang kerana menabur dana utk pelancongan kami ke sana :P sayang anda. lain kali buat lagi, akn lebih disayangi.

mohon undur
*cobaanmencoba*