Sunday, June 20, 2010

sarang kita


burung bertelur. lantas dieram telurnya.
dalam sarang~ hasil usaha mencari reranting dan sesabut seisi alam.

dilindong. dijaga hingga menetas.
agr tdk terusik dek pemangsa durjana.

telur menetas ~ udara dihirup si anak terus dari sekitar.
mata terbuka ~ belajar kenal akn dunia.
mula kenal sayap serta kefungsiannya.

masa berlalu pantas tanpa dirasa.
utara selatan habes diteroka.
semakin luas pandangan mata.
usia turot meningkat sama.

tiba masa berdikari pula tanpa berharap dari sang ibu, mahupun bapa.
sarang ditinggal sebagai tanda bahwa nikmat dunia baru saja mahu dirasa.

*kita manusia. bila jodoh dan seru telah tiba. jgn sesekali coba lupa akn kedua org tua.
.:tahniah buat Puan Aainaa dan Encik Hafidz
di atas pernikahan mereka 18hb Jun yg lalu:.


mohon undur
*cobaanmencoba*

Tuesday, June 8, 2010

paleng-tahu-segala

setiap perkara dari setiap sudut mahupown setiap inci~ dia tahu segala.
juga dikenali sebagai she-knows-it-all ataw he-knows-it-all dalam bahasa penjajahnya.

pada mulanya perasaan kagom mejelma.
lama lama meluat datang tanpa diundang sesiapa.

tak salah punya ilmu segunung Himalaya.
tapi seolah rekaan semata.
hanya kerna mahu dilihat dan dikenal sebagai insan-yang-tahu-segala.
padahal haprak belaka.

riak kan mazmumah sifatnya.
cobalah suntik mahmudah seketika.
agr chantek kelihatan skali skala.
tidaklah jelik didengar telinga dan dipandang mata.

mohon undur
*cobaanmencoba*