Thursday, December 31, 2009

'penutup' habis berkata, 'pembuka' mula berbicara

tamat sudah. tertutup sudah.
bercerai entahlah untok keberapa kalinya. yg gemok telah kuros dan kembali gemok semula. yg ceria bertukar kelam dan kusam dan sebaliknya. ada pula belajar tak abes abes juga.
semua itu berlaku selama 365 hari di tahon 2009. namon bkn semuanya hitam dan pahit segala. ada juga gula gula dan pelangi sepanjang jalan. adat resam kehidupan bak kata org org tua. makan, minom, tido dan keje tentu ada dalam kredit. itu pown da cukop gembira apa...

lembar 2010 terbentang pula. adakah bakal ditamatkan dgn corak yg sama?azam je pown tak guna.

kata nk kuros. gemok je lagi.

kata nk abeskan blaja. tak abes abes pown lagi.

kata tak nk tinggal solat. ada gak lompang lompong sana sini lagi.

kata nk jaga lidah. setiap bulan ada gak org yg terpalit caci lagi.

kata nk ada pasangan hidop dan mati. itu... kte cte laen kali.

oleyh yg demikian, dgn segala maklomnya, cbe kte semak perancangan yg lalu. da solosai ko bolum??pastu nk tambah senarai yg mampu dicapai, slekan.

jgn poyo je lebeyh. beriye lebeyh. las las hampeh.

Selamat meneroka 2010. tentu ada rumpot karpet juga lalang tinggi.
Coba harungi sebelom mati.

mohon undur
*cobaanmencoba*

Sunday, December 27, 2009

hubung . hubungan . berhubung

kegembiraan dan kesyahduan jelas terasa sejurus menerima perkhabaran. aku sempat termengalirkan air mata setitis dua ble mendengar dialog ini di hujung talian: Aku akn tunang 26 hari bulan 12 nih. pergh. bkn seorang yg memberitahu. banyak. dalam kes aku, ada 2 org. byk la kan? tambahan:: seorang pula berkahwin. aku mmg paleng berada di persimpangan dilema. memilih haros ke majlis yg mana. dan akibat seorang rakan suka duka yg agk awl pemberitahuannya, aku nekad untok ke majlisnya.

aku bertandang ke singgahsana nya awl ~ seawal jam 12 malam sehari sebelom majlis berlangsong. (aku taw lambat dan tak elok datang uma org malam malam. tapi ada kes emergensi). Haina (nama ol-ol) sering berkongsi tentang itu ini kisah hubungan pra-tunang nya. aku suka dan aku benci mendengarnya. tapi kini aku gumbira bagi pihaknya. cinta mereka berlanjutan dan InsyaAllah bakal dinikahi oleh Hapish (nama ol-ol jugak) pada bulan 6 hadapan.

Buat Liya (nama ol-ol sekali lagi), ku susun jari memohon ampun di atas ketidakwujudanku d hari separa bahagiamu. Aku pown menanti hari penuh bahagiamu bersama Adlai (nama ol-ol paleng lagi sekali). Cayaaaalah! Sampai ke tahap ni hubungan korang sejak zezaman ijazah sarjana muda lagi.

Juga buat Hatiq (nama ol-ol yg paleng ol-ol), apoloji ikhlas dari aku buat ko dan pasangan; Habu (nama ol-ol yg terol-ol sekali setakat ni) di atas kegagalan aku memuncolkan diri bukan sahaja ketika ko bertunang malahan juga berkahwin. Waktu mengawan aku tak pasti. (boleyh ke? jahat aku! maaf lagi) Tapi hasilnya akn ku jengok suatu hari nanti. Doa buat kau.

Memang gembira. Memang teruja. Memang tersenyum lebar hingga terasa tegang d hujung bibir ble hubungan yg dibina sampai ke tahap yg diharapkan. Jangan jd sampai seperti stadium yg dbina d Terengganu itu. Aku tak suka. Smoga kalian teros rasa apa yg kalian sedang rasakan sekarang. Aku impi akn perasaan itu. Jadi hargainya. Cobalah berinsaniah sesama pelengkap kau itu.

*Aku bangga buat kau, kau dan kau*
Sentiasa menanti kau, kau dan kau untuk berhubung dgnku menyampaikan perkhabaran yg lebeyh gumbira.

mohon undur
*cobaanmencoba*

Friday, December 4, 2009

keserabowtan chenta

ada org panggil kekasehhatinya hubby, baby, pumpkin, darling, sweetheart, boo, pie, pookie.
dan ada juga yg memanggil abg, anje, busyuk, ayang, dinda, kanda (janji aku geli masa nk type tapi mmg ada sebegini rupa)

tak kesahlah jenama apa korang panggil apa pasangan korang tuh asalkan korang bahagia, aman, damai juga tenteram. bercerita tentang chenta nih, memula nk berkenalan tuh... perghh!!! paleng sronok. lagi lagi kalo ko mmg ske kat org tuh jugak la. dan yg paleng penting tangan ko tak sedih kerana ada menda yg nk ditepoknya. ksian wooo kalo cari tangan lagi satu tapi tak jmpe. tapi kalo da i looike u. u loooooike me. haroslah bergegas ke peringkat yg sterosnya.

mulalah bibit bibit perchentaan melalui telepon bimbit. menghantar pesanan ringkas dijadikan satu kemestian. seolah makanan ruji. setiap langkah, gerak dan aktiviti dilaporkan tanpa diminta. tak habes bergayotan gayotan dan berpesan pesanan ringkas, perjumpaan kerap haros dititikberatkan (bagi mereka yg dudok berhampiran.maaf kepada chenta jarak jaoh). tugasan², kelas² dan perbincangan² ilmiah ditangguh seketika kerana ada perkara yg LEBIH PENTING.

ble chenta kian lama terbina (hush..), semakin banyak perkara yg tak kena. ungkit mengungkit toksah cte laa...
____________________________________________________
Adegan chenta satu

salbiah: where haf u been huh?
alwi: ive been to london 2 c the queen (cubaan alwi melawak)
salbiah: was it a joke?sorry for not laughing coz its toooooooooo funnnny!!
alwi: chill la sayang... i left my phone in my car n was having a dinner with my family. m sorry.
salbiah: u noe dat u shud haf told me earlier. (ntah mcm mana abu nk bgtaw yg dia nk tertingglkn fon) u dont even text me dis whole dae. its always about ur family. u dont even care about me. m juz another girl. isnt it?
alwi: please dear. u noe how its lyke. n u do understand. dont u?
salbiah: nope. i dont. its been 3 months (baru 3 bln je)... uve promised to c my parents. uve promised to c me every wik lyke wut u used to do. n now....?hey liar. stop treating me lyke a fool. ive had enuf!or ure actually having an affair with da gal u told me dat dae?go ahead.i dont even care!
alwi: listen! astaghfirullah. wuts wrong with u? its always been lyke dis. sorry if i did anything wrong. i do love u. u n u alone. please.
salbiah: cut the crap!

tuuuuuuuuuuut.tuuuuuuuuuuut.tuuuuuuuuuuuut.

alwi kembali mendail. suara wanita yg biasa didengar namon sepertinya bkn salbiah.
"the person u r calling is not reacheable. please try again later"
later???brapa lama daaaa.
____________________________________________________

itulah yg berlaku dalam chenta yg serabowt. topik perdebatan yg takde kena mengena sgt dgn situasi. akibat tiada modal, ungit ungkitan menjadi bahan. merajok dan marah sebahagian daripada tentatif program perchentaan sebilangan pasangan. namon, aku tidaklah menyangkal ada juga mereka² yg acapkali berterbang terbangan di awan nan sembilan akibat kebahagian yg teramat sgt. turon naek pasti berlaku. darjah kekalutan dan keserabowtan sahaja yg berbeza. yg penting cobalah selamatkan hubungan agar berjaya ke platform halalan toiban.

mohon undur
*cobaanmencoba*