Tuesday, August 31, 2010

bebas

bebas bukan bebas.
perkataan bebas ada dua makna.
bergantong kepada bagaimana bunyi huruf E yg digunakan.

tapi aku mahu menarik hurof E yg berbunyi ea bkn ae dalam perbentangan kali ni. jgn pening pening. yg penting bukan pasal seluar bebas milik mana mana insan. bebas yg ini sering dikaitkan dgn kemerdekaan.

kemerdekaan dalam konteks negara adlh apabila tiada lagi bangsa laen yg bukan bangsa Malaysia terjerit jerit berkata tanah ini tanah mereka. tahniah Malaysia!! tahniah buat pejuang pejuang dan pemimpin pemimpin negara 53 tahon dahulu dan sebelomnya.

bkn aku kata mereka yg berada d barisan hadapan kini hampeh. tidak sama skali. setiap mereka punya cara dan gaya sendiri. memartabatkan, menteteramkan serta memperjuangkn tanah air sendiri.

yg aku tak faham dan rasa meluat adlh anak anak kita (walaupoen aku blom beranak). yg sebok nk buat anak dan buang anak anak mereka yg berjaya dibuat. itu tanda merdeka kah? ya. kebebasan diberi secara percuma ataw tidak oleyh mak bapak. sendri seronok mcm berok lantas berperangai lebeyh terok.

aku bkn nk berpolitik lebeyh lebeyh sbb aku paleng la tak hebat langsong dalam acara itu. kerisauan dan kegundah gulanaan akn ank bangsa mmg ada. masa depan mereka. harap mereka tidak lebeyh jaoh terpesong. generasi haros dijaga. takoet nnt bkn orang puteh menakluk kita. tapi orang itam alih kuasa.

wahai orang orang kampung dan bandar sekalian, bukak mata luas luas. telinga ditadah luas luas. minda dan dada diluas luaskan juga (pastikan tiada bahagian terkoyak kala adegan adegan dijalankan). coba hayati (terutama mereka yg bernama hayati. erk!) tolonglah... rayuan aku yg tidak seberapa kepada korang yg beberapa rapa.

gemilang sunggoh jalur gemilang

*tarikh 31 ogos ~ malaysia merdeka dan mak bapak aku bernikah bagi melahirkan anak Malaysia yg hebat cam aku! eceh...

mohon undur
*cobaanmencoba*

Thursday, August 26, 2010

debaran hadiah ulang tahun si dia

hati gembira mahu pulang ke pangkal jalan
menceritakan segala perihal
dari A hingga ke Z (nasib baek hurof sampai Z jek)

tambahan pula keesokannya ulang tahun si dia ~ ummi tercinta!
usia kini mencecah 51. kurang 2 tahun sebaya kemerdekaan negara.

seperti biasa bercerita ceriti tentang segala.
sedang rancak mengombrol, satu isu gempar dilemparkan. rasa tertampar.

tamparan yg sedikit membengkakkan dan meninggalkan kesan.
setelah coba menilai dan menimbang. aku tekad menurot.

hidopku bakal berubah.
dari menara gading itu aku dilahirkan, ke sana juga aku akn kembali tok troskn perjuangan.

haros coba sedaya upaya memenuhi impian mereka berdua ~ ummi dan walid tercinta

mohon undur
*cobaanmencoba*

Monday, August 23, 2010

tempat berlindung

ketakutan . kegusaran . kepanikkan . ketidakwarasan . kecuakkan .
haros dihentikan ataw setidak²nya coba diturunkan darjah kehangatannya.
tak elok jika terlalu banyak. apatah lagi di bawah bumbung sendiri --- tempat berlindung setiap hari.

RUMAH seharosnya tempat kita berasa gembira, tenang dan aman. bak kata orang puteh --- rumah gula²/manis rumah (home sweet home).

seharosnya kita perlu ada rasa nyaman itu walaupown tempat berlindung itu cuma membawa gelaran rumah sewa.

♠ aku masih mencoba mncari rumah seswai menggantikan tempat berlindungku untok kesejahteraan masa akn datang ♠


mohon undur
*cobaanmencoba*

Saturday, August 21, 2010

rezeki ramadhan

indah. gah.
ilham seni bina yg mengancam.

didiami insan insan yg juga mengancam (barangkali juga sedikit terancam)
istana iskandariah, kuala kangsar aku jejaki. beriftar dan bertarawikh bersama duli yang teramat mulia raja muda dan raja puan besar negeri perak dan sekalian umat manusia umumnya.

MENJUNJUNG TITAH

makanan dihidang sederhana. namon berjaya mengisi ruang ruang kekeroncongan perut aku. alhamdulillah.



waktu berbuka --- 1 kali mkn.
setelah solat maghrib --- 1 kali mkn.
setelah tarawikh --- 1 kali mkn.

ok lah kn???

aku sempat coba menyempat beramah mesra bersama mereka. ternyata tidak riak mahupown bongkak ataw lebih dikenali sebagai sombong. ternyata mereka ramah. sopan santun. terutama wanita yang cukop aku cemburui itu. sewaktu bersalaman, aku agk risau kalau kalau terkoyak pula kulit lembotnya itu dek kasar tangan aku yg ibarat berus sabot ini. heh.

ada sekeping gambar aku bersama mereka berdua dan umat manusia yg laennya di dalam kamera aku. namon kepengkauan tangan sang pengkaptur gambar membuatkan aku sedikit hambar. tak mengapa. redha.

aku yg masih gagal walau telah sehabis usaha mentonjolkn diri

Tuhan, terima kaseh atas peluang yg diberi. bukan aku mengagungi ataw menyanjungi. sekadar mengagumi dan mencemburui. harap punya lagi peluang seumpama ini.
akan coba aku hargai lagi. itu sudah pasti.

mohon undur
*cobaanmencoba*

Tuesday, August 17, 2010

pencuri wajib dilaknat!!!!

tarikh 17 ogos 2010, aku ke kantor seawal jam 7.55 pagi. rakan serumah bergerak pada jam 8.30 pagi. akibat kerja yg tak kenal erti nokhtah, kami coba merajinkan diri dengan terus berkidmat sepenoh hati.

tamat tugasan terakhir, pada jam 6.15 petang aku menekan minyak kuda hebatku menuju rumah sewa yg hampir 2 tahun aku diami. pemanduan agk pantas mengenangkn waktu bertemu Tuhan untuk Asar hampir tamat.

setiba d rumah --- sebelah pagar yg tak pasti nk warna hitam ataw hijau rumah itu terbuka luas. sedikit gusar. namon masih coba mempositifkan diri dgn berkata sendiri "mungkin ila terklam kabot lagi." adegan tersebot pernah berlaku 2 kali sebelom ini dan membuatkan aku terosan berpositif lagi.

sesudah memparkir kereta di rungan sepatotnya, segera ku capai beg dan kunci mangga (padlock --- tade kaitan dgn buah²an tempatan) grill dan sliding door untok segera menerjah ke dalam rumah. aku coba meraba² di tempat septotnya mangga itu ada, namon tiada. ntah ke mana. aku masih lagi dalam mode positif. cobaan membuka sliding door pula lebeyh mendebarkan. sebelom anak kunci dijolok ke dalam pintu, tenaga aku yg tak seberapa joule telah membuka pintu tanpa anak kunci dipusingkan. saat itu darjah keposifan aku berkurangan.

langkah kanan aku mulakan sambil menyelak langsir utama dan dapati TV LCD Plasma gedabak 32" tiada di lokasi sepatotnya. tiada lagi nilai positif dalam diri. NEGATIF semata². jantung mulai gagal berfungsi dgn normal. semakin laju dan aku mulai gelabah! aku segera jengah ruang kamarku. komputer riba yang kemas disimpan di dalam bag beserta charger dan external hard disc telah selamat dilesapkan. yang aku agk ralat, segala gambar tok moyang ada di dalam. gambar kenangan sana sini dan yang paleng penting isian thesis buat pengajian master ku. (sumpah aku sangat mahu mencarot bergunung²). lebih menyakitkan adalah komputer riba itu sendiri telah hidup bersama aku selama 8 tahun hasil pemberian ayahku seberjayanya aku menjejakkan kaki ke menara gading (ewahhh!).

Setelah itu, tanpa membuat pemeriksaan lanjut di dalam kamarku sendri, aku segera menjengah kamar teman serumahku; ila. perkara yang sama berlaku. komputer ribanya yg mmg senantiasa terhidang d atas meja belajar yg juga sentiasa dikoneksikan kepada modem jalur lebar telah lesap juga. segera ila aku telefon agr dia segera pulang. (dia benar² menyangka aku sedang membadotkan diri aku pada masa itu akibat diriku yg mmg bekerja separoh masa sebagai badot).

sambil menanti kepulangan ila, aku sempat memanggil bapaku melalui telefon tangan. saat itu, air mata mula mengalir sperti kereta² di kota raya yg laju mengejarkan lampu isyarat hijau dan kuning sebelom bertukar menjadi merah. sedikit kata penyejuk hati meredakan sedikit duka nestapa. sedikit sahaja...

saat masih menunggu ila tiba di rumah, aku coba melihat² tanpa mengusik terlalu banyak perkara tentang apa lagi yg berjaya si bodoh itu selesaikan. nmpknya, bkn sahaja komputer riba usangku yang penoh berjaya diambilnya. 2 telefon bimbit cap sony ericsson ku turut sama menaiki kenderaan mereka yg entah ke mana tujuannya.

selaen itu, aku juga kehilangan wang tabungan aku yg entah brapa jumlahnya. terbongkar segala isi perot almari dan laci² yg wujod di dalam kamarku. tapi ada jugak benda bodoh yang dia ambil. (yelah... namanya pown mmg dia bodoh!!!) scrub, losyen dan beberapa unit barangan penjagaan diri yang mmg hendak ku cempak ke dalam tong sampah pown diambilnya. mungkin kerana aku tempatkan barangan tersebut di dalam satu bag plastic yg bercap topshop dan dia menyangkan ianya baru dibeli. barangkali... sunggoh bodoh!

apa yg aku paleng rasa mahu menempeleng dan menumbok laju² pencuri itu adlh kerana dia tidak menghormati Al-Quran kepunyaanku. nk buat sepah, buatlah... tapi macam s**l lah kalau menindih Kitab Allah dengan barangan laen sewenang²nya. kurang ajar. mmg haiwan!!!

setelah habes memperiksa ruangan sendiri, ila pulang dan segera melihat sekitar biliknya pula. didapati, ila turot kehilangan kamera digital berjenama samsung yg agk muda umornya. dia mulai gelisah. aku juga. teros gelisah....

kegilasahan kami tidaklah sampai membodohkan diri. kami segera ke balai polis berdekatan sedang masa berbuka puasa hampir tiba. perut yg mulanya bernyanyi riang bergenre pop tealh bertukar kepada musik hambar dan semakin hilang bunyinya walau sedang bumi kediaman dilimpahi hujan lebat dan hebat. setiba di balai polis, tatkala sang pakcik polis coba mendapatkn laporan, internet tidak dpat disambungkan. gangguan teknikal berlaku mungkin dek kerana hujan nan lebat. cobaan selanjotnya dilakukan. usaha masih gagal. waktu berbuka semakin hampir. kami dinasihatkan pulang untuk berbuka dan kembali setelah itu. kami akur...

pulang ke rumah berbuka ala kadar sekadar mengikut kadaran. mandi. solat. bersiap. berbincang tentang suspek dan langkah berjaga² yg selanjotnya. setelah itu, kembali ke kantor polisi. prosedur yg panjang. mujor punya hiburan diselit sana sini serta tak dilupkan IO yang sedikit kacak. (menyempat!)

pada jam hampir 11 malam, sekalian polis membontoti kereta hebatku menuju ke rumah bagi mengkaptur gegambar dan mendapatkan cap jari. gambar² dikaptur dgn jayanya. yang tidak berjaya adalah mendapatkan cap jari. tiada sebarang cap cari ditemui. bajet hebat la..!!! bongok!

setelah tamat investigasi mereka dan memasokkan beberapa tegok teh o panas aku yg tahap melecorkan bibir, mereka pulang menyiasat kes laen barangkali.

dan kami masih sukar melelapkan mata. hamparan dihamparkan di ruangan tamu buat kami tidor bersama. mata gagal dilelapkan. hingga hampir 3 pagi barangkali. gelisah alah resah... ble tertdur pown tak pasti ble waktunya.

yang paleng pasti, pencuri tak boleyh dimaafkan. tak boleyh diberi peluang. tak boleyh terus dibiarkan. dan yang paleng paleng paleng pasti adlh pencuri wajib dilaknat!!!

hoi pencuri, kalu kau baca blog aku nih, pulangkanlah barang² kitaorang! ko tak taw dosa ek? kne bakar kaw kaw la kat akhirat nnt!!! (ntah ntah dia buta teknologi lebeyh trok dari aku).

tambahan: pada 20hb ogos baru aku sedar yang aku turot kehilngan beberapa perfumes dan charger nokia. bertambah bodoh la pencuri itu kerna telepon yg diambil bercap SE tetapi charger nokia yg diambilnya. super bodoooooh!! pencurik, ko amek perfumes aku jugak sbb mesti masa ko sebok menggeledah, ko mmg tgh busok gle cam longkang. kn? cobaan mewangikan diri yg mmg da busok dari dalam la tuh...


mohon undur
*cobaanmencoba*

Saturday, August 14, 2010

berbunga²an

berhati riang
berputik sudah
berbunga kembang mekar pown sudah

A.L.H.A.M.D.U.L.I.L.L.A.H

terima kasih Allah kerana aku disempatkan menikmati Ramadhan 1431

berpuasa segala yg tertulis 'haram' dan 'dilarang'
bersujud lagi setelah isya' selesai ditunaikan
lebih gembira tatkala diimamkan bapa dan adik tersayang ♥

moga bertemu di episod akn datang agr dapat ku coba menambah apa yg kurang

mohon undur
*cobaanmencoba*

Sunday, August 8, 2010

appresiasi

apa yang ada jarang disyukuri
apa yang tiada sering dirisaukan

menangis dan meraung dah tak guna ble yang dulu ada tak tahu nk diappresiasi

coba hargai segala yg ada di depan mata
kelak tak perlu mengadu domba dan teriak seisi dunia


mohon undur
*cobaanmencoba*