Monday, May 23, 2011

nikmat ditarik

si kuat bicara tidak banyak berkata
dek nikmat Tuhan ditarik seketika
tak pernah berharap atau meminta
mungkin Tuhan nk sedarkan diri dari leka

mulut banyak senarai fungsinya
membebel, mengumpat sebahagian darinya
itu membuat ramai yang leka
untok bertasbih berdoa ke atas Dia

aku kini masih punya suara tapi tak seindah biasa. Namun mampu membuat Ella iri hati. mungkin kekurangan sebatian hidrogen dan oksigen. kini coba memasukkan sebanyak cecair jernih itu sebanyak banyaknya kerana mungkin juga nikmat itu ditarik berpunca dari suhu dalam badan yang tinggi.


mohon undur
*cobaanmencoba*

Tuesday, May 17, 2011

hiburan buat pendidik


*maafkan kesumbangan yang terselit di celahan gitar mahupun senikata*

sekali sekala coba ingatkan diri serta saudara sudari
mereka juga punya fungsi akan keberjayaan kita ini hari

terima kasih warga pendidik seluruh dunia!
raikan dengan penuh meriah
semoga penuh meja dengan koleksi hadiah :)


mohon undur
*cobaanmencoba*

Saturday, May 14, 2011

mana pergi??!

khamis lalu aku dengan penuh perasan melontar rasa hati
buat si gila bernama penyimbah asid yang puas dicari
namun hilang ke mana pergi
puas aku coba menyelak sana dan sini
tak jumpa jumpa lantas termakan hati

takpelah kalo yang hilang sekadar entri di sini
yang lebih penting si penyimbah dapat ditemui

:'(

mohon undur
*cobaanmencoba*

Wednesday, May 11, 2011

mahu itu dapat ini

ini bukan mahuku
itu mahuku

kenapa harus ini menempel?
bukan yang itu

coba berdoa berjuta kali
ini juga yang melekat lekit
yang itu pula menolak menarik tali
buat segala semakin sakit

berdosakah aku teros mencoba?
takkan nk hidop tidak berusaha?
takkan teros terosan meraba raba?
aku percaya ada pertolongan dari yang Maha.

aku mahu yang itu . bukan yang ini .



mohon undur
*cobaanmencoba*

Saturday, May 7, 2011

hari dia hari hari

aku tidak lagi bekerja
menjadi sang pelajar sepanjang masa
duit pon tak banyak mana
ada lah sesen dua
tak lama lagi berlipat ganda
ingin aku lihat nilai yang berjuta
pasti aku coba berusaha

oleh yang demikian, aku jadikan ianya alasan (terok kot!) utk tidak memberi sebarang hadiah yang gah untuk tatapan dan jeritan insan bergelar UMMI. berjilid kisah beliau untuk aku bentangkan. cukuplah sekadar berkata bahawa beliaulah wanita terhebat di abad ini!!!

aku coba gunakan kehebatan dan kekreatifan zaman sekolahku yang lama ku tinggalkan untuk menunjukkan betapa manisnya (sweet) aku.


memula sepahkan meja supaya nampak cam sebok


pastu potong dan tampal serta conteng mana yg patot


conteng habis habisan


dan akhirnya melontarkan apa yang terbuku di hati sanubari :P

biar sekecil kecil barang atau sekadar sepotong ataw sebuah ataw seketul ucapan. yang penting ada ekspresi untuk tunjuk apresiasi. cobalah ya :)


mohon undur
*cobaanmencoba*